Sunday, August 30, 2009

Aktiviti Di Bulan Ramadan Al-Mubarak 1430H


Program "Jejak Fakir" BKKKI masih diteruskan pada tahun ini. Ianya bertujuan membantu keluarga dan penduduk Islam Taman Desa Jaya dan sekitarnya yang mempunyai tanggungan yang membebankan bagi menyambut kemeriahan Aidil Fitri. Para penyumbang dialu-alukan untuk membuat sumbangan berupa bahan makanan seperti beras, minyak masak, tepung, gula, susu dll atau berupa wang tunai kepada Jawatankuasa Biro Kebajikan spt di bawah:
Sumbangan yang dikumpulkan akan diagihkan pada 15 Ramadan 1430H bersamaan 5 September 2009 selepas solat Asar.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Tuan Haji Aminuddin Alias 019-7309065
Encik Nor Azahar Jilan 012-7096567
Tuan Haji Salikin Mis 019-7100035
Encik Mohd Rawan Md Yusof 019-7635123
Encik Ahmad Jantan 016-7356638
Tuan Haji Zainuddin Haji Mohd Alie 013-7200780

Tarikh tutup ialah pada 5 September 2009


Friday, August 28, 2009

Penerimaan Van Jenazah

Assalamualaikum WBR...

Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam atau “BKKKI’ Taman Desa Jaya, Johor Bahru telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan didaftarkan dengan No. Pendaftaran 421.
Berkonsepkan pada asalnya membantu seluruh penduduk Islam Taman Desa Jaya dalam urusan mengumpul dana bagi tujuan bantuan kematian, tetapi pada tahun 2004 telah diperluaskan ke arah pengurusan jenazah penduduk Islam dengan segala kelengkapan daripada urusan mandi, mengkafan seterusnya hingga ke urusan perkuburan.
Disamping itu, pihak jawatankuasa telah menganjur usaha membantu penduduk miskin dan susah melalui program ’Jejak Fakir’ bulan Ramadhan sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri setiap tahun. Program Ibadah Qurban menjadi satu aktiviti rutin setiap tahun bagi mewujudkan pemuafakatan yang akrab yang melibatkan semua peringkat zon setempat dan agensi luar.Walaupun begitu, satu usaha sedang dijalankan oleh jawatankuasa bagi mewujudkan “Wakaf Van Jenazah” bagi menampung kos pembelian dan penyelenggaraan van jenazah bagi tujuan khariah setempat .
Badan Khairat kematian dan kebajikan Islam atau “BKKKI’ Taman Desa Jaya, Johor Bahru telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 13 pada 8 April 2009 yang lalu. Satu usul jawatankuasa telah dibentangkan untuk meminta kebenaran dan sokongan ahli mengeluarkan sejumlah wang RM20,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu sahaja) bagi membayar pendahuluan membeli sebuah kenderaan van jenazah Taman Desa Jaya Johor Bahru. Hasrat pembelian van tersebut telah dinyatakan pada tahun 2006 tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kewangan belum cukup mantap dan kertas kerja belum disediakan.
Walau bagaimanapun, hasil usaha yang gigih dan jitu dari jawatankuasa, sebuah syarikat telah bersedia untuk mendermakan sebuah van jenazah dan satu majlis penyerahannya telah diadakan di Bangunan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad di Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2009. Walaupun begitu, pihak pengurusan masih memerlukan dana bagi menampung pengendalian, insuran serta serbis kenderaan tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan.
Dengan itu, satu cadangan rayuan kutipan menggunakan kupon akan diadakan mengikut kebenaran Jabatan Agama Islam Johor dalam tempoh yang dibenarkan. Kaedah atau sistem “WAKAF VAN JENAZAH” akan dilancarkan bagi memberi peluang kepada ahli dan khariah Islam Taman Desa Jaya, Johor Bahru dan taman sekitarnya untuk sama-sama berpeluang untuk beramal jariah seterusnya mendapat keredhaan Allah SWT mengikut kemampuan dan keikhlasan.

Yang DiPertua

Gambar Penerimaan Van Jenazah pada 21 Ogos 2009





Monday, August 24, 2009

Program Kursus Haji dan Umrah

Gambar2 program Kursus Haji dan Umrah dijalankan Masjid Jamek Taman Desa Jaya... 1430H













Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak