Saturday, October 24, 2009

SELAMAT TUNAIKAN FARDU HAJI -EN MOHD RAWAN


Jamuan selepas yassin n tahlil

Mengaminkan doa selamat

Juadah dirasa, selera menguja


yassin dan tahlil dipimpin oleh YM Raja Idris

24 Oktober 2009- 11, Permatang 29- Satu majlis tahlil n doa selamat sempena meraikan Tim. Pengerusi BKKKI yang akan berangkat menunaikn fardu Haji pada Isnin 9 November 2009 nanti. same2 kite mendoakn agar beliau suamisteri selamat berangkt n pulang serta mendpt haji yang MABRUR, Amin.

LAGI GAMBAR MARHABAN 1430H


Marhaban di Taman Ehsan Jaya








Berada di Zon Permatang


Masih di Zon Permatang





Berada di zon Danau





Singgah di rumah En Razak, zon Ehsan Jaya


Singgah di Zon Lembah


Di rumah Pak Bilal kite, Tuan Hj Abd Samad

Monday, October 12, 2009

MAJLIS HARIRAYA YB DATO' MAULIZAN


Setiausaha kite sedang bermarhaban dengan kumpulan MAIJ


Ayahanda Pak Man sedang bersalaman dengan YB Dato' Maulizan


Bendahari kite Encik Nor Azahar dengan rakan-rakan sedang bersalaman dengan YB Dato'


Ayahanda Hj Samad, Pak Man dan Azahar begitu segak berfoto bersama YB Dato'


Desa Cemerlang,11 Oktober 2009-Rombongan kumpulan Marhaban Badan Khairat Kematian Taman Desa Jaya serta Taman Ehsan Jaya mengunjungi majlis tersebut di Dewan Desa Cemerlang. Sambil menikmati juadah, kami sempat bergambar dengan YB Dato Maulizan.

Tuesday, October 6, 2009

PROGRAM IBADAH QURBAN 1430H

Program ibadah Qurban pada tahun ini terbuka kepada semua Penduduk Islam Taman Desa Jaya. Program akan dilaksanakan pada Hari Raya Pertama Aidil Adha 10 Zulhijjah1430H ( Jumaat 27 November 2009).
Bertempat di Surau Al-Hafiz, Jalan Permatang
Penyertaan dibuka mulai Khamis 5 November 2009
Tarikh tutup penyertaan ialah pada Sabtu 15 November 2009.

i) RM440.00 untuk sebahagian lembu (RM3,080.00 untuk seekor lembu)
iii)RM700.00 untuk seekor kambing
Semua harga termasuk urusan pengangkutan & permit pemyembelihan

Semua keterangan boleh diperolehi melalui:
1. Encik Kamal Ariffin Ahmad 012-7211124 (Pengerusi)
2. Hj Zainuddin Hj Mohd Alie 013-7200780
3. Encik Nor Azahar Bin Jilan 012-7056567
4. Encik Mohd Rawan Md Yusof 019-7635123

Mesyuarat JKuasa Pengurusan program akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : Isnin 9 November 2009
Masa : 9.00 malam
Tempat: Surau Al-Hafiz
Semua Jkuasa dipersilakan hadir.



KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA

Bank Rakyat sumbang van jenazah kepada Masjid Taman Desa Jaya


Zaharuddin Zainal Abidin (kanan) menyerahkan replika kunci van jenazah kepada Zainuddin Mohd. Alie untuk kegunaan kariah Masjid Taman Desa Jaya di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 2 Okt. - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) semalam menyumbangkan sebuah van jenazah bagi kegunaan kira-kira 4,000 masyarakat Islam di sekitar Taman Desa Jaya di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Badan Khairat Kematian Taman Desa Jaya, Zainuddin Mohd. Alie berkata, dengan adanya van bernilai RM87,000 itu, ia akan memberi kemudahan kepada masyarakat di situ semasa berlaku kematian.

"Sebelum ini apabila ada kematian, khususnya yang melibatkan kes kematian di hospital, kita terpaksa meminjam van jenazah dari masjid-masjid berhampiran.

"Ini bermakna dengan adanya van berkenaan, bukan sahaja masyarakat Islam di Taman Desa Jaya yang menerima manfaat malah Taman Ehsan Jaya, Johor Jaya dan Desa Cemerlang turut menerima manfaat," katanya.

Van berkenaan diserahkan Ketua Bank Rakyat Wilayah Selatan, Zaharuddin Zainal Abidin kepada Zainuddin Mohd. Alie di pekarangan Masjid Jamek Taman Desa Jaya.

Sementara itu Zaharuddin berkata, sumbangan berkenaan merupakan salah satu tanggungjawab sosial pihaknya kepada masyarakat yang telah membantu Bank Rakyat selama ini.

"Sumbangan ini juga diharap membantu dan meringankan beban penduduk semasa menguruskan jenazah ahli kariah di sini," katanya.

Saturday, October 3, 2009

MAJLIS PELANCARAN VAN JENAZAH


TAMAN DESA JAYA JOHOR,01 OKTOBER 2009 -Pelancaran van jenazah telah diadakan pada Hari Khamis 01 Oktober 2009 bertempat di perkarangan Masjid Jamek Taman Desa Jaya, Johor Bahru. Hampir 100 orang telah bersma-sama hadir bagi menyerikan majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengurus Wilayah Selatan, Bank Kerjsama Rakyat Malaysia Sdn Bhd.Usaha yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam Taman Desa Jaya telah mendorong Bank kerjasama Rakyat Malaysia SB untuk menyumbang sebuah van jenazah yang dianggarkan RM87,000.00.
Terima ksih diucapkan yang tidak terhingga kepada semua jkuasa yang terlibat serta khariah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis tersebut.

Yang Di Pertua











GILIRAN MARHABAN ZON LEMBAH

Tarikh: Jumaat 02 Oktober 2009

Rumah Pertama: Md Talkah Othman 2 Lembah 34
Rumah ke 2: Suhud Poncho 24 Lembah 34
Rumah ke 3: Haji Abd Latif Bandi Danau
Rumah ke 4: Roslan Md Yatim 36 Lembah 36
Rumah ke 5: Mohamed Sungip 21 Lembah 36
Rumah ke 6: Nor Azhar Jilan 11 Lembah 41

Tarikh: Sabtu 03 Oktober 2009

Rumah Pertama: Ahmad Jantan Lembah 13
Rumah ke 2: Haji Zainuddin Hj Mohd Alie 32 Lembah 21
Rumah ke 3: Rahim Yatmon 33 lembah 38
Rumah ke 4: Samsudin Sidek 8 Lembah 34
Rumah ke 5: Hj Mansor Sujak 37 Lembah 38
Rumah ke 6: Hj Rahim Hj Zulkawi 77 Lembah 20
Rumah ke 7: Wan Hamzah Wan Aziz 5 Lembah 23
Rumah ke 8: Hj Abd Samad Hj Awang 1 Anggerik 27
Rumah ke 9: Razak Ehsan Jaya


Gambar Aktiviti

GILIRAN MARHABAN ZON PERMATANG

Tarikh :Jumaat 09 Oktober 2009

Rumah Pertama: Ahmad Mahir M Sidek 18 Permatang 19
Rumah ke 2: Jamil Tokiman 39 Permatang
Rumah ke 3: Othman Omar 41 Permatang 20
Rumah ke 4: Mohd Noor Arshad 52 Permatang 21
Rumah ke 5: Abdullah Hj Ibrahim 6 Permatang 22
Rumah ke 6: Mohd khairudin Talib 8 Permatang 22
Rumah ke 7: Hj Salikin Mis 14 Permatang 22
Rumah ke 8: Mohd rawan Hj Md Yusof 11 Permatang 29
Rumah ke 9: Kamal Ariffin Ahmad ? Permatang 29
Rumah ke 10: Che Nor Seha A Ghani 31 Permatang ?

Tarikh: Sabtu 10 Oktober 2009

Rumah Pertama: Misuan Jamingan 16 Permatang 21
Rumah ke 2: Sharingat Supaat 24 Permatang 21
Rumah ke 3: Md Yusof mengan 30 Permatang 19
Rumah ke 4: Meor Syazali Sapawi 34 Permatang 19
Rumah ke 5: Hj Rebu Hj Saiman 40 Permatang 31
Rumah ke 6: Azli Misrom 17 Permatang 33
Rumah ke 7: Hj Nasir Karjah 5 Permatang 35
Rumah ke 8: Kamal Yaani 17 Permatang 35
Rumah ke 9: Rahim Abu Bakar 4 Permatang 36
Rumah ke 10: Salim Kutty Ali 1 Permatang 35

Tarikh: Ahad 11 Oktober 2009

Cadangan Marhaban ke rumah Tuan Haji Mohd Hama' Saaion
di Kulai......jeng3x Jom kite konvoi

Marilah sama2 kita ziarah menziarahi....amin