Thursday, November 28, 2013

KESAN BACCAN AL-QURAAN TERHADAP OTAK DAN ORGAN MANUSIA

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun. 

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu. 

Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. 

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit. 

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya. 

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. 

Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an. Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman. 

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. 
Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan. 

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang. 

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204). 

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ). 

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

Saturday, November 9, 2013

Bodohkah ibuku?

Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.


Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"
Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.


***
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipun si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!....


 IBU..engkaulah RATU hatiku...

7 AZAB KUBUR _Kisah NYATA Yang BENAR Sepertimana Yang Diceritakan Oleh PENGGALI KUBUR

7 azab yang dilihat pengali kubur Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual.
Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
1. Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat.
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
2. Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****.
Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
3. Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
4. Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. 
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
5. Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
6. Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi. 
7. Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya.
Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah. Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.

Tuesday, November 5, 2013

Maksud Nama-Nama Bulan Dalam Kalendar Hijrah



1. Muharam (Tanggal 1 Muharam, tahun ini jatuh pada Selasa, 5 November 2013)
Bulan pertama pada kalendar hijrah. Dinamakan dengan Muharram kerana bangsa Arab semasa itu mengharamkan perang pada bulan ini.
2. Safar
Dinamakan dengan Safar kerana perkampungan Arab Shifr (kosong) dari penduduk, kerana mereka keluar untuk perang.
Ada yang mengatakan bahawa dinamakan dengan Safar kerana dahulu bangsa Arab memerangi berbagai kabilah sehingga kabilah yang mereka perangi menjadi Shifr (kosong) dari harta benda.
3. Rabiul Awal
Dinamakan demikian kerana semasa penamaan bulan ini bertepatan dengan awal musim bunga.
4. Rabiul Akhir
Dinamakan demikian kerana bangsa Arab semasa itu menggembalakan haiwan ternak mereka meragut rumput. Dan ada yang mengatakan bahawa di namakan demikian kerana bulan ini bertepatan dengan akhir musim bunga.
5. Jamadil Awal
Dinamakan demikian kerana semasa penamaan bulan ini jatuh pada musim sejuk, dimana air jumud (beku)
6. Jamadil Akhir
Dinamakan demikian kerana semasa penamaan bulan ini jatuh pada musim sejuk, dimana air jumud (beku)
7. Rejab
Dinamakan bulan Rejab kerana bangsa Arab membuka tombak dari besi tajamnya untuk menahan diri dari peperangan.
8. Syaaban
Dinamakan demikian kerana bangsa Arab semasa itu ke pelbagai tempat untuk mencari air.
9. Ramadhan
Dinamakan demikian kerana semasa penamaan jatuh pada musim panas.
10. Syawal
Dinamakan demikian kerana semasa itu unta betina kekurangan air susu.
11. Dzulqaedah
Dinamakan demikian kerana bangsa Arab duduk dan tidak keluar berperang, kerana bulan ini termasuk bulan haram yang tidak boleh perang.
12. Dzulhijjah
Dinamakan demikian kerana bangsa Arab melaksanakan ibadah haji
Wallahualam

Saturday, November 2, 2013

Muharram Bukan Bulan Nabi s.a.w Berhijrah

Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut;

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.
2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.
Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.
Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.
3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:
Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.
4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).
gua_thur.jpg
Gambar Hiasan – Gua Thur
5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.
6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.
7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.
8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.
9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.

Friday, November 1, 2013

17 Perkara Mengundang Azab Kubur


Disebutkan oleh  Imam Ibn al-Qayyim Allah bahawa orang-orang dari kubur sedang disiksa kerana kejahilan  mereka tentang Allah  dan tidak melaksanakan perintah Allah SWT serta melakukan  dosa, Sesungguhnya azab kubur adalah  sebahgian daripada azab di negeri akhirat, kesan dari murka Allah SWT dan dosa hambanya, Azab Allah SWT berlaku mungkin disebabkan dosa hati, mata, telinga, mulut, lidah, perut, kemaluan , tangan dan seluruh tubuh, Allah SWT murka keranan mati tanpa bertaubat. Maka azab kubur bergantung kepada dosa dan kemurkaan Allah SWT terhadap seseorang hambanya. Terdapat juga dosa yang akan ditambah azabnya atau dosa yang akan dikurangkan azabnya . Mereka yang  berkata benar atau yang berbohong semuanya mendapat balasan daripada Allah SWT.

Amaran Allah SWT terhadap dosa-dosa tersebut terlalu banyak diantaranya ialah :

1 – Mengumpat  dan memfitnah.

2 – Tidak beristbra’ semasa membuang air kecil.

3 – Solat tanpa membersihkan diri dengan sempurna.

4 – berbohong.

5 – Meninggal solat dan meremeh-remehkannya.

6 – Tidak membayar zakat.

7 – Berzina.

8 – Mencuri (pencurian).

9 -Khianat.

10 – mencari perselisihan di kalangan umat Islam atau menabur fitnah.

11 – Makan harta RIBA/ INTERES . ( fenomena berbahaya ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita)

12 – Tidak  membela  mereka yang  tertindas.

13 – Minum arak.

14 – Melabuhkan pakaian melebihi paras buku lali.

15 – Membunuh.

16 – Menghina  atau mencaci para sahabat.

17 – Mati semasa melakukan perkara bid’ah.