Sunday, April 17, 2011

8 PENYAKIT BOLEH SEMBUH DENGAN BERJALAN KAKI

Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi. Sorotnews

Saturday, April 16, 2011

JENIS PELANGI YANG MENAKJUBKAN

Pelangi adalah gejala optik dan meteorologi berupa cahaya beraneka warna selari yang nampak di langit atau medium lainnya. Di langit, pelangi nampak sebagai panahan cahaya dengan hujungnya mengarah pada horizon pada masa hujan gerimis. Pelangi juga dapat dilihat di kawasan air terjun yang deras.

1. Classic Rainbows

Pelangi Alam terdiri dari enam warna: merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu. kekuatan warna masing-masingnya bergantung kepada keadaan atmosfera dan waktu.


2. Circular Rainbows

Pelangi ini benar-benar kelihatan seperti pahanan lingkaran sempurna (dengan radius tepat 42 darjah, menurut Descartes).

3. Secondary Rainbows

Pelangi primer, sering disertai dengan pelangi sekunder biasanya nipis dan redup daripada pelangi primer. Pelangi sekunder terkenal dengan karakteristik tertentu, spektrum ditampilkan dalam urutan terbalik dari sebuah pelangi primer.


4. Red Rainbows

Red Rainbows biasanya terlihat semasa fajar atau senja ketika ketebalan filter atmosfera bumi menjadi biru, terlihat lebih merah atau seperti titisan cahaya oren mencermin dan membiaskan air. Hasilnya adalah pelangi dengan spektrum hujung merah.


5. Sundogs

Yang paling sering terlihat rendah di langit di musim dingin yang cerah, sundogs terjadi ketika matahari bersinar melalui kristal ais yang tinggi di atmosfera. Sundogs berwarna merah di bahagian dalam dan ungu di bahagian luar dengan baki spektrum banyak di antaranya. semakin tebal konsentrasi kristal ais di udara, semakin tebal pula strukturnya.


6. Fogbows

Fogbows lebih jarang kelihatan daripada pelangi biasa, kerana parameter tertentu yang harus disesuaikan untuk pelangi ini terhasil . Misalnya, sumber cahaya harus berada di belakang pengamat dan hampir ke bumi. Juga, kabus di belakang pengamat harus sangat tipis sehingga sinar matahari yang dapat bersinar melalui kabus tebal di depan.


7. Waterfall Rainbows

Kabus air terjun bercampur ke dalam aliran udara konstan atmosfera terus menerus, terlepas dari cuaca. Ini menghasilkan sebuah foto air terjun yang sangat baik untuk pelangi.




8. Fire Rainbows

Pelangi ini bukan dihasilkan dari api, nama untuk kesan optik yang indah ini adalah “circumhorizontal arc”. Fenomena ini hanya dapat dilihat dalam keadaan spesifik tertentu: awan cirrus, yang bertindak seperti prisma setidaknya berada di ketinggian 20.000 kaki dan matahari harus tidak kelihatan ketika berada di ketinggian 58-68 darjah. Rainbow Fire tidak pernah kelihatan di lokasi lebih dari 55 darjah utara atau selatan.


9. Moonbows

Moonbows adalah mitra untuk pelangi lunar. Pelangi ini juga jauh lebih sukar dilihat kerana berlaku selepas hujan berlalu dan bulan purnama yang terang tidak terhalang oleh awan.

apakabardunia

Thursday, April 14, 2011

24 PERKARA YANG MESTI DITINGGALKAN


Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari kesilapan hambaNYA juga

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar) . Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadaNYA.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

Wednesday, April 13, 2011

10 KERAJAAN TERBESAR DALAM SEJARAH DUNIA

10 Khalifah Usthmaniah ( Ottoman )


Pada puncak kekuasaannya sekitar abad ke-16-17, Kekuasaan Uthmaniah melingkungi di tiga benua, menguasai sebahagian besar Eropah Tenggara, Asia Barat dan Afrika Utara.

Mempunyai 29 propinsi dan negara naungan yang sangat banyak, sementara yang lain diberikan berbagai jenis otonomi selama berabad-abad.

Kerajaan ini berada di pusat interaksi antara dunia Timur dan Barat selama enam abad. Dengan Constantinopel sebagai ibu kota kerajaan, dengan kawasan penguasaan yang luas di sekitar Mediteranian timur pada masa pemerintahan Suleiman the Magnificent (memerintah 1520-1566), Khalifah Usthmaniah, adalah penerus kepada Kerajaan Islam Rom Timur (Byzantium).

9 Khalifah Umaiyah


Khalifah Umaiyah adalah yang kedua dari empat khalifah Islam yang didirikan setelah kematian Nabi Muhammad. Khalifah ini diperintah oleh dinasti Umaiyah, yang namanya berasal dari Umaiyah bin Abd Syams, datuk kepada khalifah pertama Umaiyah.

Walaupun keluarga Umaiyah awalnya berasal dari kota Mekah, Damaskus (Damsyiq) adalah ibukota khalifah Umaiyah. Wilayah kekuasaannya mencakupi lebih dari lima juta mil persegi, menjadikannya kerajaan terbesar dunia, dan kerajaan kelima terbesar yang pernah ada di dunia.
Bani Umaiyah mendirikan negara Arab-Muslim terbesar dalam sejarah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W hingga tahun 1924, khalifah Islam berlangsung dan dikuasai oleh berbagai dinasti - yang terakhir adalah Khalifah Usthmaniah.

8 Kerajaan Parsi ( Persia )


Kerajaan Babilonia, Akkadians, Assyria, Sumeria, Hitites, Bactrians, Scythians, Partia, Media, Elam, Mesir dan Etiopia . Sebelum wujudnya kerajaan Rom, ada kerajaan Parsi.

Kerajaan ini pada dasarnya menyatukan seluruh Asia Tengah yang terdiri dari banyak berbezaan, budaya, kerajaan dan suku. Ini adalah kerajaan terbesar dalam sejarah kuno.

Pada puncak kekuasaannya, kerajaan ini mencakupi kira-kira 8 juta km2. kerajaan ini mencapai kejayaan pada masa pemerintahan Cyrus yang Agung, dengan kekuasaannya melingkungi tiga benua: Asia, Afrika dan Eropah.

7. Kerajaan Byzantium ( Bizaitun )


Kerajaan ini juga dinamakan kerajaan Rom Timur, adalah Kerajaan Rom semasa abad pertengahan, berpusat di ibukota Constantinopel, dan diperintah oleh raja yang mempunyai hubungan langsung dengan raja Romawi kuno.
Ia dipanggil kerajaan Rom, dan juga Rumania.

Selama kewujudannya, lebih dari seribu tahun, Kerajaan ini mempunyai kekuatan ekonomi, budaya dan tentera yang paling kuat di Eropah, walaupun menghadapi kejatuhan dan kerugian teruk, khususnya semasa Rom dan Parsi berperang.

Kerajaan Rom hancur pada tahun 1204 semasa Perang Salib Keempat, apabila dipecahkan dan dibahagi menjadi Yunani dan Latin Bizantium. Walaupun akhirnya berlaku pemulihan Constantinopel dan pembentukan kembali Kerajaan Rom pada tahun 1261, di bawah raja Palaiologan, perang saudara berterusan pada abad keempat belas telah melemahkan kekuatan kerajaan ini.

6 Dinasti Han


Dalam tempoh China berperang menunjukkan bahawa seluruh China terlibat dalam perang saudara melibatkan kerajaan-kerajaan yang berbeza yang berjuang satu sama lain untuk menguasai wilayah.

Akhirnya, kerajaan Qin telah menang, dan menguasai seluruh China, dengan 40 juta orang di bawah kawalannya. Dinasti Qin tidak memerintah lama, apabila seterusnya dikuasai dinasti Han, yang akhirnya menguasai China selama hampir 400 tahun.

Tempoh pemerintahan Dinasti Han dianggap sebagai masa keemasan dalam sejarah China dalam bidang ilmiah, kemajuan teknologi, kestabilan ekonomi, budaya dan politik.

Malah sehingga hari ini, sebahagian besar orang Tionghoa menyatakan diri mereka sebagai orang Han. Pada masa ini, "orang Han" dianggap kumpulan etnik tunggal terbesar di dunia.

5 Kerajaan Inggeris


Kerajaan Inggeris dikenali sebagai kerajaan terbesar dalam sejarah, kerana menguasai lebih dari 13.000.000 kilometer persegi, yang kira-kira seperempat dari jumlah luas kawasan bumi, dan memerintah lebih dari 500 juta orang , juga merupakan seperempat
penduduk dunia.

Akibatnya, warisan itu dicantumkan pada tanah jajahan memberi kesan sangat besar dalam melibatkan reformasi politik, pertukaran budaya dan cara hidup.

Bahasa Inggeris, yang tersebar adalah bahasa kedua ayang paling-banyak digunakan di dunia pada masa ini, dan ahli linguistik setuju bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa standard de facto dunia.

Kerajaan Inggeris pasti salah sebuah kerajaan yang paling berpengaruh yang pernah ada dalam sejarah manusia.

4 Kerajaan Rom Suci


Semasa abad pertengahan, kerajan ini dianggap sebagai "adikuasa"pada zamannya.
Pada masa itu, Kerajaan Rom Suci terdiri dari Perancis timur, seluruh Jerman, Itali utara dan bahagian barat Poland.

Walaupun relatifnya kecil dari segi kekuasaan, pengaruhnya terhadap sejarah Eropah Tengah masih terasa sehingga kini. Kerajaan ini memerintah pada pertengahan abad ke-19.

Kerajaan ini secara rasmi dibubarkan pada tanggal 6 Ogos 1806 ketika raja terakhir Rom Suci, Francis II (kemudian Francis I dari Austria), turun tahta setelah kekalahan tentera kepada Perancis di bawah Napoleon.

Setelah kejatuhannya, negara-negara berikut muncul: Swiss, Belanda, Austria, Belgium, Prusia, Principality of Liechtenstein,Persekutuan Rhine dan Kerajaan Perancis pertama.

3 Kerajaan Rusia


Kerajaan Rusia sudah tertegak dari tahun 1721 sehingga Revolusi Rusia tahun 1917.
Ia adalah penerus kepada Tsardom Rusia, dan permulaan dari Kesatuan Soviet.

Kerajaan ini adalah kerajaan ketiga terbesar dalam sejarah dunia, hanya diatasi oleh Kerajaan Inggeris dan Kerajaan Mongol. Pada satu ketika pada tahun 1866, kekuasaannya terbentang dari Eropah Timur, Asia, dan Amerika Utara.

2 Kerajaan Mongol


Semuanyabermula ketika Temujin (yang kemudian dikenali sebagai Genghis Khan), bersumpah di masa mudanya untuk menakluk dunia di bawah kakinya. Tindakan pertamanya adalah menyatukan suku-suku Mongolia tersebar.

Lalu ia mengatur matanya di China, dan bakinya adalah sejarah. Dari Vietnam ke Hungari, Kerajaan Mongol adalah kerajaan terbesar dalam sejarah umat manusia.

Sayangnya kerajaan ini terlalu besar untuk dikawal, dan tidak ada penyatuan di antara budaya yang berbeza. Mongol adalah pejuang yang tak kenal takut dan kejam, namun mempunyai sedikit pengalaman dalam pentadbiran. Gambaran dari Mongol adalah orang brutal dan buas dapat dikenali melalui sejarah.

1 Kerajaan Rom


Pada mulanya kerajaan ini dipimpin oleh raja-raja yang dianggap wakil tuhan, kemudian menjadi republik sebelum akhirnya menjadi sebuah kerajaa
n.

Bagaimana sekumpulan petani, yang pada mulanya menghadapi serigala bagi melindungi ternak mereka, akhirnya menjadi bersatu menjadi kerajaan terbesar dalam sejarah.

Ditambah dengan sistem ketenteraan dan pentadbiran yang sangat baik, Kerajaan Rom, atau lebih tepatnya Rom kuno, adalah juga salah satu kerajaan terpanjang abadi.

Rom Kuno memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan hukum, perang, seni, sastra, arkitek, teknologi, agama dan bahasa di dunia Barat.

Malah banyak sejarawan menganggap Kerajaan Rom menjadi kerajaan yang sempurna - berpengaruh, adil, tahan lama, besar, serta membela dan ekonomi maju.

Pengaruh Kerajaan Rom dirasai sehingga hari ini.listverse