Thursday, August 30, 2012

4 Jenis Jelaki Yang Ditarik Perempuan Ke Neraka




Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya


Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya


Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.


3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.


4. Anak Lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam...

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/08/4-jenis-jelaki-yang-ditarik-perempuan.html#ixzz256LhwvQS

Wednesday, August 29, 2012

KISAH RASULLAH SAW SEWAKTU AJAL MENJEMPUT BAGINDA....

Betapa mulia dan indahnya akhlak Baginda Rasulullah Mengingatkan kita dalam Kematian. Abe harap korang semua baca sampai habis dan ambil iktibar? Masyarakat kita kini kalu sebut pasal artis semua tahu siap dengan terperinci lagi tu serba-serbinya tapi kalau tanya pasal agama belum tentu lagi tahu ke tidak..

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. " Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dasyatnya ambang maut ini, berikan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Tuesday, August 14, 2012

Inilah yang terjadi pada tubuh badan di alam kubur



REPUBLIKA.CO.ID, Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melewati beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa sejak malam pertama masuk ke kuburan hingga 25 tahun selepas itu.

Malam Pertama

Di kuburan pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam ini saling bergelut dan menjaganya di dunia. Dua hajat, yang kerananya Allah azza wa jalla membuat manusia rugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kuburan. Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai make up, dan alat-alat kecantikan membuatnya memiliki ragam pesona, nanti tubuh manusia hanya akan mempunyai satu warna saja.

Malam Kedua

Di kuburan, mulailah ahli-ahli badan mayat seperti limpa, hati, paru-paru dan perut.

Hari Ketiga

Di kuburan, mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluatkan bau busuk tidak sedap.

Seminggu Setelah itu

Wajah mulai tampak membengkak, dua mata, kedua-dua lisan dan pipi.

Setelah 10 hari

Tetap terjadi pembusukan pada kali ini pada anggota-anggota tubuh tersebut, perut, perut, limpa ..

Setelah 2 Minggu

Rambut mulai gugur

Setelah 15 Hari

Lalat hijau akan mula boleh mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuhnya

Setelah 6 Bulan

Yang tersisa hanya rangka tulang saja.

Setelah 25 Tahun

Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan mencari satu tulang yang sangat kecil disebut 'ajbudz dzanab (tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat.

Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh badan yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Oleh kerana itulah, jangan biarkan umur kita melewati jasad ini sia-sia, kerana dia akan mendapatkan apa yang telah disebutkan.

Sunday, August 12, 2012

Pergunakan Sepenuh Masa Baki di Sepuluh Malam Terakhir Ramadan




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Janganlah di persia-siakan masa kita di fasa ke3 ini kerana jika kita terlepas masa yang berharga maka kita sendiri yang akan rugi kerana belum tentu Ramadan akan datang kita akan dapat bertemu. Intai-intailah Lailatul Qadar kerana di dalamnya mengandungi hikmah dan fadilat lebih baik daripada beribadah 1000 bulan.

Terdapat 21 amal-amal soleh perlu praktikkan dan di hayat :

Pertama : Solat Malam-sebolehnya bangun sebahagian dari malam untuk disempurnakan solat-salat sunat, membaca al-Quran, zikir, dan taubat sehingga ke waktu sahur. “Daripada Abi Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang bangun malam Ramadan beribadat dalam keadaan ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah, maka diampunkan dosanya yang telah lalu” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kedua : Lewatkan Sahur – Sahur lebih kurang 30 minit sebelum subuh. “Segerakan iftar (berbuka) dan lewatkan sahur” (Hadis Riwayat Tabrani)

Ketiga : Bersiap sedia ke masjid/surau berjamaah solat subuh. Solat sunat sebelum subuh adalah sangat dituntut. Nabi SAW bersabda maksudnya : “Dua rakaat sebelum Subuh itu lebih baik dari dunia dan isinya. (Hadis Riwayat Muslim dalam Sahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 725.)

Keempat : Beriktikaf di masjid sambil berzikir atau membaca al-Quran sesudah solat subuh sehingga terbit matahari (andai mampu). Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan solat subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti pahala satu haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna” (Hadis Riwayat Muslim).

Kelima : Lakukan solat Duha 2, 4, 6, 8, atau 12 rakaat. Kekasihku Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (bulan Islam), mengerjakan dua rakaat solat Duha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur. (Hadis Riwayat Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.)

Keenam : Sempurnakan kerja-kerja rumah sambil berselawat, bertahlil, bertahmit, bertasbih dan berzikir.

Ketujuh : Solat Zohor di masjid. Jangan ditinggalkan sunat rawatib (sebelum dan sesudah Zohor) .Duduk sebentar beriktikaf sambil membaca Quran/ berzikir.

Kelapan : Solat Asar di masjid. Jangan lupa sunat rawatib (sebelum Asar) .Duduk sebentar beriktikaf sambil membaca Quran/ berzikir.

Kesembilan : Membaca al-Quran 30 minit sebelum berbuka dan perbanyakkan berdoa kerana waktu yang mustajab. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : ” Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka “ (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Kesepuluh : Berbuka, di masjid atau di rumah, dengan tamar/kurma/
rutob.Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi SAW. bersabda maksudnya : : “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”. (Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Kesebelas : Solat Magrib dan bersedia ke masjid untuk solat. Jika di bulan Ramadan ini ada tazkirah sebelum iftar di masjid sebaik-baiknya datang ke masjid dan berbuka puasa. Cuba sampai lebih awal, sempurnakan solat sunat tahiyatul masjid. Penuhi masa terluang dengan membaca al-Quran dan berzikir.

Kedua belas : Solat Isyak berjamaah, bersama sunatnya.

Ketiga belas : Solat terawih 8 atau 20 rakaat. Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (SWT.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (SWT.)." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Keempat belas : Tadarus / membaca Quran sebelum tidur.

Kelima belas : Sentiasa memperbaharui wuduk.

Keenam belas : Elakkan berbual perkara2 yang sia-sia, lebih-lebih lagi mengumpat atau memfitnah. “Barangsiapa yang tidak mampu meninggalkan perkataan dosa dan dia melakukannya, maka Allah tidak memerlukan dia untuk meninggalkan makan dan minum.” (Bukhari)

Ketujuh belas : Pelihara pandangan dan pendengaran agar terpelihara pahala puasa.

Kelapan belas : Perbanyakkan bersedekah dan membantu fakir miskin dan anak-anak yatim . “Bahawa Rasulullah SAW. merupakan manusia paling dermawan terhadap kebaikan, dan kedermawanannya meningkat saat masuk bulan Ramadan, ketika Jibril mentalaqqi nabi, dan Jibril selalu mentalaqqinya setiap malam bulan Ramadan hingga selesai membaca al-Quran, dan ketika dijumpainya, nabi paling dermawan dalam kebaikan dibanding angin yang bertiup.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kesembilan belas : Sentiasa berdoa dan berharap agar puasa yang dikerjakan diterima Allah SWT.

Kedua puluh : Memburu Lailatul Qadar di malam malam ganjil. Dari Aisyah r.ha., bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil dalam sepuluh malam yang akhir, dari bulan Ramadan". (Hadis Riwayat Bukhari)

Kedua puluh satu  : Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad SAW sabdanya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang lain), sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu". (Hadis Riwayat Bukhari).

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita pertingkatkan lagi amalan-amalan kita di peringkat akhir Ramadan. Hanya tinggal 6 atau 7 hari lagi Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Oleh itu berusahlah bersungguh-sungguh dan beruntunglah kita jika kita bertemu Lailatul Qadar pada tahun ini kerana amalan dimalam tersebut lebih baik daripada 1000 bulan. Berdoa dan mohon keampunan daripada Allah SWT daripada segala dosa-dosa kita semoga Dia membebaskan kita daripada sekaan api neraka .

AGIHAN SUMBANGAN UNTUK FAKIR MISKIN 2012

Tarikh: 12 OGOS 2012 (Hari Ahad)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor
Jumlah Penerima: 80 orang
Lokasi Dihantar: Jalan Lembah, Jalan Permatang, Jalan Danau dan Ehsan Jaya
Pengurus Agihan:
1. Tuan Hj Mohd Suremi Bin Rasiden (Zon Lembah dan Danau)
2. Tuan Hj Salikin Bin Mis (Zon Permatang)
3. Tuan Hj Mohd Rawan Bin Mohd Yusof (Zon Permatang)
4. Encik Kamal Ariffin Bin Ahmad (Zon Permatang)
5. Tuan Hj Zainuddin Bin Hj Mohd Alie (Zon Lembah)
6. Encik Abdul Razak Bin Ihsam (Zon Ehsan Jaya)
7. Tuan Imam Rosli (Zon Ehsan Jaya)
8. Puan Shariffah Binti Saidin (Zon Ehsan Jaya)

Terima kasih atas semua kerjasama dan pengorbanan yang tuan/puan lakukan di bulan Ramadan ini.
Moga Allah jua yang meRahmatiNya. AMIN

Wednesday, August 8, 2012

4 Malam Yang Dijangka Malam Lailatil Qadar 2012



Assalammu'alaikum warohmatullah!

Jangan terlepas 4 malam di bulan Ramadan Tahun ini. Kemungkinan besar salah satu malam ini Lailatul Qadar.

1. Khamis, 9-Ogos-2012 malam Jumaat (Malam 21 di Malaysia, Malam 22 di Mekah)
2. Sabtu, 11-Ogos-2012 malam Ahad (Malam 23 di Malaysia, Malam 24 di Mekah)
3. Rabu, 15-Ogos-2012 malam Khamis (Malam 27 di Mekah, Malam 26 di Malaysia)
4. Jumaat, 17-Ogos-2012 malam Sabtu (Malam 29 di Mekah, Malam 28 di Malaysia)

Ini berdasarkan maklumat daripada Kitab Jauhar al-Mauhub, seperti berikut;

Di Malaysia
=========

Awal Ramadan tahun ini di Malaysia (1 Ramadan 1433H) jatuh pada hari Sabtu (21-Julai-2012) maka mengikut;

1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – Lailatul Qadar insya-Allah akan jatuh pada malam yang ke-21 (hari Khamis, 9-Ogos-2012 malam Jumaat)

2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-23 (hari Sabtu, 11-Ogos-2012 malam Ahad)


Di Arab Saudi
===========

Awal Ramadan tahun ini di Mekah (1 Ramadan 1433H) jatuh pada hari Jumaat (20-Julai-2012) maka mengikut;

1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – Lailatul Qadar insya-Allah akan jatuh pada malam yang ke-29 (hari Jumaat, 17-Ogos-2012 malam Sabtu)

2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-27 (hari Rabu, 15-Ogos-2012 malam Khamis)

Berikut adalah petikan dari kitab yang tersebut di atas (lampiran adalah dari kitab asal);

Dan adalah malam Lailatul Qadar itu pada Imam Syafie Radiyallahu’anhu tersimpan ia di dalam sepuluh malam yang akhir daripada bulan Ramadan tetapi pada malam “gasal” (ganjil) itu terlebih harap akan dia dan terlebih diharap daripada segala malam yang “gasal” (ganjil) itu malam yang dua puluh satu dan malam yang dua puluh tiga.

Dan yang “rajihnya” bahawasanya malam Lailatul Qadar itu melazimi ia akan malam yang tertentu maka tiada terpindah ia daripada seperti barang yang diriwayatkan daripada Abas bahawasanya malam Lailatul Qadar itu malam yang dua puluh tujuh kerana diambil daripada firman Allah ta’ala “Inna annzalnahu filailatul qdr” hingga “Salam mun hi ya” … maka bahawasanya kalimah “ hi ya’ itu dua puluh tujuh daripada segala kalimah surah ini dan iaitu kinayah daripada malam lailatul qadar dan atas perkataan inilah diamalkan pada segala masa, segala negeri dan iaitu mazhab kebbanyakan Ahli al-‘Ilmi.

Dan kata qil; “Bahawasanya malam lailatul qadar itu terpindah ia tiada tetap ia pada malam yang tertentu maka terkadang ia pada dua puluh satu dan terkadang ada ia pada malam dua puluh lima demikianlah dan atas perkataan ini menjalani dua ahli Sufi dan menyata mereka itu akan “dhabit” dan kaedah bagi yang demikian itu dan iaitu;

- jika adalah awal puasa pada hari Jumaat maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Sabtu maka itu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa pada hari Ahad maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Selasa maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa pada hari Rabu maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka malam lailatul qadar malam dua puluh satu

Dan telah memilih Imam Nawawi didalam Majmu’ dan Fatawa akan qaul dengan berpindah dan katanya di dalam Raudah dan iaitu yang kuat. (Bajuri)

Dan tersebut di dalam Hasyiyah Fathul Wahab, maka;

- jika awal puasa pada hari Ahad atau hari Rabu maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa hari Selasa atau Jumaat maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa hari Sabtu maka iaitu malam dua puluh tiga malam lailatul qadar

Kata Abu Al-Husan: “Dan pada masa sampai aku akan tahun lagi-lagi tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan ini kaedah yang tersebut Barmawi dan Qalyubi”

MISTERI HAJARUL ASWAD



Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?
.” Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.

 Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat. Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub. Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

 Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita. Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)