Thursday, December 3, 2009
IBADAH QURBAN BKKKI TAHUN 1430H
Jumaat 27 Nov 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430H Surau Al-Hafiz Taman Desa Jaya, Johor Bahru
Gambar sekitar Ibadah qurban dilangsungkan
Tuesday, November 24, 2009
MENJEJAK LEMBU UNTUK QURBAN 1430H
Isnin 23 Nov 2009- Tampok, Benut Pontian
Pengerusi JKuasa Ibadah Qurban 1430H Encik Kamal Ariffin bersama rombongannya telah menjejak lembu qurban sehingga ke ladang ternakan Tampok Pontian.Turut sama ialah Tuan Hj Fadil, Ayahanda Tuan Hj A Samad Awang dan Tuan Hj Zainuddin.3 ekor lembu telah dipilih untuk dibawa ke Surau Al-Hafiz untk diqurbankan sempena Hari raya Aidil Adha 1430H.
Wednesday, November 18, 2009
JAWATANKUASA QURBAN 1430H
PENGERUSI: ENCIK KAMAL ARIFFIN BIN AHMAD
TIM.PENGERUSI: ENCIK OTHMAN BIN OMAR
SETIAUSAHA:HJ ZAINUDDIN HJ MOHD ALIE
BENDAHARI: HJ MOHD SUREMI BIN RASIDEN
AJK PERSIAPAN: ENCIK AZAHAR BIN PALAL
AJK PERALATAN: ENCIK MISUAN BIN JAMINGAN
AJK MENUMBANG LEMBU: ENCIK SUHUT BIN PONCHO
AJK MELAPAH DAGING: ENCIK SHARINGAT BIN SUPAAT
AJK MENIMBANG DAGING: HAJAH ZAHARAH BINTI OSMAN
AJK HANTAR/AGIHAN: ENCIK AZMAN BIN LUDIN
AJK PENYEMBELIHAN: YM RAJA IDRIS BIN RAJA ALI
AJK DOA QURBAN: HJ MOHD SUREMI BIN RASIDEN
AJK JAMUAN : PUAN SITI AMINAH BINTI ABAS
AJK KEBERSIHAN/KAWALAN: ENCIK ABDULLAH BIN IBRAHIM
AJK FOTOGRAFI: ENCIK AHMAD BIN JANTAN
LEMBU PERTAMA(1):
1. AZIZAH OMAR
2. ABD LATIFF MOHD SALLEH
3. JANORIN JAMIL
4. WAHIDAH HASHIM
5. ISMAIL SAHIBUN
6. SITI NORISMAL MAHALIL
7. HJ ABD RAHMAN ASMURI
LEMBU KEDUA(2):
1. HJ ABDUL HAMID ABDUL MAJID
2. HJH ROSNAH BINTI SAIM
3. NURMALA BINTI HJ ABDUL HAMID
4. ENON BINTI MOHD YUSOF
5. MUHAMMAD YASIN BIN RAMLI
6. KAMAL ARIFFIN BIN AHMAD
7. GULAM
LEMBU KETIGA(3):
1 - 2 SHARINGAT BIN SUPAAT
3 - 7 OTHMAN BIN OMAR
Tarikh : 27 November 2009 brsamaan 10 Zulhijjah 1430H
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Surat Al-Hafiz, Jalan Permatang 23
Aturcara majlis:
9.30 pagi Taklimat Pengerusi
9.45 pagi Peserta dan Petugas ambil tempat
10.00 pagi Ibadah Qurban dimulakan
12.00 tgh Pengagihan
Semua AJK, ahli BKKI, peserta dan penduduk islam Taman Desa Jaya dipersilakan hadir.
Monday, November 16, 2009
SEKITAR KEBERANGKATAN HJ NOR AZHAR
15 Nov 2009-Ahad jam 6.30 pagi. Suasana yang menyelubungi kbrngktan Hj Azahar n ist3 utk ke airport senai bagi brlepas menunaikan fardu haji. Ramai kwn2 yg mengiringi serta meraikn pmergian beliau."selamat berangkat"...Amin
Tuesday, November 10, 2009
Berita Dari Kota Mekah Al-Mukarramah
Saturday, November 7, 2009
SELAMAT TUNAIKAN FARDU HAJI - EN NORAZAHAR JILAN
08 Nov 2009 Ahad-Tmn Desa Jaya.Seorang lagi Jkuasa BKKKI (Bendahari) iaitu En Norazahar Jilan & ist3 akan menunaikan ibadah haji 1430H. Beliau akan berangkat pada Ahad 15 Nov 2009 di LTAB Senai jam 7.30 pg. Sama2 lah kite doakan agar pemrgian & kepulangn beliau suamist3 selamat,aman serta mendapat Haji yang Mabrur..Amin
Majlis Tahlil dan Tazkirah di rumah Encik Nor Azahar selepas solat isyak. Ramainye yang hadir meraikan beliau.....
Saturday, October 24, 2009
SELAMAT TUNAIKAN FARDU HAJI -EN MOHD RAWAN
Jamuan selepas yassin n tahlil
Mengaminkan doa selamat
Juadah dirasa, selera menguja
yassin dan tahlil dipimpin oleh YM Raja Idris
24 Oktober 2009- 11, Permatang 29- Satu majlis tahlil n doa selamat sempena meraikan Tim. Pengerusi BKKKI yang akan berangkat menunaikn fardu Haji pada Isnin 9 November 2009 nanti. same2 kite mendoakn agar beliau suamisteri selamat berangkt n pulang serta mendpt haji yang MABRUR, Amin.
LAGI GAMBAR MARHABAN 1430H
Monday, October 12, 2009
MAJLIS HARIRAYA YB DATO' MAULIZAN
Setiausaha kite sedang bermarhaban dengan kumpulan MAIJ
Ayahanda Pak Man sedang bersalaman dengan YB Dato' Maulizan
Bendahari kite Encik Nor Azahar dengan rakan-rakan sedang bersalaman dengan YB Dato'
Ayahanda Hj Samad, Pak Man dan Azahar begitu segak berfoto bersama YB Dato'
Desa Cemerlang,11 Oktober 2009-Rombongan kumpulan Marhaban Badan Khairat Kematian Taman Desa Jaya serta Taman Ehsan Jaya mengunjungi majlis tersebut di Dewan Desa Cemerlang. Sambil menikmati juadah, kami sempat bergambar dengan YB Dato Maulizan.
Tuesday, October 6, 2009
PROGRAM IBADAH QURBAN 1430H
Bertempat di Surau Al-Hafiz, Jalan Permatang
Penyertaan dibuka mulai Khamis 5 November 2009
Tarikh tutup penyertaan ialah pada Sabtu 15 November 2009.
i) RM440.00 untuk sebahagian lembu (RM3,080.00 untuk seekor lembu)
iii)RM700.00 untuk seekor kambing
Semua harga termasuk urusan pengangkutan & permit pemyembelihan
Semua keterangan boleh diperolehi melalui:
1. Encik Kamal Ariffin Ahmad 012-7211124 (Pengerusi)
2. Hj Zainuddin Hj Mohd Alie 013-7200780
3. Encik Nor Azahar Bin Jilan 012-7056567
4. Encik Mohd Rawan Md Yusof 019-7635123
Mesyuarat JKuasa Pengurusan program akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : Isnin 9 November 2009
Masa : 9.00 malam
Tempat: Surau Al-Hafiz
Semua Jkuasa dipersilakan hadir.
KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA
Bank Rakyat sumbang van jenazah kepada Masjid Taman Desa Jaya
|
|
JOHOR BAHRU 2 Okt. - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) semalam menyumbangkan sebuah van jenazah bagi kegunaan kira-kira 4,000 masyarakat Islam di sekitar Taman Desa Jaya di sini, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Badan Khairat Kematian Taman Desa Jaya, Zainuddin Mohd. Alie berkata, dengan adanya van bernilai RM87,000 itu, ia akan memberi kemudahan kepada masyarakat di situ semasa berlaku kematian.
"Sebelum ini apabila ada kematian, khususnya yang melibatkan kes kematian di hospital, kita terpaksa meminjam van jenazah dari masjid-masjid berhampiran.
"Ini bermakna dengan adanya van berkenaan, bukan sahaja masyarakat Islam di Taman Desa Jaya yang menerima manfaat malah Taman Ehsan Jaya, Johor Jaya dan Desa Cemerlang turut menerima manfaat," katanya.
Van berkenaan diserahkan Ketua Bank Rakyat Wilayah Selatan, Zaharuddin Zainal Abidin kepada Zainuddin Mohd. Alie di pekarangan Masjid Jamek Taman Desa Jaya.
Sementara itu Zaharuddin berkata, sumbangan berkenaan merupakan salah satu tanggungjawab sosial pihaknya kepada masyarakat yang telah membantu Bank Rakyat selama ini.
"Sumbangan ini juga diharap membantu dan meringankan beban penduduk semasa menguruskan jenazah ahli kariah di sini," katanya.