Rasulullah s.a.w
bersabda: "Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua
Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya
disebut dengan nama "Munkar" dan yang satulagi disebut dengan nama
"Nakir", (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan
rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:"Apa yang pernah
engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada satu
riwayat oleh Abu Daud:
Mereka bertanya
kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?" Maka kalau Allah memberi
hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: "Aku
menyembah Allah!" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah
katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (Dan pada satu riwayat
yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa
Tuhanmu?" Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa
agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam!" Mereka bertanya lagi:
"Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?" Maka kalau
si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang
itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui
serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah
dan RasulNya!"
Mereka berkata
kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian";
(Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda:
"Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku,
maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah
dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke
Syurga". "Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya
sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan
kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang
menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah!" Lalu ia
berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku
ceritakan kebaikan halku?"
Dua
Malaikat itu berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin
yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya;
Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya
itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat
itu dengan katanya: "Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun
turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak". Lalu dua
Malaikat itu berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian"; (dan
menurut satu riwayat oleh Abu Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari
langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah
kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka,
serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka". Rasulullah s.a.w.
bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan
udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi
mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah
ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari
kuburnya."
No comments:
Post a Comment