Assalamulaikum WBR
Tuan Haji/Puan Hajah/Tuan/Puan/Ahli Jawatankuasa dipersilakan hadir ke mesyuarat jawatankuasa BKKKI sesi 2010/2012 kali pertama sepertimana berikut:
Tarikh : Ahad 25 Julai 2010
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Masjid Jamek Taman Desa Jaya
Jamuan makan tengah hari : Restoren Indonesia Taman Desa Cemerlang
Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan aluan YDP
2. Sesi perkenalan
3. Postmortem mesyuarat agung yang lalu
4. Program yang dirancang
5. Butiran kewangan & rancangan menambah dana
6. Hal-hal yang lain
YDP
Tuesday, July 20, 2010
Friday, July 2, 2010
GAMBAR SEKITAR KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2010
27 Jun 2010-Taman Desa Jaya Johor
Kursus Pengurusan Jenazah sesi ke 2 telah selesai dijalankan dengan sambutan yang begitu menggalakkan. Tahniah kepada semua yang terlibat!
Kursus Pengurusan Jenazah sesi ke 2 telah selesai dijalankan dengan sambutan yang begitu menggalakkan. Tahniah kepada semua yang terlibat!
Sesi penerangan oleh Bilal Zaid
Bacaan doa dan Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi Majlis
Sesi ceramah oleh Ustaz Hj Hanafiah Abd Razak
Demo mengkafankan jenazah
Solat jenazah
Demo memandikan jenazah...real ke tu....?
Demo mengkafankan jenazah wanita...terima kasih adik!!
Penerangan mengkafankan jenazah oleh Ustazah
Sesi pendaftaran dan jamuan
Thursday, July 1, 2010
SAMBUTAN LUAR DUGAAN KURSUS
Ahad 27 Jun 2010-Taman Desa Jaya Johor Bahru
Diberitakan, sambutan peserta yang menghadiri kursus tersebut adalah 'Diluar Dugaan'. Kami Jawatankuasa penganjur memohon ribuan maaf di atas ketidakselesaan dan tidak dapat memenuhi segala keperluan yang diharapkan kerana tidak menjangkakan sambutan yang amat memberangsangkan.
Sebelum ini kami hanya menjangkakan lebih kurang 150 peserta sahaja yang bersetuju menyertai berdasarkan maklumbalas penyertaan.
Terima kasih kepada semua Jawatankuasa yang bertungkuslumus
Terima kasih kepada Para Dermawan yang di Rahmati ALLAH
Terima kasih kepada Para Penceramah dan Jurupandu kursus
Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tak langsung
YDP BKKKI

Sunday, June 20, 2010
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2010M/1431H
Kami mengalu-alukan Tuan/Puan untuk mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran:
Kumpulan masyarakat Taman Ehsan Jaya dengan kerjasama Badan Khairat Kematian Taman Desa Jaya dan Masjid Jamek Taman Desa Jaya seperti mana berikut secara
'Penyertaan PERCUMA'
Tarikh: 27 Jun 2010 (Ahad) bersamaa 14 Rejab 1431H
Tempat: Masjid Jamek Taman Desa Jaya
Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang
Aturcara Majlis:
8.00 pg Pendaftaran
8.30 pg Ceramah Pengurusan Jenazah oleh Ustaz Hj Hanfiah Bin Razak
10.00 pg Minum
10.30 pg Praktikal
12.30 tgh Rumusan
Tuan/puan dijemput hadir beramai-ramai
Subscribe to:
Posts (Atom)