Thursday, August 20, 2009

Kata Kata Aluan




YANG DIPERTUA
BADAN KHAIRAT DAN KEBAJIKAN ISLAM
TAMAN DESA JAYA, JOHOR BAHRU


AlhamduLillah, saya ingin mengucapkan rasa syukur kerana dengan limpahNya dapat kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab kita bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam Taman Desa Jaya, Johor Bahru kali ke 13 tahun 2009 ini.

Badan Khairat kematian dan kebajikan Islam merupakan satu pertubuhan yang telah banyak melaksanakan segala keperluan ‘fardu kifayah’ masyarakat Islam taman ini. Bagi memantapkan pengurusan yang lebih effektif dan efisyen, jawatankuasa pengurusan jenazah telah dibentuk dengan mengambilkira penduduk tempatan dan berperanan menguruskan jenazah lelaki dan wanita dari peringkat mula sehingga ke tanah perkuburan. Kelengkapan peralatan telah mula dilengkapkan mulai tahun 2006 dan sehingga kini hanya menunggu sumbangan dari ahli-ahli koprat atau individu bagi merealisasikan urusan kenderaan jenazah sebelum berakhir tahun 2009

Di samping itu, peranan biro kebajikan dan sosial telah mula digerakkan untuk membantu golongan fakir dan miskin taman ini khususnya pada bulan Ramadan sebelum menyambut Hari raya Aidilfitri dalam bentuk sumbangan berupa barangan makanan dan wang tunai.

Perlaksanaan ibadah qurban juga amat memberangsangkan di mana setiap tahun penyertaan perserta bertambah dan kerjasama amat akrab telah ditunjukkan oleh penduduk setempat dalam membantu program tersebut.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan sanjungan kepada seluruh penduduk Taman Desa Jaya atas pengorbanan dan sumbangan yang telah dicurahkan tanpa mengenal jemu. Semoga terbalas akhirnya dengan kejayaan pertubuhan ini bergerak hingga cemerlang dan bertambah keahlian sepertimana yang diharapkan.

Sekian, terima kasih.










(TUAN HJ ZAINUDDIN BIN HJ MOHD ALIE)
Yang DiPertua
Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam
Taman Desa Jaya Johor Bahru




No comments: