Friday, April 16, 2010

MESYUARAT AGUNG BKKKI KE 14/2010


AMANAT YDP BKKKI SESI 2008/2010

Assalamualaikum WBR
Bissmillahhirahmannirrahim

Saudara/Saudari yang DiRahmati Allah SWT.
Terlebih dahulu,saya merakamkan penuh penghargaan di atas keperihatinan saudara/saudari hadir ke Mesyuarat Agung BKKKI kali ke 14 tahun 2010 ini. Kehadiran saudara/saudari hari ini bagi menunaikan rasa tanggungjawab dan komitment yang tinggi, akan meningkatkan motivasi kami jkuasa kerja untuk terus memantapkan pertubuhan ini seperti yang diharapkan.

Saudara/Saudari,
Kita tidak kurang rakan-rakan yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin yang berkaliber dan berwawasan. Kerja keras dan misi yang mereka akan bawa kelak dapat dikongsi bersama dalam memajukan pertubuhan ini. Peluang yang ada hari ini adalah 'flatform' yang sesuai untuk mereka ini menyerlahkan diri bagi membawa pertubuhan ini lebih efisyen dan berjaya.

Memang menjadi lumrah sebagai pemimpin yang memegang tampuk pertubuhan ini selama 2 penggal, banyak kekurangan dalam uruskerja , ketelanjuran bicara, tidak dapat puaskan hati ahli, terasa hati, tergurau senda dan sebagainya, saya menyusun 10 jari kemaafan dipinta bagi mewakili seluruh jentera rakan sekerja. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Ilham ALLAH jua dan kelemahan itu dari kami jua, walaupun kedua-duanya dari ALLAh jua.

Salam PERJUANGAN dan selamat bersidang!

YDP


No comments: