Isra
Mi'raj merupakan peristiwa yang terbesar dalam sejarah manusia ketika
seorang manusia dipertemukan dengan Penciptanya secara langsung.
Peristiwa ini hanya dianugerahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW.
Memandu
kenderaan khusus yang disebut buraq, Rasulullah didampingi Malaikat
Jibril berangkat dari Makkah menuju Masjidil Aqsa. Seperti termaktub
dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Nasa'i, dalam perjalanan menuju
Masjidil Aqsa, Rasulullah SAW sempat singgah di beberapa tempat. Seperti
Madinah, Bukit Thursina, kemudian singgah di Bethlehem, dan selanjutnya
menuju Baitul Maqdis (Masjidil Aqsa).
Rasul
SAW sempat berjumpa dengan beberapa nabi di Masjid al-Aqsa.
Selanjutnya, Rasul meneruskan perjalanan menuju Sidratul Muntaha, untuk
menerima perintah solat lima waktu.
Bukit Thursina
Hampir
semua ahli tafsir sepakat, Bukit Thursina adalah bukit saat Musa
menerima wahyu dari Allah. Mereka pun meyakini bahawa Bukit Thursina
sebagaimana disebutkan dalam surah at-Tin ayat 1-3 ber ada di wilayah
Mesir yang lokasinya berada di Gunung Cinta dan, di sisi Gunung Musa.
Lokasi ini dikaitkan dengan kewujudan Semenanjung Sinai. Pendapat ini
disokong oleh Sayyid Quthb dalam tafsirnya Fi Zhilal al-Quran. Menurut
Quthb, Thursina atau Sinai itu adalah gunung tempat Musa dipanggil
berdialog dengan Allah SWT.
Baitul Maqdis
Baitul
Maqdis (Masjidil Aqsa) yang berada di Kota Jerusalem (Al-Quds) bermakna
sangat penting bagi umat Islam. Selain menjadi tempat singgah Rasullah
dalam Isra Mi'raj, Baitul Maqdis pernah menjadi kiblat solat umat Islam
sebelum kiblat dipindahkan ke Ka'bah.
Baitul
Maqdis mempunyai sejarah panjang. Konon, kompleks peribadatan ini sudah
ada jauh sebelum datangnya Nabi Sulaiman AS. Dalam perkembangannya,
Sulaiman meneruskan pembangunannya sekaligusmenambahkan bangunan Kuil
Sulaiman. Di kemudian hari, kuil ini dihancurkan oleh bala tentera
Babylon.
Bethlehem
Berada
di wilayah Palestin, Bethlehem (Baitullahmi) merupakan bandar budaya
dan pelancongan, khususnya pelancongan rohani. Secara geografi,
Bethlehem terletak sekitar 10 km sebelah selatan Jerusalem. Berada pada
ketinggian 765 meter dari aras laut, Bethlehem dikelilingi bukit-bukau
yang membentang ke arah Gurun Yudea. Sejarah mencatat, bandar ini telah
dihuni manusia sejak 3,000 tahun sebelum Masihi. Orang-orang Kanaan
adalah kelompok manusia yang dipercayai menjadi penduduk pertama
Bethlehem
No comments:
Post a Comment