Thursday, August 30, 2012

4 Jenis Jelaki Yang Ditarik Perempuan Ke Neraka




Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya


Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya


Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.


3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.


4. Anak Lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam...

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/08/4-jenis-jelaki-yang-ditarik-perempuan.html#ixzz256LhwvQS

Wednesday, August 29, 2012

KISAH RASULLAH SAW SEWAKTU AJAL MENJEMPUT BAGINDA....

Betapa mulia dan indahnya akhlak Baginda Rasulullah Mengingatkan kita dalam Kematian. Abe harap korang semua baca sampai habis dan ambil iktibar? Masyarakat kita kini kalu sebut pasal artis semua tahu siap dengan terperinci lagi tu serba-serbinya tapi kalau tanya pasal agama belum tentu lagi tahu ke tidak..

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. " Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dasyatnya ambang maut ini, berikan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Tuesday, August 14, 2012

Inilah yang terjadi pada tubuh badan di alam kubur



REPUBLIKA.CO.ID, Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melewati beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa sejak malam pertama masuk ke kuburan hingga 25 tahun selepas itu.

Malam Pertama

Di kuburan pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam ini saling bergelut dan menjaganya di dunia. Dua hajat, yang kerananya Allah azza wa jalla membuat manusia rugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kuburan. Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai make up, dan alat-alat kecantikan membuatnya memiliki ragam pesona, nanti tubuh manusia hanya akan mempunyai satu warna saja.

Malam Kedua

Di kuburan, mulailah ahli-ahli badan mayat seperti limpa, hati, paru-paru dan perut.

Hari Ketiga

Di kuburan, mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluatkan bau busuk tidak sedap.

Seminggu Setelah itu

Wajah mulai tampak membengkak, dua mata, kedua-dua lisan dan pipi.

Setelah 10 hari

Tetap terjadi pembusukan pada kali ini pada anggota-anggota tubuh tersebut, perut, perut, limpa ..

Setelah 2 Minggu

Rambut mulai gugur

Setelah 15 Hari

Lalat hijau akan mula boleh mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuhnya

Setelah 6 Bulan

Yang tersisa hanya rangka tulang saja.

Setelah 25 Tahun

Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan mencari satu tulang yang sangat kecil disebut 'ajbudz dzanab (tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat.

Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh badan yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Oleh kerana itulah, jangan biarkan umur kita melewati jasad ini sia-sia, kerana dia akan mendapatkan apa yang telah disebutkan.

Sunday, August 12, 2012

Pergunakan Sepenuh Masa Baki di Sepuluh Malam Terakhir Ramadan




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Janganlah di persia-siakan masa kita di fasa ke3 ini kerana jika kita terlepas masa yang berharga maka kita sendiri yang akan rugi kerana belum tentu Ramadan akan datang kita akan dapat bertemu. Intai-intailah Lailatul Qadar kerana di dalamnya mengandungi hikmah dan fadilat lebih baik daripada beribadah 1000 bulan.

Terdapat 21 amal-amal soleh perlu praktikkan dan di hayat :

Pertama : Solat Malam-sebolehnya bangun sebahagian dari malam untuk disempurnakan solat-salat sunat, membaca al-Quran, zikir, dan taubat sehingga ke waktu sahur. “Daripada Abi Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang bangun malam Ramadan beribadat dalam keadaan ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah, maka diampunkan dosanya yang telah lalu” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kedua : Lewatkan Sahur – Sahur lebih kurang 30 minit sebelum subuh. “Segerakan iftar (berbuka) dan lewatkan sahur” (Hadis Riwayat Tabrani)

Ketiga : Bersiap sedia ke masjid/surau berjamaah solat subuh. Solat sunat sebelum subuh adalah sangat dituntut. Nabi SAW bersabda maksudnya : “Dua rakaat sebelum Subuh itu lebih baik dari dunia dan isinya. (Hadis Riwayat Muslim dalam Sahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 725.)

Keempat : Beriktikaf di masjid sambil berzikir atau membaca al-Quran sesudah solat subuh sehingga terbit matahari (andai mampu). Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan solat subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti pahala satu haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna” (Hadis Riwayat Muslim).

Kelima : Lakukan solat Duha 2, 4, 6, 8, atau 12 rakaat. Kekasihku Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (bulan Islam), mengerjakan dua rakaat solat Duha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur. (Hadis Riwayat Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.)

Keenam : Sempurnakan kerja-kerja rumah sambil berselawat, bertahlil, bertahmit, bertasbih dan berzikir.

Ketujuh : Solat Zohor di masjid. Jangan ditinggalkan sunat rawatib (sebelum dan sesudah Zohor) .Duduk sebentar beriktikaf sambil membaca Quran/ berzikir.

Kelapan : Solat Asar di masjid. Jangan lupa sunat rawatib (sebelum Asar) .Duduk sebentar beriktikaf sambil membaca Quran/ berzikir.

Kesembilan : Membaca al-Quran 30 minit sebelum berbuka dan perbanyakkan berdoa kerana waktu yang mustajab. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : ” Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka “ (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Kesepuluh : Berbuka, di masjid atau di rumah, dengan tamar/kurma/
rutob.Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi SAW. bersabda maksudnya : : “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”. (Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Kesebelas : Solat Magrib dan bersedia ke masjid untuk solat. Jika di bulan Ramadan ini ada tazkirah sebelum iftar di masjid sebaik-baiknya datang ke masjid dan berbuka puasa. Cuba sampai lebih awal, sempurnakan solat sunat tahiyatul masjid. Penuhi masa terluang dengan membaca al-Quran dan berzikir.

Kedua belas : Solat Isyak berjamaah, bersama sunatnya.

Ketiga belas : Solat terawih 8 atau 20 rakaat. Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (SWT.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (SWT.)." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Keempat belas : Tadarus / membaca Quran sebelum tidur.

Kelima belas : Sentiasa memperbaharui wuduk.

Keenam belas : Elakkan berbual perkara2 yang sia-sia, lebih-lebih lagi mengumpat atau memfitnah. “Barangsiapa yang tidak mampu meninggalkan perkataan dosa dan dia melakukannya, maka Allah tidak memerlukan dia untuk meninggalkan makan dan minum.” (Bukhari)

Ketujuh belas : Pelihara pandangan dan pendengaran agar terpelihara pahala puasa.

Kelapan belas : Perbanyakkan bersedekah dan membantu fakir miskin dan anak-anak yatim . “Bahawa Rasulullah SAW. merupakan manusia paling dermawan terhadap kebaikan, dan kedermawanannya meningkat saat masuk bulan Ramadan, ketika Jibril mentalaqqi nabi, dan Jibril selalu mentalaqqinya setiap malam bulan Ramadan hingga selesai membaca al-Quran, dan ketika dijumpainya, nabi paling dermawan dalam kebaikan dibanding angin yang bertiup.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kesembilan belas : Sentiasa berdoa dan berharap agar puasa yang dikerjakan diterima Allah SWT.

Kedua puluh : Memburu Lailatul Qadar di malam malam ganjil. Dari Aisyah r.ha., bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil dalam sepuluh malam yang akhir, dari bulan Ramadan". (Hadis Riwayat Bukhari)

Kedua puluh satu  : Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad SAW sabdanya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang lain), sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu". (Hadis Riwayat Bukhari).

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita pertingkatkan lagi amalan-amalan kita di peringkat akhir Ramadan. Hanya tinggal 6 atau 7 hari lagi Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Oleh itu berusahlah bersungguh-sungguh dan beruntunglah kita jika kita bertemu Lailatul Qadar pada tahun ini kerana amalan dimalam tersebut lebih baik daripada 1000 bulan. Berdoa dan mohon keampunan daripada Allah SWT daripada segala dosa-dosa kita semoga Dia membebaskan kita daripada sekaan api neraka .