Thursday, March 27, 2014

Assalamulaikum WBR,
Ahli-Ahli yang DiRahmati Allah SWT.

Berikut ini saya senaraikan kedudukan kewangan yang telah diluluskan dan diterima dalam Mesyuarat Agung Kali ke-18  BKKKI sesi 2012 / 2014. Tuan/Puan boleh merujuk kepada Penyata Tahunan berakhir 31 Disember 2013.

1.Penyata Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam:
Baki berakhir 31/12/2013 = RM61,424.94

Pelaburan yang berakhir pada bulan 4/2013 = RM50,000.00

2.Penyata Kewangan Pentadbiran dan Pengurusan Jenazah:
Baki berakhir 31/12/2013 = RM47,005.53

JUMLAH BESAR TERKUMPUL = RM158,430.47


Terima kasih.

Bekas Pengerusi
BKKKI Taman Desa Jaya.

Monday, March 24, 2014

PEMILIHAN PENGERUSI DAN AJK TAHUN 2014 / 2016

ASSALAMUALAIKUM WBR!

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA, PEMILIHAN PENGERUSI DAN AJK BARU SESI 2014/2016 BADAN KHAIRAT KEMATIAN DAN KEBAJIKAN ISLAM TAMAN DESA JAYA JOHOR BAHRU TELAH SELAMAT DIADAKAN PADA JUMAAT 21 MAC 2014

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA BEKAS AJK BKKI YANG TELAH BERKHIDMAT DI BAWAH KEPIMPINAN SAYA SERTA TELAH MENUNJUKKAN KOMITMEN YANG BEGITU TINGGI SERTA SANGGUP BERKORBAN MASA, WANGRINGGIT, TENAGA DAN KEPENTINGAN TUGAS RASMI.

TERIMA KASIH JUGA KEPADA AJK PENGURUSAN JENAZAH YANG SANGAT TINGGI KOMITMEN MEREKA SEHINGGA KE AKHIR TUGASAN MEREKA PADA MALAM TERSEBUT.

TERIMA KASIH JUGA KEPADA AHLI-AHLI YANG TELAH MENYOKONG SAYA SELAMA INI DAN SAYA AMAT TERHARU UNTUK MELEPASKAN KEPIMPINAN INI KEPADA PENGERUSI DAN AJK BARU SEBAGAI LANGKAH TRANSFORMASI KEPIMPINAN.

SAYA RASA BERSYUKUR DENGAN KEADAAN YANG MANA PERLEPASAN KEPIMPINAN INI, KEDUDUKAN KEWANGAN ADALAH DITAHAP YANG PALING MEMBANGGAKAN DAN KEMUNCAK KEJAYAAN KAMI AJK LAMA MELAKAR SEJARAH PENGAWALAN PERBELANJANN KEWANGAN YANG BERGITU AMPUH DAN KUKUH.

NASIHAT SAYA KEPADA PENGERUSI DAN AJK BARU SESI 2014/2016, BUATLAH YANG LEBIH BAIK DARI KAMI DAN BUKTIKAN TUAN2 MERUPAKAN PEMIMPIN YANG PANDAI MENCARI DANA, PELABURAN DAN MENJAGA KEPENTINGAN AHLI.

TIDAK LUPA, BERUSAHALAH DENGAN SEGERA PENUBUHAN AJK PENGURUSAN JENAZAH SUPAYA TIDAK TERTANGGUH DAN TERHALANG KERANA KESIBUKAN MASING-MASING. SEGERAKAN URUSAN 'FARDU KIFAYAH'. KEKALKAN IMEJ URUSAN JENAZAH HINGGA KEPERINGAKT LUAR KAWASAN SEPERTI YANG KAMI TELAH LALUI.

SAYA AKAN TERUS MEMANTAU TAHUN DEMI TAHUN SERTA AKAN TERUS MEMBUAT TEGURAN ATAS KEPINCANGAN YANG BERLAKU. ITU JANJI SAYA.

SELAMAT BERKHIDMAT KERANA ALLAH SWT....AMIN

BEKAS PENGERUSI
BKKKI, TAMAN DESA JAYA
24 MAC 2014

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat


Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’“

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.“

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”