Saturday, January 28, 2012

JAWATANKUASA KECIL MESYUARAT AGUNG KALI KE-16/2012

KEPUTUSAN MESYUARAT BERTARIKH JUMAAT 27 JANUARI 2012

1. Tarikh mesyuarat agung kali ke-16 2012 ialah pada Hari Ahad 04 MAC 2012 jam 9.00 pagi
2. Tempat mesyuarat ialah di Dewan Kuliah Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya
3. Jemputan VVIP ialah YB Dato' Haji Maulizan (ADUN Tiram) atau YB Dato' Haji Abdul Halim (ADUN Puteri Wangsa)
4. Jawatankuasa kecil mesyuarat agung:
4.1 JK Urusetia dan pendaftaran: Encik Amad Jupri Bin Lewan (Ketua)
4.2 JK Persiapan tempat dan backdrop: Encik Azhar Bil Palal (Ketua)
4.3 JK Jemptan dan Sambutan: Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
4.4 JK Jamuan: Ustazah Hajah Zaharah Bt Othman (Ketua)
4.5 JK Kebersihan dan keceriaan: Encik Paiman Bin Abd Rahman (Ketua)
4.6 JK Siaraya/Juruacara/Bacaan Doa: Encik Kamal Ariffin Bin Ahmad (Ketua)
4.7 JK Rakaman/Penggambaran dan PA System: Encik Ahmad Bin Jantan (Ketua)
4.8 JK Hadiah/Cenderamata dan Cabutan Bertuah: Ustazah Shariffah Bt Saidin (Ketua)
5. AJK 2010/2012 akan disediakan sijil penghargaan dan cenderamata (Tindakan bendahari)
6. AJK digalakkan menyediakan sebuah hadiah untuk cabutan bertuah dengan nilai kurang RM20.00
6. Mesyuarat Jawatankuasa kali ke-2/2012 akan diadakan pada:
Tarikh: Hari Jumaat 24 Fbruari 2012
Tempat: Bilik Mesyuarat Masjid Al-Falah
Masa: 9.00 malam
JK Kecil yang dilantik diminta menyediakan senarai ahli jk dan senarai perbelanjaan yang diperlukan.

Terima kasih.
Wassalam

YDP
29012012

Thursday, January 26, 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA KALI 1/2012

Assalamualaikum WBR.
Pengerusi
Ahli Jawatankuasa
Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam
Taman Desa Jaya, Johor bahru

Per: Mesyuarat Jawatankuasa 1/2012

Tarikh: Hari Jumaat 27 Januari 2012
Masa: 9.00 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat Masjid A-Falah
Agenda:
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi
2. Menerima dan mengesahkan minit mesyuarat lalu
3. Perkara berbangkit
4. Menerima dan mengesahkan Penyata kewangan
5. Perkara yang dibincangkan:
5.1 menetapkan tarikh mesyuarat agung kali ke-14/2012
5.2 menetapkan tempat mesyuarat
5.3 mencadangkan jemputan/perasmi
5.4 mencadangkan penubuhan jawatankuasa kecil
5.4.1 Jawatankuasa urusetia dan pendaftaran
5.4.2 Jawatankuasa persiapan tempat dan backdrop
5.4.3 Jawatankuasa sambutan dan jemputan
5.4.4 Jawatankuasa jamuan
5.4.5 Jawatankuasa kebersihan dan keceriaan
5.4.6 Jawatankuasa siaraya/pa system/juruacara
5.5 mencadangkan perbelanjaan mesyuarat agung
6. Hal-hal yang lain

YDPzma/26/01/12

Saturday, January 7, 2012

Adakah kamu lebih mulia dari Bilal bin Rabbah, Saad bin Abi Waqas dan Salman Al-Farisi?


http://wanwma.com/wp-content/uploads/2010/12/rasulullah2.jpg
Di zaman pemerintahan Saidina Umar, empat orang sahabat Nabi Muhammad telah datang kepada Amirul Mukminin untuk mengadu hal. Mereka adalah Bilal bin Rabbah, Saad bin Abi Waqas, Salman Al-Farisi dan Abu Sufyan, bangsawan Arab yang sangat terkenal.
Apabila Saidina Umar membuka pintunya untuk tetamunya, beliau memanggil Bilal dahulu, setelah selesai urusannya dengan Bilal beliau memanggil Saad dan seterusnya Salman Al-Farisi. Akhir sekali adalah Abu Sufyan.
Dalam diam, Abu Sufyan berasa marah kerana beliau adalah orang yang terakhir dipanggil dan terpaksa menunggu lama. Padahal seluruh tanah Arab tahu bahawa beliau adalah dari golongan bangsawan yang kaya lagi mulia di tanah Arab pada ketika itu.
Setelah bertemu Saidina Umar, Abu Sufyan telah mengadu halnya kepada Saidina Ali. "Mengapa Bilal si hamba yang hitam itu terlebih dahulu dipanggil oleh Umar? Tidakkah Umar mengetahui bahawa akulah yang lebih mulia?
Saidina Ali menjawab, "Semasa Israk Mikraj Nabi Muhammad ke langit, Rasulullah terdengar bunyi tapak kaki". Rasulullah bertanya kepada Jibrail, "Bunyi tapak kaki siapakah itu wahai Jibrail". Jibrail menjawab, "Itulah bunyi tapak kaki Bilal di dalam Syurga".
Dengan tenang Saidina Ali bertanya Abu Sufyan, "Adakah Rasulullah mendengar bunyi tapak kaki mu wahai sahabatku". Abu Sufyan hanya mampu mengelengkan kepala. "Sebab itu Bilal lebih mulia dari kamu!". Saidina Ali menambah.
"Bagaimana pula dengan dengan Saad bin Abi Waqas, bukahkah di cuma seorang anak kepada hamba?" kata Abu Sufyan yang masih tidak berpuashati dengan Saidina Umar.
Saidina Ali berkata, "Takkala ibu Saad mengetahui tentang pengislaman Saad, ibunya telah berasa malu dan memberi tahu Saad yang beliau tidak makan dan minum sehinggalah beliau meninggalkan ajaran Nabi Muhammad".
Saidina Ali menyambung, "Pada hari keempat, Ibu Saad sudah nazak dan sekali lagi mengugut Saad". Saad menjawab,"Wahai ibuku, sekiranya ibu mempunyai 1000 nyawa sekali pun, dan setiap kali dicabut, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam".
Saidina Ali bertanya kepada Abu Sufyan, "Adakah kamu mengalami apa yang dialami oleh Saad bin Abi Waqas?". Abu Sufyan berkata, "Tidak".
"Salman Al-Farisi! bukankan beliau cuma pendatang dari tanah Parsi?". Tanya Abu Sufyan yang masih belum berpuashati.
Saidina Ali bercerita, "Sebelum Salman memeluk Islam dan tinggal ditanahairnya, beliau berkawan dengan seorang pendeta Yahudi, Pendeta itu memeberitahu Salman, akan lahir seorang nabi selepas Nabi Isa bernama Ahmad".
Dalam pencarian untuk bertemu Nabi Muhammad, Salman bertemu lagi dengan seorang pendeta Yahudi. Kali ini pendeta yahudi itu memberi tahu Salman tentang lahirnya seorang yang mengaku nabi di tanah Arab. Pendeta itu menambah, "Nabi ini tidak menerima sedekah tetapi menerima hadiah dan di belakang badannya terdapat tanda kerasulannya, tanda yang bertulis, 'Khatamul Ambia'".
Lalu Salman Al-Farisi telah pergi ke Mekah dan setibanya di Mekah, beliau melihat nabi Muhammad sedang mengajar para sahabat. Di akhir pengajaran, Salman telah berjumpa nabi Muhammad dan memberi sedikit sedekah. Nabi Muhammad menerimanya dan mempelawa sahabat lain makan pemberian Salman tanpa disentuh sedikit pun.
Pada keesokkan harinya, Salman sekali lagi melakukan perkara yang sama, tapi kali ini disebut sebagai hadiah. Lalu Nabi Muhammad mempelawa semua sahabat makan bersamanya.
Melihat hal yang demikian, tanpa berlengah lagi, Salman terus ke belakang Nabi, menyingkap bajunya dan terus beliau mencium tanda kerasulan yang terdapat dibelakang badan Nabi Muhammad. Rasulullah berkata, "Siapa yang mencium tubuhku, beliau telah mencium bau syurga".
Saidina Ali bertanya kepada Abu Sufyan, "Pernahkah engkau mencium bau syurga?". Abu Sufyan hanya mampu menundukkan kepalanya. Kini tahulah dia bahawa, keturunan dan hartanya tidak sekali-kali meletakkannya tinggi disisi Allah. Allah hanya melihat keimanan dan ketakwaan manusia.
Sebenarnya tidak ada apa yang hendak dibanggakan dengan keturunan, harta yang ada pada manusia kerana diakhir hayat nanti manusia hanya mampu membawa kain kafan untuk membalut tubuhnya. Iman dan takwa sahajalah bekal yang benar-benar bersama kita di alam barzakh.
Mati adalah pasti, hidup! InsyaAllah.

Berkata Yang Baik atau Diam.




13 Safar 1433H. [MOD] -

Oleh Jarjani Usman

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata yang baik atau diam” (HR. Imam Bukhari & Imam Muslim).

Sangat menyenangkan hidup ini bila mampu merasa diri aman dari segala gangguan. Menyadari hal ini, banyak orang berusaha mencari tempat tinggal yang aman atau melengkapi diri dengan dengan berbagai alat pengamanan. Namun, yang demikian juga sebenarnya bukan kunci keamanan diri, bila belum mampu menyelamatkan diri dari gangguan diri sendiri.

Sebagaimana diisyaratkan dalam hadits Rasulullah sallallu ‘alaihi wasallam, manusia sering tidak aman oleh lidahnya sendiri. Lidah bisa menjadi sumber banyak gangguan hidup manusia, sebagaimana sabda Nabi SAW, “Kebanyakan kesalahan anak Adam adalah pada lidahnya” (HR. Thabrani). Tak terbantahkan dalam kenyataan, lidah seringkali menjadi penyebab timbulnya sakit hati orang lain dan bahkan menjadi penyulut timbulnya perpecahan umat dalam skala besar. Tentunya, lidah yang dimaksud adalah yang dimiliki orang-orang yang tak (sepenuhnya) beriman kepada Allah.

Lidah orang-orang demikian digambarkan cenderung banyak dan gampang berbicara, tetapi sedikit atau bahkan tidak ada manfaatnya bagi kebaikan. Bila sedikit kebaikan, maka yang banyak adalah keburukan. Dalam ketiadaan kebaikan, yang ada adalah keburukan yang membahayakan. Sebab, keburukan adalah dosa, yang sebahagian balasannya ditimpakan di dunia.

Namun demikian, disebutkan dalam hadits bahwa menyelamatkan diri dari bahaya lidah bukan selamanya berarti diam. Bahkan, diam di saat penting berbicara juga merupakan tindakan berbahaya. Akan tetapi berbicara, asalkan mampu memastikan kebaikannya. Dengan cara demikian, insya Allah kita juga bisa mempertanggungjawabkan pemanfaatan lidah

Sunday, January 1, 2012

TERKENA API DARI KUBOR


Diceritakan dari Ibnu Hajar bahawa serombongan orang dari kalangan Tabi'in pergi berziarah ke rumah Abu Sinan. Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka untuk berziarah ke rumah jirannya.

"Mari ikut saya ke rumah jiran untuk mengucapkan ta'ziah atas kematian saudaranya." kata Abu Sinan kepada tetamunya.

Sesampainya di sana, mereka mendapati saudara si mati sentiasa menangis karana terlalu sedih. Para tetamu telah berusaha menghibur dan memujuknya agar jangan menangis, tapi tidak berjaya. "Apakah kamu tidak tahu bahawa kematian itu suatu perkara yang mesti dijalani oleh setiap orang?" tanya para tetamu.

"Itu aku tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan siksa yang telah menimpa saudaraku itu." jawabnya. "Apakah engkau mengetahui perkara yang ghaib?" "Tidak.

Akan tetapi ketika aku menguburkannya dan meratakan tanah di atasnya telah terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika itu orang-orang telah pulang, tapi aku masih duduk di atas kuburnya.

Tiba-tiba terdengar suara dari dalam kubur "Ah....ah....Mereka tinggalkan aku seorang diri menanggung siksa. Padahal aku mengerjakan puasa dan solat".

Jeritan itu betul-betul membuatku menangis kerana kasihan. Aku cuba menggali kuburnya semula kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di dalamnya.

Ternyata kubur itu telah penuh dengan api dan di leher si mayat ada rantai dari api. Kerana kasihan kepada saudara, aku cuba untuk melepaskan rantai itu dari lehernya. Apabila aku hulurkan tangan untuk membukanya, tanganku terbakar."

Lelaki itu menunjukkan tangannya yang masih hitam dan mengelupas kulitnya karana kesan api dari dalam kubur kepada tetamu.

Dia meneruskan ceritanya: "Aku terus menimbun kubur itu seperti semula dan pulang dengan segera. Bagaimana kami tidak akan menangis apabila mengingati keadaan itu?"

"Apa yang biasa dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?" tanya teman-teman Abu Sinan. "Dia tidak mengeluarkan zakat hartanya." jawabnya.

Dengan jawaban ini, teman-teman Abu Sinan membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat Suci Al-Quran surah Ali Imran yang artinya: "Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Ali Imran, 180)