Sunday, March 27, 2011

MESYUARAT AGUNG YANG BERJAYA!!!!

Ahad 27 Mac 2011
Taman Desa Jaya, Johor Bahru-Mesyuarat Agung Badan Khairat kematian dan Kebajikan Islam Taman Desa Jaya, Johor Bahru kali ke-15 telah dengan rasminya disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Feriz Omar, Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Kehadiran beliau amat dialu-alukan dan telah berjaya menghimpun sejumlah lebih 100 orang ahli.
Sebelum itu, Yang DiPertua, Tuan Haji Zainuddin Haji Mohd Alie melalui ucaptamanya menggariskan Visi dan Misi BKKKI serta menyampaikan tujuarah pertubuhan agar lebih effektif dan efisyen. Langkah menyediakn pangkalan data untuk ahli secara berkomputer dan online diterima semua pihak dan membantu kelancaran dan perekodan.
Yg.Bahagia Tuan Feriz menyeru agar BKKKI merangka satu program khusus untuk membantu golongan remaja yang sebilangannya telah tersasar jauh dari matlamat kehidupan sebenar. Program-program bimbingan dan penghayatan Islam perlu difikirkan supaya mereka tidak mudah terperdaya dengan pelbagai isu negara yang meruncing. Beliau juga menyeru gabungan pertubuhan ini dengan Ngo's lain bagi menambah kesejahteraan penduduk Islam di taman ini.

Disediakan oleh YDP
18.53pm

No comments: