Assalamulaikum WBR,
Ahli-Ahli yang DiRahmati Allah SWT.
Berikut ini saya senaraikan kedudukan kewangan yang telah diluluskan dan diterima dalam Mesyuarat Agung Kali ke-18 BKKKI sesi 2012 / 2014. Tuan/Puan boleh merujuk kepada Penyata Tahunan berakhir 31 Disember 2013.
1.Penyata Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam:
Baki berakhir 31/12/2013 = RM61,424.94
Pelaburan yang berakhir pada bulan 4/2013 = RM50,000.00
2.Penyata Kewangan Pentadbiran dan Pengurusan Jenazah:
Baki berakhir 31/12/2013 = RM47,005.53
JUMLAH BESAR TERKUMPUL = RM158,430.47
Terima kasih.
Bekas Pengerusi
BKKKI Taman Desa Jaya.
Thursday, March 27, 2014
Monday, March 24, 2014
PEMILIHAN PENGERUSI DAN AJK TAHUN 2014 / 2016
ASSALAMUALAIKUM WBR!
SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA, PEMILIHAN PENGERUSI DAN AJK BARU SESI 2014/2016 BADAN KHAIRAT KEMATIAN DAN KEBAJIKAN ISLAM TAMAN DESA JAYA JOHOR BAHRU TELAH SELAMAT DIADAKAN PADA JUMAAT 21 MAC 2014
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA BEKAS AJK BKKI YANG TELAH BERKHIDMAT DI BAWAH KEPIMPINAN SAYA SERTA TELAH MENUNJUKKAN KOMITMEN YANG BEGITU TINGGI SERTA SANGGUP BERKORBAN MASA, WANGRINGGIT, TENAGA DAN KEPENTINGAN TUGAS RASMI.
TERIMA KASIH JUGA KEPADA AJK PENGURUSAN JENAZAH YANG SANGAT TINGGI KOMITMEN MEREKA SEHINGGA KE AKHIR TUGASAN MEREKA PADA MALAM TERSEBUT.
TERIMA KASIH JUGA KEPADA AHLI-AHLI YANG TELAH MENYOKONG SAYA SELAMA INI DAN SAYA AMAT TERHARU UNTUK MELEPASKAN KEPIMPINAN INI KEPADA PENGERUSI DAN AJK BARU SEBAGAI LANGKAH TRANSFORMASI KEPIMPINAN.
SAYA RASA BERSYUKUR DENGAN KEADAAN YANG MANA PERLEPASAN KEPIMPINAN INI, KEDUDUKAN KEWANGAN ADALAH DITAHAP YANG PALING MEMBANGGAKAN DAN KEMUNCAK KEJAYAAN KAMI AJK LAMA MELAKAR SEJARAH PENGAWALAN PERBELANJANN KEWANGAN YANG BERGITU AMPUH DAN KUKUH.
NASIHAT SAYA KEPADA PENGERUSI DAN AJK BARU SESI 2014/2016, BUATLAH YANG LEBIH BAIK DARI KAMI DAN BUKTIKAN TUAN2 MERUPAKAN PEMIMPIN YANG PANDAI MENCARI DANA, PELABURAN DAN MENJAGA KEPENTINGAN AHLI.
TIDAK LUPA, BERUSAHALAH DENGAN SEGERA PENUBUHAN AJK PENGURUSAN JENAZAH SUPAYA TIDAK TERTANGGUH DAN TERHALANG KERANA KESIBUKAN MASING-MASING. SEGERAKAN URUSAN 'FARDU KIFAYAH'. KEKALKAN IMEJ URUSAN JENAZAH HINGGA KEPERINGAKT LUAR KAWASAN SEPERTI YANG KAMI TELAH LALUI.
SAYA AKAN TERUS MEMANTAU TAHUN DEMI TAHUN SERTA AKAN TERUS MEMBUAT TEGURAN ATAS KEPINCANGAN YANG BERLAKU. ITU JANJI SAYA.
SELAMAT BERKHIDMAT KERANA ALLAH SWT....AMIN
BEKAS PENGERUSI
BKKKI, TAMAN DESA JAYA
24 MAC 2014
SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA, PEMILIHAN PENGERUSI DAN AJK BARU SESI 2014/2016 BADAN KHAIRAT KEMATIAN DAN KEBAJIKAN ISLAM TAMAN DESA JAYA JOHOR BAHRU TELAH SELAMAT DIADAKAN PADA JUMAAT 21 MAC 2014
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA BEKAS AJK BKKI YANG TELAH BERKHIDMAT DI BAWAH KEPIMPINAN SAYA SERTA TELAH MENUNJUKKAN KOMITMEN YANG BEGITU TINGGI SERTA SANGGUP BERKORBAN MASA, WANGRINGGIT, TENAGA DAN KEPENTINGAN TUGAS RASMI.
TERIMA KASIH JUGA KEPADA AJK PENGURUSAN JENAZAH YANG SANGAT TINGGI KOMITMEN MEREKA SEHINGGA KE AKHIR TUGASAN MEREKA PADA MALAM TERSEBUT.
TERIMA KASIH JUGA KEPADA AHLI-AHLI YANG TELAH MENYOKONG SAYA SELAMA INI DAN SAYA AMAT TERHARU UNTUK MELEPASKAN KEPIMPINAN INI KEPADA PENGERUSI DAN AJK BARU SEBAGAI LANGKAH TRANSFORMASI KEPIMPINAN.
SAYA RASA BERSYUKUR DENGAN KEADAAN YANG MANA PERLEPASAN KEPIMPINAN INI, KEDUDUKAN KEWANGAN ADALAH DITAHAP YANG PALING MEMBANGGAKAN DAN KEMUNCAK KEJAYAAN KAMI AJK LAMA MELAKAR SEJARAH PENGAWALAN PERBELANJANN KEWANGAN YANG BERGITU AMPUH DAN KUKUH.
NASIHAT SAYA KEPADA PENGERUSI DAN AJK BARU SESI 2014/2016, BUATLAH YANG LEBIH BAIK DARI KAMI DAN BUKTIKAN TUAN2 MERUPAKAN PEMIMPIN YANG PANDAI MENCARI DANA, PELABURAN DAN MENJAGA KEPENTINGAN AHLI.
TIDAK LUPA, BERUSAHALAH DENGAN SEGERA PENUBUHAN AJK PENGURUSAN JENAZAH SUPAYA TIDAK TERTANGGUH DAN TERHALANG KERANA KESIBUKAN MASING-MASING. SEGERAKAN URUSAN 'FARDU KIFAYAH'. KEKALKAN IMEJ URUSAN JENAZAH HINGGA KEPERINGAKT LUAR KAWASAN SEPERTI YANG KAMI TELAH LALUI.
SAYA AKAN TERUS MEMANTAU TAHUN DEMI TAHUN SERTA AKAN TERUS MEMBUAT TEGURAN ATAS KEPINCANGAN YANG BERLAKU. ITU JANJI SAYA.
SELAMAT BERKHIDMAT KERANA ALLAH SWT....AMIN
BEKAS PENGERUSI
BKKKI, TAMAN DESA JAYA
24 MAC 2014
11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

Percaya kepada malaikat
adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada
makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat
mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat
memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar.
Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi
masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan
kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang
yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur
dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia
tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu
si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang
antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan
suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah
ia. Ya Allah sayangilah ia.’“
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam
membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh
kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan
malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.“
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan
selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam
tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat
berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba)
pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke
langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka
berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada
siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang
bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada
mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami
datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan
mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada
hari kiamat.’ “
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim
untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya
adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat
yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya
dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun
mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di
mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun
kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti
bagi orang yang berinfak…’”
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin
menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat
untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan
di waktu malam hingga Subuh.”
Saturday, February 22, 2014
101 SEBAB KENAPA WANITA MUSLIM PERLU MENUTUP AURAT
| Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai
yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang
dituntut Islam.

Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen
seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Nauzubillah.
Seharusnya kita berbalik kepada niat asal kita kenapa kita wajib menutup
aurat.
Firman Allah swt :
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Ia
mendapat pahala (dari kebajikan) yg diusahakannya dan ia mendapat siksa
(dari kejahatan) yg dikerjakannya (Al-Baqarah 286).
- Menjalankan syi’ar Islam.
- Berniat untuk ibadah.
- Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.
- Kerana saya ingin ta’at kepada Allah yang telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezki, melindungi, dan menolong saya.
- Kerana saya ingin ta’at kepada Rasul-Nya, pembimbing ummat dengan risalah beliau.
- Untuk memperoleh Redha Allah (InsyaAllah).
- Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmat-Nya yang tiada putus.
- Seluruh ulama sepakat bahwa hukum mengenakan tudung itu wajib.
- Agar kaum wanita menutup auratnya.
- Bukan kerana mahu bergaya.
- Bukan kerana mengikut trend.
- Bukan kerana berlagak baik.
- Bukan kerana mahu menyembunyikan dosa .
- Tidak sekadar bermaksud agar berbeza dari yang lain.
- Meninggikan darjat wanita dari belenggu kehinaan yang hanya menjadi objek nafsu semata.
- Tudung sesuai untuk semua wanita yang mau menjaga dirinya dari objek nafsu semata.
- Saya ingin menjadi wanita solehah.
- Saya tengah berusaha mencapai darjat taqwa.
- Tudung adalah pakaian taqwa.
- Tudung adalah identiti wanita muslimah.
- Diawali dengan mengenakan tudung, saya ingin menapak jalan ke surga.
- Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka di hari kemudian.
- Isteri-isteri Rasulullah berbusana muslimah.
- Para sahabiah (sahabat Rasulullah yang wanita) juga berbusana muslimah.
- Mereka merupakan anutan seluruh muslimah, begitu juga saya.
- Semoga Allah memberikan kepada kita balasan jannah yang sama seperti mereka.
- Untuk meninggikan izzah Islam.
- Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah).
- Tudung lebih melindungi diri.
- Membuat saya lebih merasa aman.
- Menjaga diri dari gangguan lelaki gatal.
- Menjaga diri dari obyek pandangan lelaki yang hanya ingin ‘cuci mata’.
- Menjaga diri dari objek syahwat lelaki.
- Menjaga diri dari mata lelaki yang bernafsu.
- Menjaga diri dari tangan-tangan lelaki yang ingin meraba.
- Menghindar dari zina mata dan zina hati.
- Merupakan pencegahan dari perbuatan zina itu sendiri.
- Tudung dapat menghindari saya dari sikap-sikap yang negatif.
- Tudung dapat menghapus keinginan-keinginan yang menyimpang.
- Membuat saya lebih bersahaja.
- Membuat saya lebih khusyu’.
- Mejauhkan saya dari perbuatan dosa (insyaAllah).
- Membuat saya malu bila berbuat dosa.
- Mendekatkan saya pada Allah.
- Mendekatkan saya pada Rasulullah.
- Mendekatkan saya pada nabi-nabi-Nya.
- Mendekatkan saya pada sesama muslim.
- Mendekatkan saya pada ajaran Islam.
- Membuat saya tetap ingin belajar tentang Islam.
- Membuat saya selalu merasa haus akan ajaran Islam.
- Membuat saya tetap ingin menjalankan ajaran Islam.
- Ajaran Islam berlaku sepanjang masa, tidak ada yang kuno.
- Tudung bukan sesuatu yang kuno.
- Mengatakan Tudung itu kuno berarti telah menggugat undang2 Allah.
- Allah Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik bagi ummat-Nya.
- Tudung, berarti menandakan kemajuan penerapan ajaran Islam di masa kini.
- Merupakan satu barometer telah terbentuknya suatu lingkungan yang Islami.
- Membezakan diri dari penganut agama lain.
- Memudahkan dalam mengenali sesama saudari seiman.
- Memperkuat tali silaturahmi dan ukhuwah sesama muslimah.
- Menghilangkan keraguan saya bila ingin menyapa saudari muslimah.
- Memudahkan menanamkan rasa sayang-menyayangi sesama saudara/saudari seiman.
- Membuat saya lebih terlihat anggun.
- Membuat saya terlihat menyenangkan.
- Membuat saya lebih terlihat wanita.
- Tidak terlihat seperti laki-laki.
- Membuat saya selalu berada dalam lingkungan yang Islami.
- Tudung menjaga saya dari pergaulan yang salah.
- Memudahkan saya, dengan izin Allah, mengenal lelaki yang soleh.
- Wanita yang baik (solehah) dengan lelaki yang baik (soleh) pula.
- Mudah-mudahan saya diberi jodoh lelaki yang soleh.
- Jodoh merupakan urusan Allah.
- Dengan keta’atan pada Allah, Allah akan memberikan kemudahan-Nya.
- Memudahkan saya dalam berdakwah..
- Membuat lebih mudah bergerak.
- Tudung menjagaku sehingga tidak terlihat lekuk-lekuk tubuh
- Sangat susah bila memakai pakaian wanita seperti trend saat ini (yang ketat).
- Saya tidak suka memakai seluar yang ketat.
- Seluar yang ketat dapat menyebabkan kanser rahim karana suhu di sekitar rahim tidak teratur (Panas).
- Jimat masa dalam berpakaian.
- Jimat masa dalam berhias.
- Tidak perlu susah-susah selalu berusaha mengikuti trend moden yang berkembang.
- Jimat untuk membeli pakaian yang sedang trend.
- Jimat untuk membeli make up.
- Melindungi kulit wajah dari make up yang dapat merosak kulit.
- Melindungi kulit dari sengatan sinar matahari.
- Mengurangkan risiko penyakit kanser kulit.
- Pancaran matahari dapat mengurangi kelembaban kulit sehingga kulit jadi kering.
- Mengurangkan munculnya bintik-bintik hitam pada permukaan kulit akibat perubahan pigmen di usia tertenu.
- Melindungi rambut dari debu-debu yang berterbangan.
- Debu-debu itu dapat mengotori rambut dan menyebabkan rambut mudah kotor yang menyebabkan kebotakan.
- Membuatkan saya untuk hidup lebih sederhana.
- Menghindari hidup yang membazir.
- Membuat diri tidak silau dengan kemegahan dunia dan segala perhiasannya.
- Membuat saya lebih memikirkan hal lain selain model dan perhiasan.
- Menempatkan wanita menjadi subjek dalam proses pembangunan ummat.
- Lebih mudah dalam menabung.
- Memiliki kesempatan untuk melakukan ibadah haji.
- Memiliki kesempatan lebih banyak untuk berinfaq dan sedekah.
- Itu bererti lebih banyak beramal untuk bekal di hari kemudian.
- Membuat saya merasa menjadi wanita sejati.
Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi
suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya,
manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum,
kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti
manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh
menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar
dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)." (Al-Ahzab: 33).
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)." (Al-Ahzab: 33).
Monday, February 3, 2014
UMAR AL-KHATTAB BERTANYA SIAPA YANG MEMBUNUHNYA??
Terbitnya matahari pagi,
berita mengerikan tersebar ke seluruh Madinah. Penduduk ingin
mengetahui lebih jelas mengenai kejadian yang sangat mengejutkan itu.
Bahkan tokoh-tokoh dari kabilah masing-masing segera berkumpul di
halaman rumah Umar untuk mengetahui keadaan kesihatanya.
Abdullah ibn Abbas
mendedahkan "Aku masih berada ditempat Umar dan dia belum sedarkan diri
hingga mata hari terbit. Setelah sedar, sambil berbaring dia bertanya :
Apakah orang-orang sudah solat?"
"Sudah," jawab Abdullah ibn Abbas.
Setelah itu dia
memerintahkan Abdullah ibn Abbas untuk mencari orang yang telah
menikamnya. Aku akan keluar dan menemui para ketua kabilah.
"Saudara-saudaraku,
"kata Abdullah ibn Abbas, "Amirul mu'munin ingin mengetahui apakah
peristiwa ini merupakan konspirasi kalian?"
Para pemuka kabilah yang
mendengar soalan tersebut menjadi kecut dan serentak berkata," Semoga
Allah melindungi kami, kami tidak tahu. Mana mungkin itu akan berlaku.
Jika kami tahu, pasti kami bersedia menebusnya dengan nyawa kami atau
anak anak kami."
"Lalu siapa yang menikam amirilmukminin?" Tanya Abdullah bin Abas lagi.
"Dia ditikam oleh musuh Allah, Abu Lu'luah budak Mughirah bin Syu'bah," jawab mereka.
Abdullah bin Abbas
kembali dalam rumah Khalifah Umar dan menyampaikan kabar orang yang
telah menikamnya. " Alhamdulillah, aku tidak dibunuh oleh seorang
Muslim, tidak mungkin orang arab akan membunuh saya, " kata Umar.
Kemudian Umar R.A.
menangis. Umar R.A. berkata "Demi Allah, jika aku boleh meninggalkan
dunia ini tanpa ada perkara yang memberatkanku dan tidak ada apa-apa
untukku, maka aku akan bahagia."
Abdullah ibn Abbas R.A.
berkata "Ya Amirul Mukminin, Rasulullah S.AW meninggalkan dunia ini dan
dia merasa bahagia denganmu, tidak ada dua orang Muslim yang berselisih
berkenaan dengan kekhalifahanmu, setiap orang bahagia dengan
kekhalifahanmu."
Umar R.A. berkata "Aku
tahu itu, tapi kekhalifahan ini membuatku bimbang. Wahai Abdullah,
dudukkan aku" Kemudian mereka mendudukkannya. Kemudian Umar memegang
bahu Abdullah dan berkata "Wahai Abdullah, mahukah kau bersaksi untukku
di hari kiamat ?"
Abdullah berkata, "Aku akan bersaksi untukmu di hari kiamat."
Kemudian Umar berbaring di pangkuan anak lelakinya, Abdullah ibn Umar. Dia berkata kepadanya, " Letakkan pipiku di lantai."
Abdullah ibn Umar R.A. berkata "Kenapa ayah?" sambil mengucup kening Umar, dan meletakkan pipinya di lantai.
Umar berkata, "Jika aku
ditakdirkan berada di syurga, maka bantal syurga lebih lembut daripada
pahamu dan jika aku ditakdirkan masuk neraka maka kau tidak mahukan
seorang penghuni neraka di atas pahamu."
Selain itu, dia juga
berpesan kepada anaknya agar menjual benda-benda yang dimilikinya untuk
membayar hutang hutangnya. Sebab dia tidak ingin meninggalkan dunia
dengan membawa kewajiban yang belum diselesaikan.
Kemudian Umar R.A.
memberitahu ahli keluarganya "Lembut-lembutlah dalam mengkafaniku kerana
jika Allah menakdirkanku syurga, maka Allah akan memberikanku yang
lebih baik daripada ini dan jika Allah menakdirkan neraka untukku, maka
Allah akan mencabutku dari semua ini. Berlembutlah dalam menggali
kuburku, kerana jika Allah menakdirkanku syurga, maka dia akan meluaskan
kuburku. Dan jika Allah menakdirkan neraka untukku, maka kubur itu akan
menghimpitku."
Kemudian dia berkata
kepada anaknya iaitu Abdullah ibn Umar "Ya Abdullah, pergilah dan
tanyakan kepada Aisyah RA, apakah dia membolehkanku untuk dikuburkan
disamping Rasulullah SAW dan Abu Bakar R.A ?"
Lalu pergilah Abdullah
ibn Umar RA, dia mengetuk pintunya dan masuk ke rumah Aisyah RA Ternyata
Aisyah R.A. sedang menangis dan dia memberikan salam padanya kemudian
bertanya pada Aisyah "Umar meminta untuk dikuburkan di samping
Rasulullah SAW dan Abu Bakar R.A., apakah kau mengizinkannya?"
Aisyah R.A. berkata "Aku
sudah menempah tempat itu untuk diriku, kerana Rasulullah adalah
suamiku dan Abu Bakar adalah ayah ku, tapi aku akan memberikannya kepada
Umar."
Dan riwayatnya
menyebutkan ketika Abdullah datang, Umar sedang berbaring dan dia
berkata "Dudukkan aku" Kemudian mereka mendudukkannya, lalu Abdullah
memasuki bilik dan berkata "Wahai ayahku, keinginanmu dikabulkan."
Umar R.A. berkata "Aku
tidak punya keinginan apapun melebihi itu. Ketika aku meninggal dan kau
membawaku untuk dikuburkan, tanyakan kepada Aisyah RA lagi, mungkin
kerana statusku dia merasa keberatan untuk memberikanku tempat itu.
Tanyakan dia lagi dan jika dia setuju, maka kuburkan aku disana, kalau
tidak, maka kuburkan aku di tanah perkuburan umat Muslim."
Beberapa hari selepas
peristiwa penikama tersebut, Umar bin Khattab menghembuskan nafas
terakhirnya dan meninggalkan duka mendelam dikalangan umat islam.
Seandainya kematian Umar bin Khatab tidak melalui proses yang sangat
keji dan tragis, mungkin kesedihan tidak akan berlarutan dan dendam
tidak akan bersarang di dalam dada para keluarga.
Bagaimanapun keadaan
islam sepeninggalan Umar saat itu?, boleh dikatakan bahawa islam telah
mencapai kegemilangan dan ini tidak dapat dilepaskan dari peranan Umar
bin khattab. Inilah salah satu masterpiece Umar bin Khatabyang berjaya
ditorehkan semasa hidupnya.
Umar R.A. meninggal dan dikuburkan di samping Abu Bakar RA dan Rasulullah S.A.W.
Friday, January 10, 2014
Iblis Bertanya ...Allah Menjawab
Anas bin Malik r.a.
berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : "Wahai Tuhanku!
Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh
dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman
untukku."
Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."
Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"
Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."
Iblis bertanya: "Wahai
Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka
membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"
Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"
Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."
Iblis bertanya:"Wahai
Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka
memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"
Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."
Iblis bertanya: "Wahai
Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga
nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"
Firman Allah: "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."
Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"
Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."
Iblis bertanya:"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"
Firman Allah: "Perangkap bagimu ialah wanita."
Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"
Firman Allah: "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."
Sabda Rasulullah saw :
" Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu.
Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan.
Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan
namun berterusan."
(Hadis Riwayat Muslim)
Thursday, December 12, 2013
Hadis Empat Puluh
Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.
Hadis Pertama
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'Hadis Kedua
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
Hadis Ketiga
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "Hadis Keempat
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "Hadis Kelima
" Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : " Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. "Hadis Keenam
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. 'Hadis Ketujuh
Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : ' Agama itu adalah nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya. 'Hadis Kelapan
Dari Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : ' Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengaku tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, memberi zakat, maka jika mereka melakukan semua itu akan terselamatlah darah dan harata benda mereka dariku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya dan perkiraan mereka terserahlah kepada Allah Ta'ala. 'Hadis Kesembilan
Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : " Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.Hadis Kesepuluh
Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. 'Hadis Kesebelas
Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya r.a yang berkata : " Aku menghafal dari Rasulullah SAW : ' Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu. "Hadis Keduabelas
Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sebaik-baik Islam sesaorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya. "Hadis Ketigabelas
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.Hadis Keempatbelas
Dari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang berzina, jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah.'Hadis Kelimabelas
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. "Hadis Keenambelas
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "Hadis Ketujuhbelas
Dari Abi Ya'la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan ( menyempurnakan sesuatu dengan baik ) terhadap semua pekara. Seandainya kamu membunuh, maka bunuhlah secara sempurna, dan apabila menyembelih maka elukkanlah penyembelihan. Hendaklah sesaorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan penyembelihannya. "Hadis Kelapanbelas
Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. "Hadis Kesembilanbelas
Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. 'Hadis Keduapuluh
Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. 'Hadis Keduapuluh Satu
Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : " Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ' Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.' "Hadis Keduapuluh Dua
Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al-Anshari r.a, bahawasanya telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW : " Apa pendapatmu jika saya menunaikan semua sembahyang fardhu, dan aku berpuasa sebulan Ramadhan, dan aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan aku tidak menambahkan suatu atas demikian itu, adakah aku masuk syurga? Jawab Rasulullah SAW : Ya. "Hadis Keduapuluh Tiga
Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya. 'Hadis Keduapuluh Empat
Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata : " Wahai hamba-hambaKu ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai.Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut.
Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri. "
Hadis Keduapuluh Lima
Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW : " Wahai Rasulullah ! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."Bersabda Nabi SAW : " Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan sesaorang dengan isteri juga sedekah. "
Bertanya para sahabat : " Ya Rasulullah ! Adakah sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? "
Bersabda Rasulullah SAW : " Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala. "
Hadis Keduapuluh Enam
Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "Hadis Keduapuluh Tujuh
Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya.~ Riwayat Muslim
Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : ' Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.' "
Hadis Keduapuluh Lapan
Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : " Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya : ' Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. ' Sabda Rasulullah SAW : ' Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerinta kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu ).Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan. '
Hadis Keduapuluh Sembilan
Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "
Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "
Hadis Ketigapuluh
Dari Abi Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, daripada Rasulullah SAW, yang bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa maka janganlah kamu membahas mengenainya. "Hadis Ketigapuluh Satu
Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata : " Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. 'Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. '
Hadis Ketigapuluh Dua
Dari Abi Said Sa'd bin Malik bin Sinan Al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : " Tiada mudharat dan tiada memudharatkan. "Hadis Ketigapuluh Tiga
Dari Ibn Abbas r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda : " Jika dilayankan setiap orang dengan tuntutannya, nescaya ada orang yang menuntut harta benda orang lain dan ada pula yang menuntut darahnya. Akan tetapi yang menuntut itu harus menbawa saksi, manakala yang memungkiri harus bersumpah. "Hadis Ketigapuluh Empat
Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.Hadis Ketigapuluh Lima
Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.
Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "
Hadis Ketigapuluh Enam
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.
Barangsiapa yangmenuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. "
Hadis Ketigapuluh Tujuh
Dari Ibn Abbas r.a dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta'ala, katanya : " Sesungguhnya Allah telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya - Allah akan mencatit disisinya satu hasanah yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya Allah akan mencatitkan di sisiNya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, Allah akan mencatitkan di sisiNya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, Allah akan mencatitkan baginya satu kejahatan sahaja.~ Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih keduanya.
Hadis Ketigapuluh Lapan
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penghilantannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi iaHadis Ketigapuluh Sembilan
Dari Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku daripada umatku segala perbuatan dari kesilapan dan kelupaan dan segala yang dipaksa ke atas diri merekaHadis Keempatpuluh
Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "Hadis Keempatpuluh Satu
Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada beriman sesaorang dari kamu sehingga hawa nafsunya patuh kepada apa yang aku sampaikan. ' "Hadis Keempatpuluh Dua
Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala :Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.
Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.
Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.
Tuesday, December 3, 2013
10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH SWT
Sebagai seorang Muslim
tentu sudah faham bahawa solat merupakan tiang agama. Oleh kerana itu,
ketika muadzin mengumandangkan azan, kaum muslimin akan bergerak
mendatangi rumah-rumah Allâh Ta'ala, mengambil air wudhu, kemudian
berbaris di belakang imam mereka. Kaum muslimin tenggelam dalam dialog
dengan Allâh Ta'ala dan begitu khusyuk menikmati solat sehingga imam
mengucapkan salam. Selepas selesai berjemaah, masing-masing kembali pada
aktivitinya.
Imam Hasan al - Bashri
rahimahullâh pernah berkata: " Wahai anak manusia. Solat adalah perkara
yang dapat menghalangimu dari maksiat dan kemungkaran. Jika solat tidak
menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau
belum solat ".
Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw juga bersabda: "
Barang siapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya
baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak
memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan
tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. " ( Tabyinul Mahaarim ).
Kemudian Rasulullah saw juga bersabda bahawa: " 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya :
1 . Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2 . Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3 . Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4 . Orang lelaki yang melarikan diri.
5 . Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya ( taubat ) .
6 . Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7 . Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8 . Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9 . Orang-orang yang suka makan riba ' .
10 . Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. "
Sabda Rasulullah saw
yang bermaksud : " Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya
dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya
itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah. " Hassan r
. a berkata : " Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari
melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap
orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu
itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain
tebal yang buruk .
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Sunday, December 1, 2013
4 MALAIKAT YANG MENDATANGI ORANG SAKIT
Sakit adalah sunatullah, ketentuan dari Allah swt yang ditimpakan pada manusia.
Memang betul, tidak ada yang menginginkan jadi sakit. Tapi dalam Islam, seperti kita tahu, ada banyak hal yang tersembunyi di sebalik keadaan itu.
Kalau kita tahu sebenarnya tak ada alasan untuk sedih dan mengeluh ketika kita sedang sakit, kerana sebenarnya itu adalah kasih sayang Allah swt pada kita. Kita mengeluh saat sakit kerana kita tak tahu rahsianya.
Sakit, dalam bentuknya yang lain, itu harus disyukuri karena itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita. Allah mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita sewaktu sakit.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sihat dan pada saat waktu senangnya.”
Sabda Rasulullah SAW tsb diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadith yang lain Rasulullah bersabda :
“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”
Allah memerintahkan :
1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya
3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.
4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya, maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.
Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.
Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”
Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaanKu jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”
Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”
“Tiada seorang mu’min yang ditimpa oleh lelah atau penyakit, atau risau fikiran atau sedih hati, sampaipun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh Allah,” (HR Bukhari-Muslim).
“Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya,” (HR Ath-Thabarani).
“Penyakit panas itu menjaga tiap mu’min dari neraka, dan panas semalam cukup dapat menebus dosa setahun,” (HR Al-Qadha’i). -islampos
ULASAN
Justeru itu jangan mengeluh jangan bersedih jika kita ditimpa "sakit". Khabarkan berita gembira kepada sahabat, saudara atau sesiapa juga yang sedang sakit, bahawa Allah menyayanginya. Jangan diresahkan jangan ditangiskan jangan ditertawakan jika seseorang itu menderita sakit sekalipun mungkin kehilangan tangan, kaki, mata atau apa juga bahagian jasad... kerana Allah mencuci dosa-dosa yang ada sebelum dikembalikan roh yang suci itu kepadaNya.
Yang belum sakit itulah yang sepatutnya resah gelisah, kerana entah bila dosa-dosa itu bakal dicucikan, atau apakah kita menghadapNya nanti dengan penuh dosa untuk dicucikan di sana?
Thursday, November 28, 2013
KESAN BACCAN AL-QURAAN TERHADAP OTAK DAN ORGAN MANUSIA
Dr. Al Qadhi, melalui
penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida
Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan
ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab
ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.
Bunyi yang bergerak dari
telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis
baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai
kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan
menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka,
otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke
seluruh organ-organ badan terutama sistem imun.
![]() |
Penurunan kemurungan,
kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit
merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam
penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu.
Penelitiannya ditunjang
dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan
darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap
aliran elektrik.
Satu sel kanser meletup
dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah
sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat
kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!
Dari hasil uji kajinya
dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97%
dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.
Kajian Dr. Al Qadhi ini
diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang
berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan
Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran
terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang
mendengarkannya.
Molekul air membentuk
perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada
air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri
air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel
dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.
Kesimpulan hasil uji
kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang
diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang
sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.
Kelima orang tersebut
tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan
diperdengarkannya adalah Al-Qur'an. Virus
dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi
terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama
meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang
terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.
Kajian yang dilakukan
sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an
dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.
Kesimpulannya, responden
mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan
mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang
bukan dari Al-Qur'an.
Al-Qur'an memberikan
pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan
Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi
Islam di Malaysia pada tahun 1997.
Gambar sebenar sel darah
yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet
di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan
menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada
penyakit malignan.
Menurut kajian, bayi
yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an
dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih
tenang.
Sungguh suatu
kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai
Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan
pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.
Allah yang telah
berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan
perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).
Jika mendengar muzik
klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan
emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain
mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan
spiritual (SQ).
Allah yang telah
berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan
perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).
Saturday, November 9, 2013
Bodohkah ibuku?
Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.
Tiba giliran Naqiyudin,
dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua
mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat
sedemikian.
Sebelum itu, sudah ada
tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu
bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si
ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada
yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!
"Assalamualakum
kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan...
Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya
darjah 1 lagi."
Pendedahan Naqiyudin itu
disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain,
terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin tidak keruan. Dia
cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.
"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"
Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu.
"Ibu saya... Uhm... Masa
ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia
ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."
![]() |
Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin itu.
"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin di hadapan tu!"
Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.
"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."
Namun pada wajah
Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan.
Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena
berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.
"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"
Cikgu Yong mengangguk.
"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"
Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.
"Bukan apa. Mak orang
lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua
belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang
usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."
Terbeliak mata Cikgu
Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu.
Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin
menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu
sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin sudah menyerang
balas dahulu.
"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.
Ye, mak aku belajar tak
tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan
kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.
Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.
Ye, mak aku belajar tak
tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja
sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!
Ye, mak aku belajar tak
tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik
saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!
Kau ada...??"
Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.
Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.
***
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.
Seorang ibu itu 'bodoh'
kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan
selebet asalkan si anak cantik bergaya.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.
Seorang ibu itu 'bodoh'
tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak
reti nak balik rumah, pulang lewat malam.
Seorang ibu itu 'bodoh'
sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si
anak yang dah macam jembalang gunung.
Seorang ibu itu 'bodoh'
kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan
dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa
seorang ibu.
Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'
Meskipun si ibu itu
tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian
dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!....
IBU..engkaulah RATU hatiku...
Subscribe to:
Posts (Atom)


