Wednesday, January 26, 2011

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI 1000 KALI BERZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kesedihan yang tengah menekan hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu perlahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya.”jawab wanita cantik itu.

“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun mula bercerita, “Saya… telah berzina. “Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun… lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… tewas,” ucap wanita itu seraya menangis teresak-esak.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka marah ia mengherdik, “Perempuan bejad, nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangun dan melangkah perlahan. Dia terhoyong hayang keluar dari dalam rumah Nabi Musa.

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya.

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun menemui Nabi Musa.

Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya.

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?”

Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

” Ada !” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa kian mahu tahu.” Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal.

Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina” . Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya.

Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. (Dirujuk daripada buku 30 kisah teladan – KH Abdurrahman Arroisy

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.

Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Wallahualam…

Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui.
Wassalamu’alaikum wbt..

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105)

Monday, January 24, 2011

UNIFORM BKKKI TAMAN DESA JAYA

Assalamualaikum WBR!

Dimaklumkan kepada semua Jawatankuasa BKKKI Taman Desa Jaya Sesi 2010/2012 untuk hadir mengikut ketetapan berikut untuk mengukur Pakaian Uniform masing-masing:

Tarikh : Hari Ahad 30 Januari 2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Masjid Jamek Al-Falah, Taman Desa Jaya


Sila panjang-panjangkan makluman ini.
Terima kasih.

YDP

Friday, January 21, 2011

MESYUARAT AJK KALI 1/2011

ASSALAMUALAIKUM WBR

Tuan Haji/Hajah/Tuan/Puan,

Dijemput hadir mesyuarat mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : Ahad 23 Januari 2011
Masa : 9.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat, Masjid Jamek Al-Falah, Taman Desa Jaya
Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Membentangkan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2010
5. Aktiviti yang dirancang
6. Hal-hal yang lain

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan
Terima kasih
Wassalam

Wednesday, January 19, 2011

KISAH 3 LELAKI DISERET MASUK NERAKA


Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYuVkDEbmCUQuX1eqhjEX1SBbxz_mwf7iSiEQtaGhrQJCrN-ZakeOcXEOfijTJDVS47ojiOm0hzyIJq5RfmwkT3t7PzFsTpTW3A_yNgHdmN25Z6_zyS_7R_rzJftXl3f9sIOEbl70QFAA/s1600/DSC00437.JPG
Gambar hiasan

Apabila membaca tiga kisah yang penulis paparkan kali ini, timbul kebimbangan kerja-kerja kebaikan yang dilakukan selama ini.

Bimbang ada unsur-unsur yang boleh membawa kepada ketidakikhlasan dalam melakukan kebaikan. Allah Maha Mengetahui, maka berserahlah kepadaNya menentukannya.

Sedar atau tidak sedar, ikhlas seseorang itu kadang-kadang boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Contohnya, memberi sumbangan ikhlas tapi ditulis besar-besar nama pemberi sumbangan.

Kita boleh menegur pemberi sumbangan ini sebab boleh dilihat secara jelas tidak ikhlas. Jika nak tulis juga boleh tapi bukan namanya, tapi nama institusi atau persatuan yang diwakilinya.

Contohnya, jika Tenaga Nasional Berhad (TNB) nak bagi sumbangan. Tak perlulah tulis nama Pengurus TNB atas sumbangan , cukuplah tulis nama TNB sahaja (macam dalam gambar hiasan)

Berterima kasihlah jika ditegur kerana dilihat secara jelas tidak ikhlas. Namun , sudah ramai umat Islam yang tak buat kerja bagi sumbangan suruh tulis nama dia kecuali dia ada niat lain.

Apa yang paling ditakuti adalah tidak ikhlas itu manusia tidak nampak jadi tidak ditegur. Memang pada zahirnya manusia tidak nampak , tapi Allah Maha Mengetahui dan inilah yang berlaku dalam tiga kisah ini. Bacalah......

Dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim ada menceritakan keadaan tiga orang lelaki mengenai amalannya yang diadili pada hari pembalasan kelak di hadapan Allah SWT.

Seorang Lelaki yang Mati Syahid

Dia telah dibawa ke muka pengadilan untuk diadili segala amalannya. Kemudian telah diperlihatkan kepadanya segala kenikmatan sebagai ganjaran di atas amalannya.
Dan sebelum itu, dia telah ditanya oleh Allah SWT tentang amalannya semasa di dunia dahulu.

“Apakah yang telah engkau lakukan semasa hayatmu di dunia?”

Lelaki itu menjawab, “Aku telah berperang demi Engkau ya Allah sehingga aku terbunuh.”

Lantas Allah berkata kepadanya, “Bohong! Engkau pergi berperang bukan kerana Aku tetapi supaya engkau disebut-sebut sebagai seorang pahlawan. Kini gelaran itu telah engkau perolehi.”

Kemudian Allah memerintahkan supaya dia diseret ke dalam neraka.

Seorang Lelaki Alim, Penuntut Ilmu dan Sentiasa Berdamping Dengan Al-Quran

Sepertimana lelaki pertama tadi, dia dibawa ke muka pengadilan untuk diadili segala amal perbuatannya semasa di dunia. Lalu Allah menampakkan nikmat ganjaran yang diperolehi atas segala amalannya. Tetapi sebelum itu, Allah menyoal dia tentang amalan yang dilakukannya,

“Apa yang telah kau lakukan semasa hayatmu di dunia?”

Lelaki itu menjawab, “Aku mempelajari berbagai-bagi ilmu dan mengajarkannya semula kepada orang lain serta aku sering membaca al-Quran kerana Engkau ya Allah..”

Lantas Allah berkata, “Dusta! Engkau belajar dan mengajar bukan kerana Aku, engkau membaca al-Quran pun bukan kerana Aku. Akan tetapi engkau belajar dan mengajar supaya dikatakan orang engkau seorang yang pintar. Kini sebutan itu telah engkau perolehi. Engkau rajin membaca al-Quran pun bukan kerana Aku, akan tetapi supaya dikata orang Engkau seorang Qari. Dan gelaran itu pun juga telah engkau perolehi.”

Lalu, Allah SWT memerintahkan lelaki tersebut agar ditempatkan di dalam neraka.

Seorang Lelaki Yang Dermawan

Seperti kedua-dua lelaki tadi, selepas diperlihatkan segala kenikmatan kepadanya maka Allah SWT bertanya akan amalannya semasa di dunia meskipun Allah Maha Mengetahui.

“Wahai Fulan! Apakah yang telah engkau lakukan semasa hayatmu di dunia?”

Lelaki itu menjawab, “Aku telah membelanjakan segala harta kurnia-Mu kepadaku ke jalan yang Engkau sukai.”

Maka Allah berkata kepadanya, “Dusta! Engkau membelanjakan hartamu supaya engkau dikatakan orang, engkau seorang yang dermawan. Kini engkau memperolehi gelaran tersebut!”

Lalu lelaki tersebut telah Allah SWT suruh seret ke dalam neraka.

TAMAT

Ketiga-tiga lelaki yang diceritakan di atas adalah seorang yang baik dipandangan manusia. Dan telah melakukan kerja yang mulia.

Namun mengapa Allah SWT masih melemparkan mereka ke dalam neraka?
Keikhlasan dalam setiap perbuatan.

Keikhlasan tidak boleh dipisahkan dengan segala kerja yang dilakukan. Tanpa keikhlasan, segala kerja yang dilakukan, pasti menjadi seperti debu yang berterbangan.cintaillahi

Wassalam