Sunday, August 30, 2009

Aktiviti Di Bulan Ramadan Al-Mubarak 1430H


Program "Jejak Fakir" BKKKI masih diteruskan pada tahun ini. Ianya bertujuan membantu keluarga dan penduduk Islam Taman Desa Jaya dan sekitarnya yang mempunyai tanggungan yang membebankan bagi menyambut kemeriahan Aidil Fitri. Para penyumbang dialu-alukan untuk membuat sumbangan berupa bahan makanan seperti beras, minyak masak, tepung, gula, susu dll atau berupa wang tunai kepada Jawatankuasa Biro Kebajikan spt di bawah:
Sumbangan yang dikumpulkan akan diagihkan pada 15 Ramadan 1430H bersamaan 5 September 2009 selepas solat Asar.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Tuan Haji Aminuddin Alias 019-7309065
Encik Nor Azahar Jilan 012-7096567
Tuan Haji Salikin Mis 019-7100035
Encik Mohd Rawan Md Yusof 019-7635123
Encik Ahmad Jantan 016-7356638
Tuan Haji Zainuddin Haji Mohd Alie 013-7200780

Tarikh tutup ialah pada 5 September 2009


Friday, August 28, 2009

Penerimaan Van Jenazah

Assalamualaikum WBR...

Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam atau “BKKKI’ Taman Desa Jaya, Johor Bahru telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan didaftarkan dengan No. Pendaftaran 421.
Berkonsepkan pada asalnya membantu seluruh penduduk Islam Taman Desa Jaya dalam urusan mengumpul dana bagi tujuan bantuan kematian, tetapi pada tahun 2004 telah diperluaskan ke arah pengurusan jenazah penduduk Islam dengan segala kelengkapan daripada urusan mandi, mengkafan seterusnya hingga ke urusan perkuburan.
Disamping itu, pihak jawatankuasa telah menganjur usaha membantu penduduk miskin dan susah melalui program ’Jejak Fakir’ bulan Ramadhan sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri setiap tahun. Program Ibadah Qurban menjadi satu aktiviti rutin setiap tahun bagi mewujudkan pemuafakatan yang akrab yang melibatkan semua peringkat zon setempat dan agensi luar.Walaupun begitu, satu usaha sedang dijalankan oleh jawatankuasa bagi mewujudkan “Wakaf Van Jenazah” bagi menampung kos pembelian dan penyelenggaraan van jenazah bagi tujuan khariah setempat .
Badan Khairat kematian dan kebajikan Islam atau “BKKKI’ Taman Desa Jaya, Johor Bahru telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 13 pada 8 April 2009 yang lalu. Satu usul jawatankuasa telah dibentangkan untuk meminta kebenaran dan sokongan ahli mengeluarkan sejumlah wang RM20,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu sahaja) bagi membayar pendahuluan membeli sebuah kenderaan van jenazah Taman Desa Jaya Johor Bahru. Hasrat pembelian van tersebut telah dinyatakan pada tahun 2006 tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kewangan belum cukup mantap dan kertas kerja belum disediakan.
Walau bagaimanapun, hasil usaha yang gigih dan jitu dari jawatankuasa, sebuah syarikat telah bersedia untuk mendermakan sebuah van jenazah dan satu majlis penyerahannya telah diadakan di Bangunan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad di Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2009. Walaupun begitu, pihak pengurusan masih memerlukan dana bagi menampung pengendalian, insuran serta serbis kenderaan tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan.
Dengan itu, satu cadangan rayuan kutipan menggunakan kupon akan diadakan mengikut kebenaran Jabatan Agama Islam Johor dalam tempoh yang dibenarkan. Kaedah atau sistem “WAKAF VAN JENAZAH” akan dilancarkan bagi memberi peluang kepada ahli dan khariah Islam Taman Desa Jaya, Johor Bahru dan taman sekitarnya untuk sama-sama berpeluang untuk beramal jariah seterusnya mendapat keredhaan Allah SWT mengikut kemampuan dan keikhlasan.

Yang DiPertua

Gambar Penerimaan Van Jenazah pada 21 Ogos 2009





Monday, August 24, 2009

Program Kursus Haji dan Umrah

Gambar2 program Kursus Haji dan Umrah dijalankan Masjid Jamek Taman Desa Jaya... 1430H













Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak



AKTIVITI BADAN KHAIRAT KEMATIAN DAN KEBAJIKAN ISLAM 2009

Alhamdulillah pada tahun 2008/2009 ini Badan Akhirat telah menjalani aktiviti2 pada setiap penduduk Muslim di sini... antaranya:

  • Pengurusan Jenazah
  • Bantuan Kebajikan Ahli
  • Ibadah Qurban Aidil Adha
  • Kumpulan Marhaban sempena Aidil Fitri
  • Majlis Perjumpaaan Hari Raya Aidil Fitri
  • Program Jejak Fakir Bulan Ramadhan
  • Sambutan Maulidur Rasul
  • Kursus Pengurusan Jenazah Lelaki dan Wanita Fasa II
  • Sewaan Khemah dan Peralatan Jamuan

Gotong Royong Qurban AidilAdha pada 8 Disember 2008








kerja-kerja melapah



Majlis Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri 19 November 2006





Sunday, August 23, 2009

Yuran Dan Kos Pengurusan Jenazah

KEAHLIAN
Yuran Pendaftaran =RM10.00
Keahlian Sebulan=RM5.00 (pindaan 2009)
Keahlian 1/2 Tahun=RM30.00

Keahlian Setahun =RM60.00

MANFAAT KEAHLIAN
Khairat Ahli =RM500.00
Waris Ahli =RM300.00
Anak > 7 tahun =RM200.00
Anak < tahun ="RM150.00" kebajikan="RM150.00


KOS PENGURUSAN JENAZAH
(Rujuk Bendahari BKKKI)

AHLI
a. MANDI DAN KAFAN - RM300.00
(termasuk kos pengangkutan tempat mandi jenazah)
b. KENDERAAN JENAZAH - RM200.00
(termasuk papan perkuburan)
c. SEMBAHYANG & TALKIN - RM50.00
d. PENGKUBURAN - RM150.00
(tempat yang diperlukan)
e. PENGURUSAN - RM50.00
----------------------------------------
JUMLAH - RM750.00
============================
BUKAN AHLI - RM800.00

SEWAAN PERALATAN
(Rujuk JawatanKuasa Biro Kebajikan)

UNTUK AHLI:

SET JAMUAN - RM250.00

KHEMAH +++ - RM250.00

BUKAN AHLI:

SET JAMUAN - RM300.00

KHEMAH +++ - RM350.00

Tatacara Pengurusan Jenazah

Assalamualaikum.....

Kami menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengurusan jenazah yang teratur dan selesa:
  • Hubungi Jawatankuasa yang telah dilantik.
  • Urusan Tahlil dan Yassin oleh Tuan Imam
  • Urusan kain kafan dan aksesori oleh Tuan Bilal
  • Urusan mandi dan kafan jenazah laki-laki oleh Tuan Bilal
  • Urusan mandi dan kafan jenazah wanita oleh Uszh Hjh Zaharah Osman
  • Urusan kenderaan oleh Bendahari dan Pemandu
  • Urusan Pengangkutan peralatan mandi jenazah dan khemah oleh jawatankuasa pengangkutan/alatan.
  • Urusan kubur dan talkin oleh Bendahari
  • Urusan bayaran dan tuntutan melalui Bendahari

DOKUMEN TUNTUTAN OLEH WARIS:
  • Borang tuntutan dengan bayaran proses RM5.00 (urusan cek)
  • Salinan dokumen/ surat kematian dari Jabatan Pendaftaran Negara
  • Salinan akaun bank waris (jika ada)

SEBARANG URUSAN, SILA HUBUNGI:
  • HJ HAMA BIN SAION 019-7716959
  • PAIMAN ABD RAHMAN 019-7131222
  • HJH ZAHARAH OSMAN 019-7061303
  • NOR AZHAR JILAN 012-7096567
  • HJ ZAINUDDIN HJ MOHD ALIE 013-7200780

Saturday, August 22, 2009

Info Badan Khairat

MENGAPA KITA PERLU TURUT SAMA?!

Firman ALLAH SWT:

“ (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan “sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami kembali”
Surah Al-Baqarah, Ayat 156

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya ke jalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir,pada tiap-tiap butir seratus biji, Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.”
Surah Al Baqarah, Ayat 261

” Dan apapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang terbaik maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar. Dan hartanya tidak bermanfaat baginya bila ia telah binasa.”
Surah Al Lail, Ayat 8 – 11.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF :

  • Membantu masyarakat Islam dalam urusan kematian dan kebajikan keluarga
  • Membina rasa tanggungjawab FARDU KIFAYAH terhadap masyarakat Islam setempat
  • Melahirkan rasa insaf dan TAQWA terhadap hari mati yang akan menjelang
  • Meningkatkan taraf EKONOMI umat Islam
  • Melahirkan generasi berbudaya dan BERILMU
  • Mewujudkan budaya BERSEFAHAMAN dan saling memerlukan
  • Menanam rasa tanggungjawab BERMASYARAKAT dan silaturahim








SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Badan Khairat Kematian Dan Kebajikan Islam
Taman Desa Jaya Johor Bahru Tahun 2008/2010




Yang DiPertua : Haji Zainuddin Bin Haji Mohd Alie
Tim. YDP : Encik Mohd Rawan Bin Mohd Yussof
Setiausaha : Encik Amad Jupri Lewan
P/Setiausaha : Haji Salikin Bin Mis
Bendahari : Encik Nor Azahar Bin Jilan
Pen. Bendahari : Haji Mohd Sureimi Bin Rasiden

Ahli Jawatankuasa :-

Zon Lembah
Ahmad Jantan
Shamsudin Sidek
Suhut Poncho
Hj Mohd Yusoff Hj Omar
Hjh Zaharah Osman
Noriah Tarmudi

Zon Danau
Hj Aminuddin Alias
Paiman Abd Rahman
Ismail Mohd Yusofe
Hj Mohd Hama Saion
Syarifah Syed Jaafar
Safiah Ibrahim

Zon Permatang
Othman Omar
Kamal Ariffin Ahmad
Abd Rahim Abu Bakar
Azhar Palal
Salim Kutty Ali
Che Norseha Abd Ghani

Ehsan Jaya 1
Hj Abdullah Muhidin
Mohd Fauzi Saem
Md Yassin Taib
Hjh Rupi’ah Gimon
Norrita Aziz

E. Ehsan Jaya 2
Ahamad Khairudin Mohd Yatim
Razak Isam
Mohd Zulkifle Zakaria
Muhammad Helmi Abdullah
Ibrahim Ahmad

BIRO PENGURUSAN JENAZAH

Pengerusi: Hj Mohd Hama Saion
Tim. Pengerusi : Paiman Abd Rahman
Bendahari: Nor Azahar Jilan
Jawatankuasa:
1. Hj Zainuddin Hj Mohd Alie
2. Mohd Rawan Yusof
3. Hj Rebu Hj Saiman
4. Hj Abd Samad Hj Awang
5. Hj Mohd Nasir Karjo
6. Ahmad Jantan
7. Hjh Zaharah Osman
8. Noriah Tarmudi

BIRO KHAIRAT

Pengerusi: Othman Omar
Tim.Pengerusi: Kamarul Ariffin Ahmad
Jawatankuasa:
1. Azli Masrom
2. Suhut Poncho
3. Hj Aminuddin Alias
4. Amad Jupri Lewan

BIRO KEBAJIKAN

Pengerusi: Hj. Aminuddin Hj Alias
Tim.Pengerusi : Hj. Salikin Mis
Jawatankuasa:
Mohd Rawan Yusof
Hj Zainuddin Hj Mohd Alie
Nor Azahar Jilan
Ahmad Jantan
Hj Suremi Rasiden


Thursday, August 20, 2009

Kata Kata Aluan




YANG DIPERTUA
BADAN KHAIRAT DAN KEBAJIKAN ISLAM
TAMAN DESA JAYA, JOHOR BAHRU


AlhamduLillah, saya ingin mengucapkan rasa syukur kerana dengan limpahNya dapat kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab kita bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam Taman Desa Jaya, Johor Bahru kali ke 13 tahun 2009 ini.

Badan Khairat kematian dan kebajikan Islam merupakan satu pertubuhan yang telah banyak melaksanakan segala keperluan ‘fardu kifayah’ masyarakat Islam taman ini. Bagi memantapkan pengurusan yang lebih effektif dan efisyen, jawatankuasa pengurusan jenazah telah dibentuk dengan mengambilkira penduduk tempatan dan berperanan menguruskan jenazah lelaki dan wanita dari peringkat mula sehingga ke tanah perkuburan. Kelengkapan peralatan telah mula dilengkapkan mulai tahun 2006 dan sehingga kini hanya menunggu sumbangan dari ahli-ahli koprat atau individu bagi merealisasikan urusan kenderaan jenazah sebelum berakhir tahun 2009

Di samping itu, peranan biro kebajikan dan sosial telah mula digerakkan untuk membantu golongan fakir dan miskin taman ini khususnya pada bulan Ramadan sebelum menyambut Hari raya Aidilfitri dalam bentuk sumbangan berupa barangan makanan dan wang tunai.

Perlaksanaan ibadah qurban juga amat memberangsangkan di mana setiap tahun penyertaan perserta bertambah dan kerjasama amat akrab telah ditunjukkan oleh penduduk setempat dalam membantu program tersebut.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan sanjungan kepada seluruh penduduk Taman Desa Jaya atas pengorbanan dan sumbangan yang telah dicurahkan tanpa mengenal jemu. Semoga terbalas akhirnya dengan kejayaan pertubuhan ini bergerak hingga cemerlang dan bertambah keahlian sepertimana yang diharapkan.

Sekian, terima kasih.










(TUAN HJ ZAINUDDIN BIN HJ MOHD ALIE)
Yang DiPertua
Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam
Taman Desa Jaya Johor Bahru