Saturday, September 5, 2009

Majlis Penyerahan Bahan Makanan "Jejak Fakir" 2009

Pembungkusan Barangan"Jejak Fakir"


Hj. Aminuddin


..::Penapisan nama-nama penerima disemak::..

Pada hari Sabtu 5 September 2009 bersamaan 15 Ramadan 1430H, satu aktiviti lagi BKKKI Biro Kebajikan telah digerakkan untuk menyampaikan bahan makanan berupa beras, tepung, minyak masak, susu, beras ketupat dan gula kepada para penerima yang terdiri daripada fakir miskin serta anak2 yatim Taman Desa Jaya. Paket sumbangan telah sedia dikumpulkan pada jam 9.30 pagi dan penyerahannya pula dilakukan selepas solat Asar. Wakil2 penyerahan sedia beroperasi untuk menghantar sumbangan tersebut menggunakan kenderaan masing2, antaranya:
1. Zon Permatang diwakili oleh En Mohd Rawan, En Kamarul Ariffin dan En Mohd Azli
2. Zon Lembah diwakili oleh Tn Hj Zainuddin dan En Nor Azahar Jilan.
3. Zon Danau pula diwakili oleh Tn Hj Aminuddin dan En Paiman.

Wakil penyerahan





Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan berupa bahan2 makanan dan wang ringgit tersebut. Keperihatinan tuan/puan para penyumbang moga didoakan sentiasa di dalam Rahmat Allah SWT dan akan dapat terus memberikan sumbangan pada masa2 akandatang.


No comments: