Tuesday, November 2, 2010

GAMBAR SEKITAR HARI RAYA AIDIL FITRI 2010

Banner Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2010

Jawatankuasa yang bekerja keras

Juadah yang dihidangkan untuk semua

Tukang masak, kerjenya enteng......

Kumpulan Hawa yang sedia berkhidmat
Kumpulan Marhaban BKKKI buat persembahan

Monday, September 27, 2010

JAMUAN HARI RAYA BKKKI TAMAN DESA JAYA 2010

Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa dengan segala hormatnya mempersilakan dato'/Datin/Tuan Haji Hajah/Tuan/Puan ke Majlis Jamuan Hari Raya anjuran bersama:
i. Surau Al-Hafiz Taman Desa Jaya
ii. KRT Zon Permatang Taman Desa Jaya
iii. Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam Taman Desa Jaya
iv. Perkumpulan Yasin Wanita Permatang Taman Desa Jaya
pada HARI SABTU 2 OKTOBER 2010 bertempat di Perkarangan Surau Al-Hafiz, Taman Desa Jaya pada jam 9.00 malam. Atucaranya sepertiman berikut:
8.10 malam - Solat Isyak
8.45 malam - Jemputan mengambil tempat
9.00 malam - Ucapan Pengerusi Majlis
- Persembahan Marhaban BKKKI (Lelaki)
- Persembahan Nasyid Wanita Permatang
- Jamuan dan diiringi acara kuiz untuk kanak-kanak
- Bersurai
Semua muslimin dan muslimat dipersilakan hadir


hzhma
Pengerusi

ALFATIHAH BUAT AYAHANDA

Ayahanda Encik Othman Bin Omar, Pengerusi Surau Al-Hafiz, Jawatankuasa Masjid, Jawatankuasan Biro Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam Taman Desa Jaya telah kembali ke Rahmatullah pada 21 September 2010 bersamaan 12 Syawal 1431H jam 11 malam. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Al Raudah pada Hari Rabu 22 September 2010 jam 10.00 pagi. Moga roh arwah dicucuri Rahmat dan ditemaptkan bersama kalangan orang yang Soleh, AMIN

AKTIVITI MARHABAN 1431H/ 2010

JUMAAT 24/09/2010
Rumah Yang Berbahagia Tuan Haji Abd Latif Bin Hj Bandi - lepas solat Isyak

SABTU 25/09/2010 - ZON PERMATANG
Encik Sharingat Supaat
Encik Mohd Noor Arshad
Encik Meor Syazali Sapawi
Encik Ramli
Encik Alim Shah Misuan
Hj Alwi
YM Raja Khalid
Encik Rahim Idrus
Encik Jamil Tokiman
Encik Yusof Mengan

AHAD 26/09/2010 - ZON PERMATANG
Encik Ramli Sulaiman
Encik Abdillah Hj Ibrahim
Encik Mohd Khairudin Talib
Hj Salikin Mis
Hj Jaafar Hj Awang
Encik Amla
En Hassani
Puan Aida Mohamed
Encik Kamal Ariffin Ahmad
Ancik Moktar
Hj Mohd Rawan Yusof

ISNIN 27/09/2010 - ZON PEMATANG
Hj Rebu Hj Saiman
Encik Sabaruddin Abd Samad
Encik Mohd Azli Masron
Encik Azhar Palal
Encik Salleh Hamid
Encik Abd Rahim Abu Bakar
Hj Mohd Nasir Karjah
EncikSalim Kutty Ali
Encik Kamal Yani

SELASA 28/09/2010 - ZON DANAU
Encik Jamil
Encik
Tuan Hj Mohd Yusof
Tuan Hj Shaari

RABU 29/09/2010 - ZON LEMBAH
Hj Abd Samad Awang
Encik Mohd Talkah Othman
Encik Suhut Poncho
Encik Mohsin A Rahman
Encik Md Yusof Md Yatim
Hj NoorFawad Abdullah
Hj Zainuddin Hj Mohd Alie
Hj Rashak Saino
Wan Hamzah Wan Arif
Encik Dzulkifli Mohd Noh
Hj Husin Jaafar
Hj A Rahman Asmuri

RABU 30/09/2010 - ZON LEMBAH
Hj Abd Rahim Zulkawi
Encik Mohd Ariffin Hj Zainal
Encik Roslan Mohd Yatim
Encik Mohamad Sungip
Encik Azmi Izan
Hj Mansor Sujak
Encik Rahim Yatmon
Hj Nor Azhar Jilan
Encik Osman Menhad
Encik Mansor Ahmad
Hj Mohd Suremi Hj Rasiden

Thursday, September 2, 2010

Semaikan Diri Malam Lailatul Qadar



Seandainya Nabi S.A.W Di sisi Kita



Kenapa kita tak nak buat rancangan macam niii?
Kita buat jugak candit camera.... ttp mengarut...!
Ikut sangat budata mat salleh tuuuu...

Contohnya rancangan ..." Wakenabeeeeeeb "
Pekena orang sampai teruk......
Sedangkan tak ada mesej kebaikan langsung yang dipaparkan...
Cuba buat macam rancangan dalam youtube tuuuu...
Kita dapat tengok masih ada tak lagi bangsa kita mempunyai peribadi yang mulia..

Pikir2 lah sendiri !!!!!!!

Monday, August 30, 2010

Sunday, August 29, 2010

PROGRAM JEJAK FAKIR AIDIL FITRI 1431H

30Ogos2010-Taman Desa Jaya
Kami mengalu-alukan para jemaah penduduk Islam Taman Desa Jaya Johor Bahru, dapatlah kiranya menghulurkan sumbangan kepada JKuasa Kebajikan Khairat Kematian TDJ bagi meringankan bebanan keluarga yang daif dan miskin.
Sumbangan boleh dalam bentuk makanan, pakaian dan wang tunai atau cek (atas nama "Badan Khairat kematian dan Kebajikan Islam Taman Desa Jaya" ). Sumbangan akan diagih-agihkan pada hari Sabtu 4 September 2010 bersamaan 25 Ramadan 1431H.
Semoga sumbangan, amal jariah, sedekah dan zakat tuan/puan akan dikurniakan ganjaran oleh Allah SWT

Amin
YDP

Tuesday, August 10, 2010

RAMADAN AL-MUBARAQ 1431H

ASSALAMUALAIKUM WBR

Kami Jawatankuasa BKKKI Taman Desa Jaya, Johor Bahru mengucapkan "Salam Ramadan Al-Mubaraq" kepada semua ahli BKKKI dan Penduduk Islam Taman Desa Jaya. Semoga Ramadan tahun ini menambah keimanan dan keborkatan hidup kita di Dunia dan Akhirat........Amin

YDP

Tuesday, July 20, 2010

MESYUARAT JKUASA BKKKI SESI 2010/2012 KALI PERTAMA

Assalamulaikum WBR
Tuan Haji/Puan Hajah/Tuan/Puan/Ahli Jawatankuasa dipersilakan hadir ke mesyuarat jawatankuasa BKKKI sesi 2010/2012 kali pertama sepertimana berikut:
Tarikh : Ahad 25 Julai 2010
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Masjid Jamek Taman Desa Jaya
Jamuan makan tengah hari : Restoren Indonesia Taman Desa Cemerlang
Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan aluan YDP
2. Sesi perkenalan
3. Postmortem mesyuarat agung yang lalu
4. Program yang dirancang
5. Butiran kewangan & rancangan menambah dana
6. Hal-hal yang lain

YDP

Friday, July 2, 2010

GAMBAR SEKITAR KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2010

27 Jun 2010-Taman Desa Jaya Johor
Kursus Pengurusan Jenazah sesi ke 2 telah selesai dijalankan dengan sambutan yang begitu menggalakkan. Tahniah kepada semua yang terlibat!


Sesi penerangan oleh Bilal Zaid


Bacaan doa dan Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi Majlis


Sesi ceramah oleh Ustaz Hj Hanafiah Abd Razak


Demo mengkafankan jenazah


Solat jenazah




Demo memandikan jenazah...real ke tu....?


Demo mengkafankan jenazah wanita...terima kasih adik!!


Penerangan mengkafankan jenazah oleh Ustazah


Sesi pendaftaran dan jamuan

Thursday, July 1, 2010

SAMBUTAN LUAR DUGAAN KURSUS

Ahad 27 Jun 2010-Taman Desa Jaya Johor Bahru
Diberitakan, sambutan peserta yang menghadiri kursus tersebut adalah 'Diluar Dugaan'. Kami Jawatankuasa penganjur memohon ribuan maaf di atas ketidakselesaan dan tidak dapat memenuhi segala keperluan yang diharapkan kerana tidak menjangkakan sambutan yang amat memberangsangkan.
Sebelum ini kami hanya menjangkakan lebih kurang 150 peserta sahaja yang bersetuju menyertai berdasarkan maklumbalas penyertaan.
Terima kasih kepada semua Jawatankuasa yang bertungkuslumus
Terima kasih kepada Para Dermawan yang di Rahmati ALLAH
Terima kasih kepada Para Penceramah dan Jurupandu kursus
Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tak langsung

YDP BKKKI

Sunday, June 20, 2010

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2010M/1431H

Kami mengalu-alukan Tuan/Puan untuk mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran:
Kumpulan masyarakat Taman Ehsan Jaya dengan kerjasama Badan Khairat Kematian Taman Desa Jaya dan Masjid Jamek Taman Desa Jaya seperti mana berikut secara
'Penyertaan PERCUMA'

Tarikh: 27 Jun 2010 (Ahad) bersamaa 14 Rejab 1431H
Tempat: Masjid Jamek Taman Desa Jaya
Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang

Aturcara Majlis:
8.00 pg Pendaftaran
8.30 pg Ceramah Pengurusan Jenazah oleh Ustaz Hj Hanfiah Bin Razak
10.00 pg Minum
10.30 pg Praktikal
12.30 tgh Rumusan

Tuan/puan dijemput hadir beramai-ramai

MESYUARAT JKUASA PERSIAPAN KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Tarikh : 22 Jun 2010 (Selasa)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Masjid Jamek Taman Desa Jaya

Semua Jkuasa yang terlibat dipersilakan hadir untuk penyelarasan kerja dan persiapan kursus
Terima kasih.

YDP

Sunday, April 18, 2010

MESYUARAT AGUNG BKKKI KE 14/2010











Ahad 18 April 2010-Surau Al-Hafiz,Taman Desa Jaya, Johor Bahru
Mesyuarat Agung kali ke 14/2010 telah selesai dijalankan dengan penuh harmonis dan jayanya. Majlis telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan dimulakan bacaan doa oleh Imam Tuan Hj Rebu Bin Hj Saiman dan diikuti dengan ucapan alu-aluan YDP Tuan Hj Zainuddin Hj Mohd Alie. Pada kali ini, jemputan kita bagi merasmikan mesyuarat agong kali ke 14 ialah Tuan Hj Nedi Bin Hj Ali, Pengarah Urusan Syarikat Nedi Enterprise Sdn.Bhd. Ucapan beliau banyak menjurus kepada pemuafakatan kita yang begitu akrab dalam menjayakan apa jua aktiviti BKKKI sepanjang tahun dan beliau mengucapkan syabas atas kehadiran serta komitmen tinggi ahli.




Majlis kemudian berhenti rehat.
Mesyuarat dimulakan pada jam 10.30 pagi dengan agenda yang dibentangkan kepada semua ahli.Pembubaran Jawatankuasa dibuat dan pemilihan Jawatankuasa baru dibentuk. Cadangan dari ahli yang mahukan jawatankuasa lama meneruskan agenda kepimpinan BKKKI mendapat sokongan sebulatsuara dengan menggugurkan jkuasa yang tidak hadir serta menamakan jkuasa baru dalam kabinet baru BKKKI.
Tahniah kepada semua Jawatankuasa BKKKI baru sesi 2010/2012. Semoga amanat yang diberikan oleh ahli tidak dipersia-siakan dan menjadi wadah perjuangan untuk terus maju dan terserlah di mata masyarakat.
Sekian
YDP


Friday, April 16, 2010

MESYUARAT AGUNG BKKKI KE 14/2010


AMANAT YDP BKKKI SESI 2008/2010

Assalamualaikum WBR
Bissmillahhirahmannirrahim

Saudara/Saudari yang DiRahmati Allah SWT.
Terlebih dahulu,saya merakamkan penuh penghargaan di atas keperihatinan saudara/saudari hadir ke Mesyuarat Agung BKKKI kali ke 14 tahun 2010 ini. Kehadiran saudara/saudari hari ini bagi menunaikan rasa tanggungjawab dan komitment yang tinggi, akan meningkatkan motivasi kami jkuasa kerja untuk terus memantapkan pertubuhan ini seperti yang diharapkan.

Saudara/Saudari,
Kita tidak kurang rakan-rakan yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin yang berkaliber dan berwawasan. Kerja keras dan misi yang mereka akan bawa kelak dapat dikongsi bersama dalam memajukan pertubuhan ini. Peluang yang ada hari ini adalah 'flatform' yang sesuai untuk mereka ini menyerlahkan diri bagi membawa pertubuhan ini lebih efisyen dan berjaya.

Memang menjadi lumrah sebagai pemimpin yang memegang tampuk pertubuhan ini selama 2 penggal, banyak kekurangan dalam uruskerja , ketelanjuran bicara, tidak dapat puaskan hati ahli, terasa hati, tergurau senda dan sebagainya, saya menyusun 10 jari kemaafan dipinta bagi mewakili seluruh jentera rakan sekerja. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Ilham ALLAH jua dan kelemahan itu dari kami jua, walaupun kedua-duanya dari ALLAh jua.

Salam PERJUANGAN dan selamat bersidang!

YDP


Tuesday, April 13, 2010

ATURCARA MA BKKKI KALI KE 14/2010

8.00 PAGI - PENDAFTARAN AHLI
8.30 PAGI - KETIBAAN TETAMU YANG DIRAIKAN
9.00 PAGI - MAJLIS DIMULAKAN
- BACAAN DOA
- UCAPAN ALU-ALUAN YDP
- UCAPAN PERASMIAN
- PENYAMPAIAN CENDERAMATA
10.00 PAGI- JAMUAN MAKAN
10.30 PAGI- MESYUARAT AGUNG DIMULAKAN
- CABUTAN BERTUAH
- BERSURAI

Monday, April 12, 2010

JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG BKKKI 2010

PENGERUSI: HJ ZAINUDDIN BIN HJ MOHD ALIE
TIMB.PENGERUSI:HJ MOHD RAWAN BIN MD YUSOF
SETIAUSAHA:ENCIK AMAD JUPRI BIN LEWAN
PEN.SU:HJ SALIKIN BIN MIS
BENDAHARI:H NORAZAHAR BIN JILAN
PEN BENDAHARI:HJ MOHD SUREMI BIN RASIDEN
JAWATANKUASA:
1.PERSIAPAN TEMPAT: ENCIK ABD RAHIM BIN ABU BAKAR (K)
ENCIK SALIM BIN KUTTY ALI
ENCIK SUHUT BIN PONCHO
2.BACKDROP:HJ MOHD RAWAN BIN MD YUSOF
3.URUSETIA DAN PENDAFTARAN:ENCIK AMAD JUPRI BIN LEWAN (K)
HJ MOHD SUREMI BIN RASIDEN
PUAN CHE NORSEHA BINTI ABD GHANI
4.JAMUAN:HJ NORAZAHAR BIN JILAN
HAJAH ZAHARAH BINTI OSMAN
PUAN NORIYAH BINTI TARMUDI
5.KEMUDAHAN PA SYSTEM: ENCIK AZHAR BIN PALAL(K)
ENCIK AZMAN BIN LUDIN
ENCIK MOHD AZLI BIN MASRON
6.PENCATAT MINIT DAN PEMILIHAN: ENCIK KAMAL ARIFFIN BIN AHMAD (K)
PUAN SYARIFAH JUHAIDA BINTI SYED JAAFAR
PUAN SAFIAH BINTI IBRAHIM
7.PENYAMBUT TETAMU: SEMUA AJK TERTINGGI
8.JURU ACARA MAJLIS:HJ SALIKIN BIN MIS
9.BACAAN DOA:HJ REBU BIN HJ SAIMAN
10. JURUGAMBAR DAN DOKUMENTASI:ENCIK AHMAD BIN JANTAN
11.KEBERSIHAN DAN TUGAS AM: ENCIK PAIMAN BIN ABD RAHMAN

DISEDIAKAN OLEH:YDP





Monday, April 5, 2010

MESYUARAT AGUNG BADAN KHAIRAT KEMATIAN DAN KEBAJIKAN ISLAM 2008/2010

ASSALAMUALAIKUM WBR

AHLI-AHLI YANG DIRAHMATI ALLAH SWT

NOTIS MESYUARAT AGUNG BKKKI KALI KE 14 2008/2010

TARIKH: 18 APRIL 2010
HARI: AHAD
MASA: 8.00 PAGI
TEMPAT: SURAU AL-HAFIZ, JLN PERMATANG 23

SEMUA AHLI DIPERSILAKAN HADIR

MESYUARAT JKUASA KERJA BKKKI 2010

Assalamuaikum WBR...
Untuk Perhatian Semua Jawatankuasa
Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam
taman Desa Jaya, 81100 Johor Bahru

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat JKuasa Kerja bagi persiapan Mesyuarat Agung BKKKI kali ke 13 telah dipinda pada tarikh berikut:

Tarikh: Ahad 11 April 2010
Masa: 9.00 malam
Tempat:Masjid Jamek Taman Desa Jaya

Kehadiran tuan/puan amat2 dialu-alukan

Saturday, March 20, 2010

BERITA TERKINI!

TANAH PERKUBURAN BARU
AL-RAUDHAH
TAMAN MOUNT AUSTIN JOHOR BAHRU

Lokasi: Terletak berhadapan Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
Dalam kawasan Surau Taman Mount Austin
Telah sedia dibuka dan mempunyai 4 perkuburan Islam terdiri daripada penduduk Taman Desa Jaya.

YDP

MESYUARAT JKUASA BKKKI 2010

Mesyuarat Jkuasa Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam
Taman Desa Jaya, Johor Bahru

Tarikh: Ahad 21 Mac 2010
Masa: 9.00 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat Masjid Jamek
Taman Desa Jaya
Agenda:
-ucapan aluan YDP
-mengesahkan minit mesyuarat lalu
-mengesahkan penyata kewangan
-perbincangan mesyuarat agung BKKKI 2010
-perlantikan jkuasa kerja
-hal yang lain
Semua Jkuasa dijemput hadir
Terima kasih

YDP

Thursday, January 28, 2010

MISI PENGERUSI KE PADANG INDONESIA














Kesan runtuhan sebuah masjid di Pariaman, Padang


16-19 Januari 2010 yang lalu, Pengerusi BKKKI telah mengikuti sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan akibat gempa di Padang, Indonesia. Seramai 43 orang sukarelawan dari kalangan Jabatan Pendidikan Johor melakukan misi membantu sekolah dan masjid yang telah ranap untuk dibina semula.

Gambar sebuah sekolah yang ranap dan musnah


















Jalan raya yang retak dan mendap di Padang


Tempat tinggal dan premis perniagaan yang musnah



i






















Rumah yang rosak teruk dan tidak boleh dibaik serta Bangunan pejabat kerajaan yang menyembah bumi

MESYUARAT POSTMORTEM QURBAN 1430H

TARIKH : JUMAAT 29 JANUARI 2010
MASA : 9.00 MALAM (SELEPAS SOLAT ISYAK)
TEMPAT: SURAU AL-HAFIZ TAMAN DESA JAYA
AGENDA:
UCAPAN PENGERUSI
MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU
LAPORAN JAWATANKUASA KERJA
LAPORAN KEWANGAN
PEMBUBARAN JAWATANKUASA
JAMUAN
BERSURAI
SEMUA JAWATANKUASA DIJEMPUT HADIR

SETIAUSAHA