Sunday, April 18, 2010

MESYUARAT AGUNG BKKKI KE 14/2010











Ahad 18 April 2010-Surau Al-Hafiz,Taman Desa Jaya, Johor Bahru
Mesyuarat Agung kali ke 14/2010 telah selesai dijalankan dengan penuh harmonis dan jayanya. Majlis telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan dimulakan bacaan doa oleh Imam Tuan Hj Rebu Bin Hj Saiman dan diikuti dengan ucapan alu-aluan YDP Tuan Hj Zainuddin Hj Mohd Alie. Pada kali ini, jemputan kita bagi merasmikan mesyuarat agong kali ke 14 ialah Tuan Hj Nedi Bin Hj Ali, Pengarah Urusan Syarikat Nedi Enterprise Sdn.Bhd. Ucapan beliau banyak menjurus kepada pemuafakatan kita yang begitu akrab dalam menjayakan apa jua aktiviti BKKKI sepanjang tahun dan beliau mengucapkan syabas atas kehadiran serta komitmen tinggi ahli.




Majlis kemudian berhenti rehat.
Mesyuarat dimulakan pada jam 10.30 pagi dengan agenda yang dibentangkan kepada semua ahli.Pembubaran Jawatankuasa dibuat dan pemilihan Jawatankuasa baru dibentuk. Cadangan dari ahli yang mahukan jawatankuasa lama meneruskan agenda kepimpinan BKKKI mendapat sokongan sebulatsuara dengan menggugurkan jkuasa yang tidak hadir serta menamakan jkuasa baru dalam kabinet baru BKKKI.
Tahniah kepada semua Jawatankuasa BKKKI baru sesi 2010/2012. Semoga amanat yang diberikan oleh ahli tidak dipersia-siakan dan menjadi wadah perjuangan untuk terus maju dan terserlah di mata masyarakat.
Sekian
YDP


Friday, April 16, 2010

MESYUARAT AGUNG BKKKI KE 14/2010


AMANAT YDP BKKKI SESI 2008/2010

Assalamualaikum WBR
Bissmillahhirahmannirrahim

Saudara/Saudari yang DiRahmati Allah SWT.
Terlebih dahulu,saya merakamkan penuh penghargaan di atas keperihatinan saudara/saudari hadir ke Mesyuarat Agung BKKKI kali ke 14 tahun 2010 ini. Kehadiran saudara/saudari hari ini bagi menunaikan rasa tanggungjawab dan komitment yang tinggi, akan meningkatkan motivasi kami jkuasa kerja untuk terus memantapkan pertubuhan ini seperti yang diharapkan.

Saudara/Saudari,
Kita tidak kurang rakan-rakan yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin yang berkaliber dan berwawasan. Kerja keras dan misi yang mereka akan bawa kelak dapat dikongsi bersama dalam memajukan pertubuhan ini. Peluang yang ada hari ini adalah 'flatform' yang sesuai untuk mereka ini menyerlahkan diri bagi membawa pertubuhan ini lebih efisyen dan berjaya.

Memang menjadi lumrah sebagai pemimpin yang memegang tampuk pertubuhan ini selama 2 penggal, banyak kekurangan dalam uruskerja , ketelanjuran bicara, tidak dapat puaskan hati ahli, terasa hati, tergurau senda dan sebagainya, saya menyusun 10 jari kemaafan dipinta bagi mewakili seluruh jentera rakan sekerja. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Ilham ALLAH jua dan kelemahan itu dari kami jua, walaupun kedua-duanya dari ALLAh jua.

Salam PERJUANGAN dan selamat bersidang!

YDP


Tuesday, April 13, 2010

ATURCARA MA BKKKI KALI KE 14/2010

8.00 PAGI - PENDAFTARAN AHLI
8.30 PAGI - KETIBAAN TETAMU YANG DIRAIKAN
9.00 PAGI - MAJLIS DIMULAKAN
- BACAAN DOA
- UCAPAN ALU-ALUAN YDP
- UCAPAN PERASMIAN
- PENYAMPAIAN CENDERAMATA
10.00 PAGI- JAMUAN MAKAN
10.30 PAGI- MESYUARAT AGUNG DIMULAKAN
- CABUTAN BERTUAH
- BERSURAI

Monday, April 12, 2010

JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG BKKKI 2010

PENGERUSI: HJ ZAINUDDIN BIN HJ MOHD ALIE
TIMB.PENGERUSI:HJ MOHD RAWAN BIN MD YUSOF
SETIAUSAHA:ENCIK AMAD JUPRI BIN LEWAN
PEN.SU:HJ SALIKIN BIN MIS
BENDAHARI:H NORAZAHAR BIN JILAN
PEN BENDAHARI:HJ MOHD SUREMI BIN RASIDEN
JAWATANKUASA:
1.PERSIAPAN TEMPAT: ENCIK ABD RAHIM BIN ABU BAKAR (K)
ENCIK SALIM BIN KUTTY ALI
ENCIK SUHUT BIN PONCHO
2.BACKDROP:HJ MOHD RAWAN BIN MD YUSOF
3.URUSETIA DAN PENDAFTARAN:ENCIK AMAD JUPRI BIN LEWAN (K)
HJ MOHD SUREMI BIN RASIDEN
PUAN CHE NORSEHA BINTI ABD GHANI
4.JAMUAN:HJ NORAZAHAR BIN JILAN
HAJAH ZAHARAH BINTI OSMAN
PUAN NORIYAH BINTI TARMUDI
5.KEMUDAHAN PA SYSTEM: ENCIK AZHAR BIN PALAL(K)
ENCIK AZMAN BIN LUDIN
ENCIK MOHD AZLI BIN MASRON
6.PENCATAT MINIT DAN PEMILIHAN: ENCIK KAMAL ARIFFIN BIN AHMAD (K)
PUAN SYARIFAH JUHAIDA BINTI SYED JAAFAR
PUAN SAFIAH BINTI IBRAHIM
7.PENYAMBUT TETAMU: SEMUA AJK TERTINGGI
8.JURU ACARA MAJLIS:HJ SALIKIN BIN MIS
9.BACAAN DOA:HJ REBU BIN HJ SAIMAN
10. JURUGAMBAR DAN DOKUMENTASI:ENCIK AHMAD BIN JANTAN
11.KEBERSIHAN DAN TUGAS AM: ENCIK PAIMAN BIN ABD RAHMAN

DISEDIAKAN OLEH:YDP





Monday, April 5, 2010

MESYUARAT AGUNG BADAN KHAIRAT KEMATIAN DAN KEBAJIKAN ISLAM 2008/2010

ASSALAMUALAIKUM WBR

AHLI-AHLI YANG DIRAHMATI ALLAH SWT

NOTIS MESYUARAT AGUNG BKKKI KALI KE 14 2008/2010

TARIKH: 18 APRIL 2010
HARI: AHAD
MASA: 8.00 PAGI
TEMPAT: SURAU AL-HAFIZ, JLN PERMATANG 23

SEMUA AHLI DIPERSILAKAN HADIR

MESYUARAT JKUASA KERJA BKKKI 2010

Assalamuaikum WBR...
Untuk Perhatian Semua Jawatankuasa
Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam
taman Desa Jaya, 81100 Johor Bahru

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat JKuasa Kerja bagi persiapan Mesyuarat Agung BKKKI kali ke 13 telah dipinda pada tarikh berikut:

Tarikh: Ahad 11 April 2010
Masa: 9.00 malam
Tempat:Masjid Jamek Taman Desa Jaya

Kehadiran tuan/puan amat2 dialu-alukan