Saturday, February 22, 2014

101 SEBAB KENAPA WANITA MUSLIM PERLU MENUTUP AURAT

  | Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam.
101 Sebab Kenapa Wanita Muslim Perlu Menutup Aurat
Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Nauzubillah. Seharusnya kita berbalik kepada niat asal kita kenapa kita wajib menutup aurat.
Firman Allah swt :


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yg diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yg dikerjakannya (Al-Baqarah 286).
  1. Menjalankan syi’ar Islam.
  2. Berniat untuk ibadah.
  3. Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.
  4. Kerana saya ingin ta’at kepada Allah yang telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezki, melindungi, dan menolong saya.
  5. Kerana saya ingin ta’at kepada Rasul-Nya, pembimbing ummat dengan risalah beliau.
  6. Untuk memperoleh Redha Allah (InsyaAllah).
  7. Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmat-Nya yang tiada putus.
  8. Seluruh ulama sepakat bahwa hukum mengenakan tudung itu wajib.
  9. Agar kaum wanita menutup auratnya.
  10. Bukan kerana mahu bergaya.
  11. Bukan kerana mengikut trend.
  12. Bukan kerana berlagak baik.
  13. Bukan kerana mahu menyembunyikan dosa .
  14. Tidak sekadar bermaksud agar berbeza dari yang lain.
  15. Meninggikan darjat wanita dari belenggu kehinaan yang hanya menjadi objek nafsu semata.
  16. Tudung sesuai untuk semua wanita yang mau menjaga dirinya dari objek nafsu semata.
  17. Saya ingin menjadi wanita solehah.
  18. Saya tengah berusaha mencapai darjat taqwa.
  19. Tudung adalah pakaian taqwa.
  20. Tudung adalah identiti wanita muslimah.
  21. Diawali dengan mengenakan tudung, saya ingin menapak jalan ke surga.
  22. Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka di hari kemudian.
  23. Isteri-isteri Rasulullah berbusana muslimah.
  24. Para sahabiah (sahabat Rasulullah yang wanita) juga berbusana muslimah.
  25. Mereka merupakan anutan seluruh muslimah, begitu juga saya.
  26. Semoga Allah memberikan kepada kita balasan jannah yang sama seperti mereka.
  27. Untuk meninggikan izzah Islam.
  28. Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah).
  29. Tudung lebih melindungi diri.
  30. Membuat saya lebih merasa aman.
  31. Menjaga diri dari gangguan lelaki gatal.
  32. Menjaga diri dari obyek pandangan lelaki yang hanya ingin ‘cuci mata’.
  33. Menjaga diri dari objek syahwat lelaki.
  34. Menjaga diri dari mata lelaki yang bernafsu.
  35. Menjaga diri dari tangan-tangan lelaki yang ingin meraba.
  36. Menghindar dari zina mata dan zina hati.
  37. Merupakan pencegahan dari perbuatan zina itu sendiri.
  38. Tudung dapat menghindari saya dari sikap-sikap yang negatif.
  39. Tudung dapat menghapus keinginan-keinginan yang menyimpang.
  40. Membuat saya lebih bersahaja.
  41. Membuat saya lebih khusyu’.
  42. Mejauhkan saya dari perbuatan dosa (insyaAllah).
  43. Membuat saya malu bila berbuat dosa.
  44. Mendekatkan saya pada Allah.
  45. Mendekatkan saya pada Rasulullah.
  46. Mendekatkan saya pada nabi-nabi-Nya.
  47. Mendekatkan saya pada sesama muslim.
  48. Mendekatkan saya pada ajaran Islam.
  49. Membuat saya tetap ingin belajar tentang Islam.
  50. Membuat saya selalu merasa haus akan ajaran Islam.
  51. Membuat saya tetap ingin menjalankan ajaran Islam.
  52. Ajaran Islam berlaku sepanjang masa, tidak ada yang kuno.
  53. Tudung bukan sesuatu yang kuno.
  54. Mengatakan Tudung itu kuno berarti telah menggugat undang2 Allah.
  55. Allah Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik bagi ummat-Nya.
  56. Tudung, berarti menandakan kemajuan penerapan ajaran Islam di masa kini.
  57. Merupakan satu barometer telah terbentuknya suatu lingkungan yang Islami.
  58. Membezakan diri dari penganut agama lain.
  59. Memudahkan dalam mengenali sesama saudari seiman.
  60. Memperkuat tali silaturahmi dan ukhuwah sesama muslimah.
  61. Menghilangkan keraguan saya bila ingin menyapa saudari muslimah.
  62. Memudahkan menanamkan rasa sayang-menyayangi sesama saudara/saudari seiman.
  63. Membuat saya lebih terlihat anggun.
  64. Membuat saya terlihat menyenangkan.
  65. Membuat saya lebih terlihat wanita.
  66. Tidak terlihat seperti laki-laki.
  67. Membuat saya selalu berada dalam lingkungan yang Islami.
  68. Tudung menjaga saya dari pergaulan yang salah.
  69. Memudahkan saya, dengan izin Allah, mengenal lelaki yang soleh.
  70. Wanita yang baik (solehah) dengan lelaki yang baik (soleh) pula.
  71. Mudah-mudahan saya diberi jodoh lelaki yang soleh.
  72. Jodoh merupakan urusan Allah.
  73. Dengan keta’atan pada Allah, Allah akan memberikan kemudahan-Nya.
  74. Memudahkan saya dalam berdakwah..
  75. Membuat lebih mudah bergerak.
  76. Tudung menjagaku sehingga tidak terlihat lekuk-lekuk tubuh
  77. Sangat susah bila memakai pakaian wanita seperti trend saat ini (yang ketat).
  78. Saya tidak suka memakai seluar yang ketat.
  79. Seluar yang ketat dapat menyebabkan kanser rahim karana suhu di sekitar rahim tidak teratur (Panas).
  80. Jimat masa dalam berpakaian.
  81. Jimat masa dalam berhias.
  82. Tidak perlu susah-susah selalu berusaha mengikuti trend moden yang berkembang.
  83. Jimat untuk membeli pakaian yang sedang trend.
  84. Jimat untuk membeli make up.
  85. Melindungi kulit wajah dari make up yang dapat merosak kulit.
  86. Melindungi kulit dari sengatan sinar matahari.
  87. Mengurangkan risiko penyakit kanser kulit.
  88. Pancaran matahari dapat mengurangi kelembaban kulit sehingga kulit jadi kering.
  89. Mengurangkan munculnya bintik-bintik hitam pada permukaan kulit akibat perubahan pigmen di usia tertenu.
  90. Melindungi rambut dari debu-debu yang berterbangan.
  91. Debu-debu itu dapat mengotori rambut dan menyebabkan rambut mudah kotor yang menyebabkan kebotakan.
  92. Membuatkan saya untuk hidup lebih sederhana.
  93. Menghindari hidup yang membazir.
  94. Membuat diri tidak silau dengan kemegahan dunia dan segala perhiasannya.
  95. Membuat saya lebih memikirkan hal lain selain model dan perhiasan.
  96. Menempatkan wanita menjadi subjek dalam proses pembangunan ummat.
  97. Lebih mudah dalam menabung.
  98. Memiliki kesempatan untuk melakukan ibadah haji.
  99. Memiliki kesempatan lebih banyak untuk berinfaq dan sedekah.
  100. Itu bererti lebih banyak beramal untuk bekal di hari kemudian.
  101. Membuat saya merasa menjadi wanita sejati.
Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)." (Al-Ahzab: 33).

Monday, February 3, 2014

UMAR AL-KHATTAB BERTANYA SIAPA YANG MEMBUNUHNYA??


Terbitnya matahari pagi, berita mengerikan tersebar ke seluruh Madinah. Penduduk ingin mengetahui lebih jelas mengenai kejadian yang sangat mengejutkan itu. Bahkan tokoh-tokoh dari kabilah masing-masing segera berkumpul di halaman rumah Umar untuk mengetahui keadaan kesihatanya.

Abdullah ibn Abbas mendedahkan "Aku masih berada ditempat Umar dan dia belum sedarkan diri hingga mata hari terbit. Setelah sedar, sambil berbaring dia bertanya :  Apakah orang-orang sudah solat?"

"Sudah," jawab Abdullah ibn Abbas.

Setelah itu dia memerintahkan Abdullah ibn Abbas untuk mencari orang yang telah menikamnya. Aku akan keluar dan menemui para ketua kabilah.

"Saudara-saudaraku, "kata Abdullah ibn Abbas, "Amirul mu'munin ingin mengetahui apakah peristiwa ini merupakan konspirasi kalian?"
Para pemuka kabilah yang mendengar soalan tersebut menjadi kecut dan serentak berkata," Semoga Allah melindungi kami, kami tidak tahu. Mana mungkin itu akan berlaku. Jika kami tahu, pasti kami bersedia menebusnya dengan nyawa kami atau anak anak kami."

"Lalu siapa yang menikam amirilmukminin?" Tanya Abdullah bin Abas lagi.

"Dia ditikam oleh musuh Allah, Abu Lu'luah budak Mughirah bin Syu'bah," jawab mereka.

Abdullah bin Abbas kembali dalam rumah Khalifah Umar dan menyampaikan kabar orang yang telah menikamnya. " Alhamdulillah, aku tidak dibunuh oleh seorang Muslim, tidak mungkin orang arab akan membunuh saya, " kata Umar.

Kemudian Umar R.A. menangis. Umar R.A. berkata "Demi Allah, jika aku boleh meninggalkan dunia ini tanpa ada perkara yang memberatkanku dan tidak ada apa-apa untukku, maka aku akan bahagia."

Abdullah ibn Abbas R.A. berkata "Ya Amirul Mukminin, Rasulullah S.AW meninggalkan dunia ini dan dia merasa bahagia denganmu, tidak ada dua orang Muslim yang berselisih berkenaan dengan kekhalifahanmu, setiap orang bahagia dengan kekhalifahanmu."

Umar R.A. berkata "Aku tahu itu, tapi kekhalifahan ini membuatku bimbang. Wahai Abdullah, dudukkan aku" Kemudian mereka mendudukkannya. Kemudian Umar memegang bahu Abdullah dan berkata "Wahai Abdullah, mahukah kau bersaksi untukku di hari kiamat ?" 

Abdullah berkata, "Aku akan bersaksi untukmu di hari kiamat."

Kemudian Umar berbaring di pangkuan anak lelakinya, Abdullah ibn Umar. Dia berkata kepadanya, " Letakkan pipiku di lantai."

Abdullah ibn Umar R.A. berkata "Kenapa ayah?" sambil mengucup kening Umar, dan meletakkan pipinya di lantai.

Umar berkata, "Jika aku ditakdirkan berada di syurga, maka bantal syurga lebih lembut daripada pahamu dan jika aku ditakdirkan masuk neraka maka kau tidak mahukan seorang penghuni neraka di atas pahamu."

Selain itu, dia juga berpesan kepada anaknya agar menjual benda-benda yang dimilikinya untuk membayar hutang hutangnya. Sebab dia tidak ingin meninggalkan dunia dengan membawa kewajiban yang belum diselesaikan.

Kemudian Umar R.A. memberitahu ahli keluarganya "Lembut-lembutlah dalam mengkafaniku kerana jika Allah menakdirkanku syurga, maka Allah akan memberikanku yang lebih baik daripada ini dan jika Allah menakdirkan neraka untukku, maka Allah akan mencabutku dari semua ini. Berlembutlah dalam menggali kuburku, kerana jika Allah menakdirkanku syurga, maka dia akan meluaskan kuburku. Dan jika Allah menakdirkan neraka untukku, maka kubur itu akan menghimpitku."

Kemudian dia berkata kepada anaknya iaitu Abdullah ibn Umar "Ya Abdullah, pergilah dan tanyakan kepada Aisyah RA, apakah dia membolehkanku untuk dikuburkan disamping Rasulullah SAW dan Abu Bakar R.A ?"

Lalu pergilah Abdullah ibn Umar RA, dia mengetuk pintunya dan masuk ke rumah Aisyah RA Ternyata Aisyah R.A. sedang menangis dan dia memberikan salam padanya kemudian bertanya pada Aisyah "Umar meminta untuk dikuburkan di samping Rasulullah SAW dan Abu Bakar R.A., apakah kau mengizinkannya?"

Aisyah R.A. berkata "Aku sudah menempah tempat itu untuk diriku, kerana Rasulullah adalah suamiku dan Abu Bakar adalah ayah ku, tapi aku akan memberikannya kepada Umar."

Dan riwayatnya menyebutkan ketika Abdullah datang, Umar sedang berbaring dan dia berkata "Dudukkan aku" Kemudian mereka mendudukkannya, lalu Abdullah memasuki bilik dan berkata "Wahai ayahku, keinginanmu dikabulkan."

Umar R.A. berkata "Aku tidak punya keinginan apapun melebihi itu. Ketika aku meninggal dan kau membawaku untuk dikuburkan, tanyakan kepada Aisyah RA lagi, mungkin kerana statusku dia merasa keberatan untuk memberikanku tempat itu. Tanyakan dia lagi dan jika dia setuju, maka kuburkan aku disana, kalau tidak, maka kuburkan aku di tanah perkuburan umat Muslim."

Beberapa hari selepas peristiwa penikama tersebut, Umar bin Khattab menghembuskan nafas terakhirnya dan meninggalkan duka mendelam dikalangan umat islam. Seandainya kematian Umar bin Khatab tidak melalui proses yang sangat keji dan tragis, mungkin kesedihan tidak akan berlarutan dan dendam tidak akan bersarang di dalam dada para keluarga.

Bagaimanapun keadaan islam sepeninggalan Umar saat itu?, boleh dikatakan bahawa islam telah mencapai kegemilangan dan ini tidak dapat dilepaskan dari peranan Umar bin khattab. Inilah salah satu masterpiece Umar bin Khatabyang berjaya ditorehkan semasa hidupnya.

Umar R.A. meninggal dan dikuburkan di samping Abu Bakar RA dan Rasulullah S.A.W. 

Sumber: Bab 25 buku Umar bin Khattab , Sebuah Telaah Mendalam Tentang Pertumbuhan Islam dan Kedaulatan Masa Itu laman 719-722 , yang ditulis oleh Muhammad Husain Haekal yang diterbitkan oleh Litera AntarNusa ( Cetakan kesepuluh , 2010 ) setebal xliv + 803 laman