Saturday, April 20, 2013

SEKITAR MESYUARAT AGUNG BKKKI TAHUN KALI KE-17 TAHUN 2013















ALLAH SWT Hairan Kepada Mereka




Berfirman ALLAH SWT yang bermaksud :

Wahai anak Adam :

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi masih mengumpul harta

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi masih beristirehat

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya tetapi masih tenang dengannya

Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya ,tetapi jahil pada hatinya

Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air ,tetapi hatinya tidak suci

Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan aib orang lain ,tetapi lupa terhadap dirinya sendiri

Aku hairan kepada mereka yang mengetahui sesungguhnya ALLAH itu mengawasinya ,tetapi masih boleh melakukan maksiat atau mengetahui sesungguhnya dia akan mati berseorangan ,akan memasuki kubur berseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia

Ketahuilah ,tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Aku ,dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusanKu .


[petikan hadis qudsi : Kitab Imam Al Ghazali : al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah]


marilah sama sama kita kembali mentauhidkan ALLAH SWT dengan sebenar benar tauhid atau tunduk  merendahkan hati hanya kepada Nya dengan ikhlas dan memperbanyakkan kalimah
LA'ILLAH HA'IL LALLALLAH MUHAMMADAR RASULLALLAH


Wednesday, April 3, 2013

MESYUARAT AGUNG BKKKI KALI KE 17

ASSALAMUALAIKUM WBR

DATO'/DATIN/TUAN HAJI/PUAN HAJJAH/TUAN/PUAN,
PENGERUSI,
JAWATANKUASA
AHLI-AHLI

MESYUARAT TERSEBUT AKAN DIADAKAN MENGIKUT KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH: 7 APRIL 2013 (HARI AHAD)
TEMPAT: BILIK KULIAH MASJID TAMAN DESA JAYA
MASA: 9.00 PAGI
TETAMU JEMPUTAN: TUAN HJ NASIR (SETIAUSAHA BAHAGIAN)

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Tempat mustajab berdoa di sekitar Mekah




1.Hajar Aswad (batu dari syurga).

2.Multazam / Hateem

3.Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.

4.Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.

5.Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).

6.Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).

7.Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat).

8.Hijir Ismail. Selepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan harta benda).

9.Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat).

10.Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – ditutup).

11.Rukun Yamani

12.Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad).

13.Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas Kaabah).

Tuesday, April 2, 2013

MAKANAN YANG BOLEH BUAT JADI PELUPA


Tahukah anda sesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan secara berpada-pada jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya anda seorang pelajar.
Jeruk Buah-buahan

Jenis-Jenis Makanan Yang Boleh Menyebabkan Anda Menjadi Pelupa

1. Banyak makan epal yang sudah masam.

2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.

3. Banyak makan bawang besar.

4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

5. Memakan kepala ikan.

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

7. Makan sehingga terlalu kenyang.

8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

10 PERANGKAP SYAITAN



ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121). 

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. 

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut..
Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu: 

1. Melalui sifat bohong dan angkuh 

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan. 

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut 

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah. 

3. Melalui sifat takbur dan bongkak 

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23) 

4. Sifat khianat 

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. 

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat 

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain. 

6. Melalui sifat hasad 

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain 

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim). 

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri 

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal) 

9. Melalui sifat suka berangan-angan 

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya. 

10. Melalui sifat buruk sangka 

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim) 

*marilah kita perbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati kita dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas tanpa menyekutukanNya walau dengan apa sekali pun