Sunday, July 22, 2012

MAKANAN BAIK UNTUK ANDA SEMASA BERPUASA




Bulan puasa telah menjelma, pasti apa yang anda fikirkan sekarang adalah makanan yang sedap dan menu yang dimahukan ketika berbuka puasa kelak. Namun adakah anda titikberatkan menu ketika bersahur dimana anda harus bertahan sampai ke penghujung masa berbuka masa yang memerlukan anda menahan lapar lebih kurang 12 jam sehari.

Ketika bersahur anda disarankan mengambil makanan yang berasaskan tumbuhan hijau seperti sayur-sayuran dan juga makanan yang berasaskan serat yang terdiri daripada roti dan juga air mineral dengan kuantiti yang banyak.

Terdapat beberapa menu makanan yang disenaraikan di bawah baik untuk anda ketika bulan puasa!

Sayuran-sayuran dari serat hijau (Fibregreen)
Pengambilan sayuran hijau mampu melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan keinginan untuk makan. Selain baik untuk kesihatan dan juga perut, daun hijau seperti sederi dan juga lobak merah memang baik untuk proses penghadaman.

Karbohidrat
Maksud bijirin adalah seperti roti serat yang dijual mempunyai kanduagan gandum (Wheat) . Anda boleh memakan roti putih namun lebih digalakkan memakan roti yang terdiri daripada bijirin kerana rotinya lebih tebal akan membuat anda lambat lapar. Selain daripada itu juga variasikan menu anda agar tidak bosan, pilih la menu dari produk kekacang seperti kacang dal ataupun minuman barli ketika bersahur. Penuhkan dengan menu tersebut agar anda kekal cerdas untuk bekerja di siang hari.

Makanan protein
Kurangkan memakan nasi tetapi lebihkan pengambilan lauk dari menu berasaskan daging, terutama sekali dari resepi ikan. Ikan sememangnya antara menu yang harus anda hidangkan untuk seisi keluarga ketika bersahur.

Kurma
Sebelum tamat waktu bersahur, seelok-eloknya pengambilan kurma harus dititikberatkan kerana kurma adalah antara makanan yang memang penuh dengan khasiat dan vitamin, antara khasiat yang terdapat di dalam kurma adalah seperti, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Peristiwa-peristiwa besar dalam bulan Ramadhan

1.Nabi terima wahyu pertama Nabi pada usia 40 tahun, Allah lantik jadi Rasulullah dengan turunnya wahyu pertama Surah al-Alaq (ayat 1 hingga 5)
2. Peristiwa Nuzul al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud, "Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara yang hak dan yang batil." (al-Baqarah: 185).
Ibnu Kathir waktu menafsirkan ayat ini berkata, "Allah memuliakan bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilih di dalamnya untuk diturunkan alQuran."
3. Peperangan Badar al-Kubra
Berlaku pada tanggal 27 Ramadhan 2H (Jumaat) di mana 313/317 tentera Islam menang menentang lebih 1000 pasukan United Muta'assibin National Organization (Umno @ Perti Perkauman Ekstrem Bersatu).
Firman Allah yang bermaksud, "Dan benar-benar Allah telah menolong kalian di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian pada Allah, moga-moga kalian bersyukur." (Surah Ali Iimran: 123)
Menurut Ibn Abbas, pada 27 Ramadhan jugalah Firaun dan Abu Jahal yang menjadi musuh terbesar umat Islam dibunuh.
4. Fathul Makkah
Berlaku pada 20 atau 21 Ramadhan 8H.
Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya kami telahpun memberikan kepadamu kemenangan yang nyata." (Al-Fath: 1)
5. Penghancuran berhala 'Uzza
Berkata Ibn Kathir, pada hari kelima terakhir tahun Hijriah, Rasulullah telah mengutuskan satu pasukan khas pimpinan Khalid al-Walid untuk hancurkan pengibadatan taghut itu.
Sabda Rasulullah s.a.w, "Uzza itu tidak akan disembah selama-lamanya..."
6. Penghancuran berhala Latta
Berlaku di bulan Ramadhan pada tahun ke9 Hijriah.
Pengislaman suku Tsaqif dan Thaif mendorong Rasulullah untuk menghancurkan Latta yang sebelum ini disembah mereka.
Tetapi, mereka meminta untuk menghancurkan berhala itu dengan tangan mereka sendiri lalu Rasulullah membenarkannya.
7. Pembukaan Kota Andalusia (kini Sepanyol)
Berlaku pada 27 Ramadhan 92H oleh seorang anak muda bernama Tariq bin Siyad.
Kedatangan Tariq di persisiran pantai Andalus mengejutkan rejim Roderick, Sang Penguasa Visigoth hingga dia menyediakan 25 ribu tentera pasukan awal untuk menghadapi 12 ribu tentera Islam.
Selepas menguasai Jabal Tariq dan membakar semua kapal yang dinahkodainya itu, Tariq berkhutbah,
"Lautan di belakang kalian manakala musuh di depan kalian..."
Wallahu 'alam...

Monday, June 18, 2012

Inilah Persinggahan Rasulullah dalam Isra Mi'raj


Inilah Persinggahan Rasulullah dalam Isra Mi'raj
Isra Mi'raj merupakan peristiwa yang terbesar dalam sejarah manusia ketika seorang manusia dipertemukan dengan Penciptanya secara langsung. Peristiwa ini hanya dianugerahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW.

Memandu kenderaan khusus yang disebut buraq, Rasulullah didampingi Malaikat Jibril berangkat dari Makkah menuju Masjidil Aqsa. Seperti termaktub dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Nasa'i, dalam perjalanan menuju Masjidil Aqsa, Rasulullah SAW sempat singgah di beberapa tempat. Seperti Madinah, Bukit Thursina, kemudian singgah di Bethlehem, dan selanjutnya menuju Baitul Maqdis (Masjidil Aqsa).

Rasul SAW sempat berjumpa dengan beberapa nabi di Masjid al-Aqsa. Selanjutnya, Rasul meneruskan perjalanan menuju Sidratul Muntaha, untuk menerima perintah solat lima waktu.

Bukit Thursina
Hampir semua ahli tafsir sepakat, Bukit Thursina adalah bukit saat Musa menerima wahyu dari Allah. Mereka pun meyakini bahawa Bukit Thursina sebagaimana disebutkan dalam surah at-Tin ayat 1-3 ber ada di wilayah Mesir yang lokasinya berada di Gunung Cinta dan, di sisi Gunung Musa. Lokasi ini dikaitkan dengan kewujudan Semenanjung Sinai. Pendapat ini disokong oleh Sayyid Quthb dalam tafsirnya Fi Zhilal al-Quran. Menurut Quthb, Thursina atau Sinai itu adalah gunung tempat Musa dipanggil berdialog dengan Allah SWT.

Baitul Maqdis
Baitul Maqdis (Masjidil Aqsa) yang berada di Kota Jerusalem (Al-Quds) bermakna sangat penting bagi umat Islam. Selain menjadi tempat singgah Rasullah dalam Isra Mi'raj, Baitul Maqdis pernah menjadi kiblat solat umat Islam sebelum kiblat dipindahkan ke Ka'bah.

Baitul Maqdis mempunyai sejarah panjang. Konon, kompleks peribadatan ini sudah ada jauh sebelum datangnya Nabi Sulaiman AS. Dalam perkembangannya, Sulaiman meneruskan pembangunannya sekaligusmenambahkan bangunan Kuil Sulaiman. Di kemudian hari, kuil ini dihancurkan oleh bala tentera Babylon.

Bethlehem
Berada di wilayah Palestin, Bethlehem (Baitullahmi) merupakan bandar budaya dan pelancongan, khususnya pelancongan rohani. Secara geografi, Bethlehem terletak sekitar 10 km sebelah selatan Jerusalem. Berada pada ketinggian 765 meter dari aras laut, Bethlehem dikelilingi bukit-bukau yang membentang ke arah Gurun Yudea. Sejarah mencatat, bandar ini telah dihuni manusia sejak 3,000 tahun sebelum Masihi. Orang-orang Kanaan adalah kelompok manusia yang dipercayai menjadi penduduk pertama Bethlehem

11 GOLONGAN YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT





 
 
Salam pagi Ahad, hari nie, nak kongsi sikit berkaitan ilmu agama mengenai golongan yang mendapat doa malaikat. Terdapat 11 orang yang mudah dapat doa dari malaikat iaitu:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci..
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat..
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah..
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah..
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat..
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah..
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan..
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)..
10. Orang yang sedang makan sahur..
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit