Wednesday, January 26, 2011

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI 1000 KALI BERZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kesedihan yang tengah menekan hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu perlahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya.”jawab wanita cantik itu.

“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun mula bercerita, “Saya… telah berzina. “Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun… lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… tewas,” ucap wanita itu seraya menangis teresak-esak.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka marah ia mengherdik, “Perempuan bejad, nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangun dan melangkah perlahan. Dia terhoyong hayang keluar dari dalam rumah Nabi Musa.

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya.

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun menemui Nabi Musa.

Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya.

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?”

Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

” Ada !” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa kian mahu tahu.” Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal.

Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina” . Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya.

Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. (Dirujuk daripada buku 30 kisah teladan – KH Abdurrahman Arroisy

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.

Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Wallahualam…

Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui.
Wassalamu’alaikum wbt..

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105)

Monday, January 24, 2011

UNIFORM BKKKI TAMAN DESA JAYA

Assalamualaikum WBR!

Dimaklumkan kepada semua Jawatankuasa BKKKI Taman Desa Jaya Sesi 2010/2012 untuk hadir mengikut ketetapan berikut untuk mengukur Pakaian Uniform masing-masing:

Tarikh : Hari Ahad 30 Januari 2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Masjid Jamek Al-Falah, Taman Desa Jaya


Sila panjang-panjangkan makluman ini.
Terima kasih.

YDP

Friday, January 21, 2011

MESYUARAT AJK KALI 1/2011

ASSALAMUALAIKUM WBR

Tuan Haji/Hajah/Tuan/Puan,

Dijemput hadir mesyuarat mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : Ahad 23 Januari 2011
Masa : 9.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat, Masjid Jamek Al-Falah, Taman Desa Jaya
Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Membentangkan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2010
5. Aktiviti yang dirancang
6. Hal-hal yang lain

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan
Terima kasih
Wassalam

Wednesday, January 19, 2011

KISAH 3 LELAKI DISERET MASUK NERAKA


Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYuVkDEbmCUQuX1eqhjEX1SBbxz_mwf7iSiEQtaGhrQJCrN-ZakeOcXEOfijTJDVS47ojiOm0hzyIJq5RfmwkT3t7PzFsTpTW3A_yNgHdmN25Z6_zyS_7R_rzJftXl3f9sIOEbl70QFAA/s1600/DSC00437.JPG
Gambar hiasan

Apabila membaca tiga kisah yang penulis paparkan kali ini, timbul kebimbangan kerja-kerja kebaikan yang dilakukan selama ini.

Bimbang ada unsur-unsur yang boleh membawa kepada ketidakikhlasan dalam melakukan kebaikan. Allah Maha Mengetahui, maka berserahlah kepadaNya menentukannya.

Sedar atau tidak sedar, ikhlas seseorang itu kadang-kadang boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Contohnya, memberi sumbangan ikhlas tapi ditulis besar-besar nama pemberi sumbangan.

Kita boleh menegur pemberi sumbangan ini sebab boleh dilihat secara jelas tidak ikhlas. Jika nak tulis juga boleh tapi bukan namanya, tapi nama institusi atau persatuan yang diwakilinya.

Contohnya, jika Tenaga Nasional Berhad (TNB) nak bagi sumbangan. Tak perlulah tulis nama Pengurus TNB atas sumbangan , cukuplah tulis nama TNB sahaja (macam dalam gambar hiasan)

Berterima kasihlah jika ditegur kerana dilihat secara jelas tidak ikhlas. Namun , sudah ramai umat Islam yang tak buat kerja bagi sumbangan suruh tulis nama dia kecuali dia ada niat lain.

Apa yang paling ditakuti adalah tidak ikhlas itu manusia tidak nampak jadi tidak ditegur. Memang pada zahirnya manusia tidak nampak , tapi Allah Maha Mengetahui dan inilah yang berlaku dalam tiga kisah ini. Bacalah......

Dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim ada menceritakan keadaan tiga orang lelaki mengenai amalannya yang diadili pada hari pembalasan kelak di hadapan Allah SWT.

Seorang Lelaki yang Mati Syahid

Dia telah dibawa ke muka pengadilan untuk diadili segala amalannya. Kemudian telah diperlihatkan kepadanya segala kenikmatan sebagai ganjaran di atas amalannya.
Dan sebelum itu, dia telah ditanya oleh Allah SWT tentang amalannya semasa di dunia dahulu.

“Apakah yang telah engkau lakukan semasa hayatmu di dunia?”

Lelaki itu menjawab, “Aku telah berperang demi Engkau ya Allah sehingga aku terbunuh.”

Lantas Allah berkata kepadanya, “Bohong! Engkau pergi berperang bukan kerana Aku tetapi supaya engkau disebut-sebut sebagai seorang pahlawan. Kini gelaran itu telah engkau perolehi.”

Kemudian Allah memerintahkan supaya dia diseret ke dalam neraka.

Seorang Lelaki Alim, Penuntut Ilmu dan Sentiasa Berdamping Dengan Al-Quran

Sepertimana lelaki pertama tadi, dia dibawa ke muka pengadilan untuk diadili segala amal perbuatannya semasa di dunia. Lalu Allah menampakkan nikmat ganjaran yang diperolehi atas segala amalannya. Tetapi sebelum itu, Allah menyoal dia tentang amalan yang dilakukannya,

“Apa yang telah kau lakukan semasa hayatmu di dunia?”

Lelaki itu menjawab, “Aku mempelajari berbagai-bagi ilmu dan mengajarkannya semula kepada orang lain serta aku sering membaca al-Quran kerana Engkau ya Allah..”

Lantas Allah berkata, “Dusta! Engkau belajar dan mengajar bukan kerana Aku, engkau membaca al-Quran pun bukan kerana Aku. Akan tetapi engkau belajar dan mengajar supaya dikatakan orang engkau seorang yang pintar. Kini sebutan itu telah engkau perolehi. Engkau rajin membaca al-Quran pun bukan kerana Aku, akan tetapi supaya dikata orang Engkau seorang Qari. Dan gelaran itu pun juga telah engkau perolehi.”

Lalu, Allah SWT memerintahkan lelaki tersebut agar ditempatkan di dalam neraka.

Seorang Lelaki Yang Dermawan

Seperti kedua-dua lelaki tadi, selepas diperlihatkan segala kenikmatan kepadanya maka Allah SWT bertanya akan amalannya semasa di dunia meskipun Allah Maha Mengetahui.

“Wahai Fulan! Apakah yang telah engkau lakukan semasa hayatmu di dunia?”

Lelaki itu menjawab, “Aku telah membelanjakan segala harta kurnia-Mu kepadaku ke jalan yang Engkau sukai.”

Maka Allah berkata kepadanya, “Dusta! Engkau membelanjakan hartamu supaya engkau dikatakan orang, engkau seorang yang dermawan. Kini engkau memperolehi gelaran tersebut!”

Lalu lelaki tersebut telah Allah SWT suruh seret ke dalam neraka.

TAMAT

Ketiga-tiga lelaki yang diceritakan di atas adalah seorang yang baik dipandangan manusia. Dan telah melakukan kerja yang mulia.

Namun mengapa Allah SWT masih melemparkan mereka ke dalam neraka?
Keikhlasan dalam setiap perbuatan.

Keikhlasan tidak boleh dipisahkan dengan segala kerja yang dilakukan. Tanpa keikhlasan, segala kerja yang dilakukan, pasti menjadi seperti debu yang berterbangan.cintaillahi

Wassalam

Sunday, January 16, 2011

KEDEKUT UNDANG 7 KEBURUKAN

KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta milikinya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan.

Sikap itu bertentangan dengan tuntutan Islam. Firma Allah yang bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.”

Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta. Ia boleh menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengerjakan ibadat, sebaliknya memalingkan muka hati kepada dunia semata-mata.

Firman Allah, maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian, maka mereka adalah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)

Jadi, bagi menyucikan sebahagian harta, setiap orang perlu manfaatkan harta itu dengan membelanjakannya ke jalan yang boleh memberi manfaat.

Kita juga disaran berusaha memperbaiki kelemahan dan ‘meloloskan’ diri daripada kemiskinan kerana kemelaratan itu hanya akan menjauhkan diri kita daripada Tuhan.

Tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jadi kita perlu sematkan dalam diri untuk bersedekah, Insya-Allah harta yang dikeluarkan akan diganti berlipat ganda.

Jangan hanya sebab harta benda kita bermusuh sesama sendiri.

Berdasarkan konsep rezeki yang diterangkan, Allah memberi jalan seluas-luasnya bagi setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk.

Justeru, selagi berpeluang bernafas, manfaatlah harta untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain kerana rezeki yang kita miliki kadangkala ada hak kepada orang lain.

Selain itu, menunaikan hajat orang lain juga boleh meluaskan jajaran rezek

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan boleh menggelapkan rupa, hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

Amalan bersedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki kita seluas-luasnya.

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam, maksudnya: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu tergantung di Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Saidina Abu Bakar berkata, maksudnya: Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan iaitu:

1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.

2. Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan tenggelam dalam tanah.

3. Selepas meninggal, hartanya akan diwarisi mereka yang mempergunakan di jalan maksiat dan kemungkaran.

4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakit itu.

5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya.

6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, akibatnya hartanya musnah.

7. Allah meninggikan syahwat bakhilnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan

Friday, January 14, 2011

PERINGATAN UNTUK DIRI YANG LALAI

Hai Diri semakin lupa dengan dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang semantara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti apa yang digambarkan oleh Allah swt:

“ Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat. Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui”

Orang yang benar-benar mengetahui tentang kehidupan akhirat tidak tertipu kehidupan dunia yang melekakan. Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia, ini menunjukkan diri ini amat jahil oh tuhan.

Saat-saat kematian semakin menghampiri tetapi diri ini sentiasa lalai untuk mendapat amal akhirat. Apabila mendapat nikmat dunia, rasa seronok sehingga terlanggar perintahnya dan meninggalkann ketaatan sedikit demi sedikit.

Apabila Allah menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan kehilangan nikmat dunia tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini kepadanya. Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin member I peluang untuk kembali kepadanya sebelum datangnya saat kematian. Rebutla peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Nabi saw bersabda:

“Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara:

1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.

2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya sangat yang menyebabkan kamu melampaui batas.

3. Adakah kamu menanti sehingga kamu sakit yang merosakkan badan kamu.

4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.

5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.

6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya dajal. Dajal adalah seburuk2 benda gaib yang dinanti.

7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat. Kiamat adalah perkara yang menakutkan dan amat pahit.”

Hadis riwayat imam Tirmizi.

Ingatlah wahai diri bahawa setiap apa yang kamu buat akan dihisab oleh tuhan. Jangan seronok dan leka melakukan apa saja tanpa sedar Allah murka dengan dirimu. Firman Allah swt:

“Adakah manusia meyangka dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dihisab dan dibalas)?”

Ayat 36 surah al-Qiamah

Ingatlah kematian sentiasa mengekori mu. Setiap saat masa berlalu semakin hampir i dan akhirnya kamu pasti akan bertemu dengannya. Firman Allah swt:

“ Katakanlah hai Muhammad, sesungguhnya kematian yang mana kamu lari daripadanya , ia pasti akan menemuimu.”

Ayat 8 surah al-Jumaah

Walaupun diri sentiasa melihat kematian tetapi mengapa tidak menambahkan keimanan kamu dan mendekatkan diri dengan akhirat. Ini adalah hati yang keras dan hati yang lalai dalam ibadah. Firman Allah swt:

“ Maka celakalah bagi orang-orang yang keras hatinya daripada mengingati Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata.”

Ayat 22 surah az-Zumar.

Hati yang keras ini adalah hanya layak untuk neraka sahaja. Allah sentiasa bertanya bilakah hati ini hendak khusyuk kepada tuhan dan patuh segala perintahnya. Firman Allah swt:

“ Bukankah sudah sampai masa bagi orang-orang beriman untuk tunduk khusyuk mereka kepada mengingati Allah dan patuh dengan kebenaran yang Allah telah turunkan…”

Ayat 16 surah al-Hadid

Adakah setelah malaikat mencabut nyawa baru hendak menyesali terhadap perbuatan-perbuatan yang melampau di dunia. Ketika itu tidak ada gunanya. Nasi sudah busuk (jadi bubur sedap lagi). Firman Allah swt:

“ Sehinggalah datang kematian kepada salah seorang mereka. Dia berkata : Hai tuhanku kembalikan aku ke dunia, supaya aku dapat beramal soleh yang mana telah aku tinggalkan. (jawapan tuhan) Tidak sama sekali, itu hanya ucapan yang diucapkan (tidak ada gunanya) dan mereka akan melalui alam barzakh sehinggalah hari mereka dibangkitkan.”

Ayat 99,100 surah al-Mukminun

Ingatlah wahai diri sehebat mana ilmu, sebesar mana mahligai mu, setingga mana pangkat mu, sebanyak mana pengawal mu; itu semua tidak menghalang malaikat maut untuk mencabutn nyawamu. Firman Allah swt:

“ Dimana sahaja kamu berada, pasti kematian akan menemuimu sekalipun kamu berada di dalam bangunan-bangunan yang kukuh dan terkawal.”

Ayat 78 surah an-Nisa

Bila mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap perbuatan-perbuatan yang lampau; Ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri ini kena bangun beramal dan tidak hanya berazam tanpa ada perlaksanaan. Nabi saw bersabda:

“ Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga (sedangkan tidak beramal).”

Hadis riwayat Imam al-Hakim

Ya Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit amalan akhirat.

Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak,

Hati ini semakin jauh dari mu, oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman,

Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci, asalkan engkau menerimaku kembali.

Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku cabutlah nyawa ini dalam keadaan engkau reda kepadanya.

Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamamu dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanmu.

Tuesday, January 11, 2011

Kidal Ada Kelebihannya...

rangtua selalu membiasakan anak menggunakan tangan kanan. Menjadi kidal (aktif menggunakan tangan kiri) kadang dianggap tidak sopan. Tapi menjadi kidal ternyata banyak sekali keuntungannya.

Orang menjadi kidal karena dominasi dari otak sebelah kanannya, namun sebagian besar (80-90 persen) anak lebih dominan kerja otak kirinya sehingga gerakannya lebih banyak menggunakan bagian kanan.

Penyebab kidal saat ini masih belum jelas ada yang bilang karena keturunan tapi banyak yang sepakat karena kebiasaan.

Definisi

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).

Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Hubungan kidal dengan otak



Fakta menarik

1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.

Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.

“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn

TOKOH-TOKOH KIDAL

1. Presiden Amerika Syarikat



I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
IV. Gerald Ford (1913- ) 38th
V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd
VIII. Barrack Obama 44th

2. Tokoh ternama

* Aristotle (Ahli falsafah)
* Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
* Isaac Newton (saintis)
* Albert Einstein (saintis)
* Henry Ford Jr., (automobil)

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

1. Kesukaran bagi individu kidal:

Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku. Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.

Kerusi meja (kerusi kuliah); Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:

* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar

2. Kelebihan bagi individu kidal:

Tulisan Arab:

Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:

Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :

Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

Penyesuaian:

Kerana dunia mereka didominasi oleh produk untuk yang bertangan kanan, si kidal jauh lebih mudah menyesuaikan diri dengan peralatan yang dibuat untuk mereka yang bertangan kanan dari yang menggunakan tangan kiri.

Peperangan :

Sewaktu peperangan zaman lampau, apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.

Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan menentang pahlawan kidal.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:

a) Teknologi Maklumat

Bill Gates

b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )

Saidina Umar Al-Khattab (berdasarkan kitab-kitab sejarah Islam)
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci

c) Musik dan hiburan

Michelangelo Buonaroti,
Beethoven

Selebriti

Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Asmawi bin Ani( Mawi )
Man Kidal

d) Sukan

Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)

Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

7. Individu Kidal, Individu Elastik

Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

Orang kidal pintar?

Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.

Makan tangan kiri

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)

Pasal isu makan guna tangan kiri. Aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.

Wallahualam.



Sumber : Kelab Greenboc
http://greenboc.blogspot.com/