Tuesday, August 2, 2011

RAYUAN JEJAK AIDILFITRI 2011/1432H

ASSALAMUALAIKUM WBR
Tuan/Puan,
RAYUAN JEJAK AIDIL FITRI 2011
FAKIR MISKIN DAN ANAK-ANAK YATIM
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Biro Kebajikan, Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam Taman Desa Jaya, Johor Bahru akan menganjurkan program jejak AidilFitri 2011 bagi membantu penduduk Islam fakir miskin dan anak-anak yatim kawasan Tmn Desa Jaya, J.Bahru
3. Tuan/puan dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan berupa barangan seperti beras ketupat, tepung, gula, minyak masak, kuih muih dan lain-lain yang difikirkan sesuai untuk diagih-agihkan kepada mereka yang berkenaan pada akhir bulan Ramadan 1432H nanti.
4. Sumbangan boleh disalurkan melalui :
4.1 Encik Nor Azahar Bin Jilan 012-7096567 (Bendahari)
4.2 Hj Salikin Bin Mis 019-7100035 (zon Permatang)
4.3 Hj Mohd Suremi Rasiden 013-7565290 (zon Lembah dan Danau)
4.4 Amad Jupri Bin Lewan 019-7307406 (zon Ehsan Jaya)
5. Kerjasama tuan/puan bagi menjayakan program ini diharap dapat meringankan bebanan mereka bagi menyambut AidilFitri 2011 nanti. Tarikh akhir serahan sumbangan pada Jumaat 19 OGOS 2011. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran atas apa yang tuan/puan infaqkan.
Sekian, terima kasih.
’BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA’
Saya yang menjalankan tugas,
t.t
(HAJI ZAINUDDIN HAJI MOHD ALIE)
Yang DiPertua,
Badan Khairat Kematian Dan Kebajikan Islam,
Taman Desa Jaya, Johor Bahru

No comments: