Sunday, April 18, 2010

MESYUARAT AGUNG BKKKI KE 14/2010











Ahad 18 April 2010-Surau Al-Hafiz,Taman Desa Jaya, Johor Bahru
Mesyuarat Agung kali ke 14/2010 telah selesai dijalankan dengan penuh harmonis dan jayanya. Majlis telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan dimulakan bacaan doa oleh Imam Tuan Hj Rebu Bin Hj Saiman dan diikuti dengan ucapan alu-aluan YDP Tuan Hj Zainuddin Hj Mohd Alie. Pada kali ini, jemputan kita bagi merasmikan mesyuarat agong kali ke 14 ialah Tuan Hj Nedi Bin Hj Ali, Pengarah Urusan Syarikat Nedi Enterprise Sdn.Bhd. Ucapan beliau banyak menjurus kepada pemuafakatan kita yang begitu akrab dalam menjayakan apa jua aktiviti BKKKI sepanjang tahun dan beliau mengucapkan syabas atas kehadiran serta komitmen tinggi ahli.




Majlis kemudian berhenti rehat.
Mesyuarat dimulakan pada jam 10.30 pagi dengan agenda yang dibentangkan kepada semua ahli.Pembubaran Jawatankuasa dibuat dan pemilihan Jawatankuasa baru dibentuk. Cadangan dari ahli yang mahukan jawatankuasa lama meneruskan agenda kepimpinan BKKKI mendapat sokongan sebulatsuara dengan menggugurkan jkuasa yang tidak hadir serta menamakan jkuasa baru dalam kabinet baru BKKKI.
Tahniah kepada semua Jawatankuasa BKKKI baru sesi 2010/2012. Semoga amanat yang diberikan oleh ahli tidak dipersia-siakan dan menjadi wadah perjuangan untuk terus maju dan terserlah di mata masyarakat.
Sekian
YDP


No comments: